Bab 23

2K 54 0
                                    

Aisyah membersihkan almari pakaiannya. Sawang yang terhasil disitu dia sapu menggunakan penyapu lidi. Sesekali dia mengeluh. Keringatkan terbit didahi, menitis perlahan mengalir dipipi. Rambut hadapannya yang sedikit terjuntai dia selak kebelakang.

"Aisyah, Aisyah. Bilik besar ni pun dah penat. Kalau bilik besar macam Nisa tu macam manalah agaknya," dia bercakap sendirian.

Aisyah duduk bersila dilantai kayu rumah neneknya. Dia bersandar pada katil besi kepunyaannya dan mendongak sedikit kearah almari bukunya. Pemberian Hanisah, beruang kecil bewarna coklat diletakkan disitu. Dia teringat akan gadis kecil tersebut. Tangisannya kecil, berbunyi lembut, sayu juga mungkin. Aisyah mengeluh perlahan.

"Rindu, rindu jugak Aisyah oi, karang nenek kau masuk tengok tak sudah-sudah, mampos!" bebelnya perlahan. Dia kembali menyambung kerja mengatur susun barang-barangnya.

"Kenapalah aku ni banyak sangat baju?" tanya Aisyah sendiri setelah duduk melipat baju selama sepuluh minit.

"Dah asyik membeli je kerja kau, mana tak banyaknya?"

Aisyah memandang kearah pintu kamarnya yang luas terbuka. Nek Som masuk, duduk bersila berhadapan dengan dirinya.

"Ni,"

"Ada gosip lah tu," ejek Aisyah. Dia ketawa kecil.

"Nak dengar ke tidak?"

"Kalau tak nak nanti nenek nak cerita kat siapa?"

Nek Som menjeling. Nak aje dicubit cucu tunggalnya itu. Nakal tak kesudah.

"Ya. Nak dengar. Cerita cepat." pujuk Aisyah.


"Jamilah kawan kau tu, dah mengandung kan? Emaknya nak berkenduri."


"Biarlah nek dia nak buat apa pun. Bukan urusan Aisyah." balas Aisyah. Suaranya kedengaran tegas ditelinga Nek Som.

"Takdelah, aku menyampaikan aje. Tak nak ikut ke?"

"Takpelah. Nenek pergi. Aisyah banyak lagi benda nak kena kemas, nak kena sediakan semua. Isnin nak mula kerja dah."

"Kenduri Sabtu. Esok. Sambunglah Ahad. Dia tu kawan engkau dari kecil,"

"Bukan nenek tak suka ke Aisyah kawan dengan dia?" tanya Aisyah pelik.

"Memanglah aku tak berkenan. Dia nakalnya lagi teruk dari engkau tu. Buat benda entah apa-apa. Memanglah aku anginkan."

"Aisyah bukan apa, rasa macam terhegeh-hegeh. Dia tak anggap Aisyah kawan baik dia pun."

"Mana kau tahu? Dia sibuk datang mengajak suruh aku ni pujuk kau datang sekali."

"Kalau dia anggap Aisyah ni kawan baik dia, dia tak buat Aisyah macam tu nek. Cukuplah dah kena sekali. Aisyah tak nak dah. Nenek faham kan?"

Nek Som mengeluh. "Kalau dah macam tu, takpelah. Aku nak ke masjid ni. Kau jaga rumah. Pintu belakang dah aku kuncikan tadi."

Aisyah menganggukkan kepalanya beberapa kali tanda faham. Dia melepaskan satu keluhan berat setelah neneknya keluar dari bilik itu. Dia bukan tidak mahu menghadirkan diri. Cuma, dia belum ada rasa mampu untuk tersenyum, beramah mesra dengan kawan yang menyakiti hatinya.

"Aku harap kau betul-betul bahagia, Jamilah." luah Aisyah perlahan.

**    


Aisyah berjalan kearah beranda sambil memegang setin biskut kosong dan secawan air milo panas. Dengan berhati-hati, dia meletakkan tin biskut dan cawan tersebut diatas meja kecil buatan tangan arwah datuk yang tidak pernah dikenalinya.

Andai Tiada Duka ☑️Where stories live. Discover now