Kertas dan nenek

21 1 0
                                    

Nama aku Bella. Berumr 20 tahun Dan masih tidur dengan adik2 haha. Adik aku Belli Dan Bullu . macam biasa sebelum tidur mesti ada sembang2 dulu bg merancakkan suasana malam yang dingin lagi sejuk membeku huhu. Sebuah bilik yang tak berapa besar dihiasi dua buah katil bujang di kiri kanan sudut bilik. Di tengah2 laluan antara katil ada sebuah tilam untuk adik aku yang paling bongsu iaitu Bullu. Sembang dari tajuk sekolah, cinta sampailah cita cita ingin menjadi Rosmah dibicarakan. Masing2 penat dan tertidur.
Adik aku Bullu terjaga pukul 2 lebih. Bilik gelap gelita. Yang hanya kedengaran dengkuran kakak2nya. Lalu Si Bullu berhajat ingin memejam mata semula memandangkan esok sekolah.
'ZAAPPPP ZAPPPPP!!!!' bunyi kertas digesel di atas lantai. Si Bullu cuba mengambil telefon dan menyuluh ke arah bunyi tersebut yang dinampaknya kertas bertaburan di atas lantai. Eh macam mana ada kertas dkt situ fikir Si Bullu. Sambil jari Si Bullu rancak hendak menekan butang flash lampu untuk tutup tiba tiba 'EHHHEEMMMMM EEEHHHEEMM!!!' .
terus si Bullu menyuluh ke arah kerusi di meja belajar tepi sudut pintu. Nampak seorang nenek sedang duduk sambil bermain cermin, pantulan cahaya cermin dan bunyi kertas bergesel saling berganti . terus Si Bullu lompat dari tempat pembaringan dan menuju ke arah suis lampu dan cahaya memenuhi ruang bilik. Yang hanya Si Bullu nampak kakak2nya sedang enak tidur.
Mana nenek tadi? Kertas tu?

seram setan!Where stories live. Discover now