prologeu

28K 2K 37
                                    


soft reminder ; cerita ni agas dan mentah dan tak guna dan entah pape kerana ditaip semasa kanak kanak ribena, dan sila anggap apps dalam fanfic ni tak wujud. ashekian.

[[ CHAT ]]

ORIGINAL: 2016

RE-EDIT (80%): 2020

short fanfic

*******

"Aku tak nak main benda alah sengal ni lagi!" Dayeon mengertak dengan membaling botol tersebut mengenakan dinding. Mata mereka membulat, melihat si Dayeon yang sudah berpeluk tubuh sambil mencebik.

"Hey, chill. Game belum tamat okay?" Yaemi mengusik lalu mengambil semula botol tersebut. Taehyung, Baekhyun dan Hyurae hanya tergelak halus. Semakin panjanglah muncung Dayeon.

"Korang ni asyik tanya soalan yang ugh." Dayeon kembali serius. Mereka pantas mengangguk laju seraya tertawa halus, takut si kecil comel ni merajuk lagi.

"Okey okey! Serious game!" Yaemi memutar semula botol tersebut yg berada di pusat bulatan mereka. Putaran botol itu semakin perlahan. Dayeon hanya melihat dengan ekor matanya, ialah masih merajukkan.

"Okay Kim Taehyung!"

Taehyung tersenyum petak lalu membetulkan pita suaranya dengan dada membidang.

"Truth." pilih Taehyung dengan yakin. Mereka sedang bermain permainan ini sejak berpuluh minit lalu. Disebabkan bosan study group jadi mereka buat keputusan untuk berhibur sekejap.

"Siapa crush kau?" soal Baekhyun straight. Mati senyuman Taehyung, dia menggaru belakang tengkuknya. Mereka masih ternanti-nanti jawapan darinya, Dayeon yang tadinya merajuk pun tak sabar nak dengar jawapan dari salah seorang kawan rapatnya ni.

"Err.. boleh tukar kepada dare?"

"Eleee dia malulah do! Tukarlah soalan lain!" Hyurae menyampuk sambil menepuk perlahan peha Baekhyun yang setia disebelahnya. Melihat pipi Taehyung yg sudah memerah, Hyurae faham. Sebab, dia je yang tahu Taehyung suka siapa.

"Loh. Arraseo arraseo, pergi amik penutup botol yang jatuh dalam longkang depan rumah. Aku tak sengaja tercelup tadi." kata Baekhyun tanpa sebarang reaksi. Muka Taehyung membengis, tapi dia rela daripada dia harus jawab soalan yang baginya sensitif.

Selepas 5 minit Taehyung kembali dengan penutup botol yang selamat dicuci bersih. Dia kembali duduk lalu mereka meneruskan permainan. Kali ini ia diputar oleh pemain terakhir, Kim Taehyung.

Botol semakin perlahan dan ianya berhenti pada tepat menyapa Dayeon.

"Ala! Botol ni suka sangat muka aku siut." rungut gadis itu. Disebabkan tadi dia disoal yang dia pernah stalker Jeon Jungkook lelaki yang diminatinya sehingga ke rumah. Dayeon insaf tak nak pilih Truth sebab baginya itu memalukan. Dia cuma ingin tahu lelaki itu tinggal dimana. Well biasa lah tu.

"Dare!" pilih Dayeon dengan senang hatinya sempat dia tersenyum sinis ke arah Yaemi yang selalu mengusiknya. Mereka berkumpul lalu membuat bulatan sendiri dan mula berbisik.

"Yah! Sampai aku je asal kena macam ni? Kentut!" omel Dayeon. Sungguh tidak adil baginya sebab diaorang memang lakukan permainan ni untuk kenakan dia. Apa lagi yang anda harapkan wahai Dayeon.

"Ngeee~" Baekhyun tersengih jahat. Dayeon hanya dengan setia dengan wajah muncung sedepa. Taehyung kelihatan sedikit muram namun dia tetap melemparkan senyuman kerana dia yakin ini hanya permainan.

"Apa pulak sekarang?" Dayeon memberi wajah tiada reaksi seraya berpeluk tubuh. Yaemi menjungkit kening ke arah Taehyung supaya dia yang menyampaikan. Mata Dayeon terarah kepada Taehyung.

"Er.. kitaorang nak awak.. chat Jungkook."

"OH MY GOD NO!"

___________________

Chat + jjk Where stories live. Discover now