Kepulan asap melintas koridor kedai Pak Dayat. Ya, koridor. Koridor yang letaknya menghadap pintu belakang rumah-rumah kuarters tempat tinggal penjaga pintu neraka dunia. Asap dihembus sebaik disedut dengan penuh nikmat berbau wangi. Itu yang biasanya jelas buat mereka yang kali pertama terhidu hasil pembakaran yang dibuat antara campuran tembakau, nikotina, beberapa jenis racun yang ada dimuka bumi berserta kayu manis. Kayu manis??? Persoalan yang sudah biasa di dengar bila penjelasan ala ilmiah dibuat oleh pengguna tembakau kretek yang berasal di Nusantara.
Anak tangga ketiga menjadi alas pinggul dia.
"Dia yang isap rokok kat sini tadi pakcik!!" sambil mengunyah kepalan ais kepal yang tinggal suku saja lagi untuk dihabiskan.
Muka dengan penuh rasa kejayaan sebagai pengadu domba yang berjayay di kem tersebut menjadi saksi kejadian pada pagi yang sayup-sayup dengan cahaya mentari yang menyuluh menusi selitan-selitan daun pokok mangga yang ditanam Pak Dayat hampir sedekad lalu.
Sisa kepulan saki baki asap digabus-gabus oleh seorang budak lelaki yang dengan sekelip mata, melenyapkan bukti. Riak mukanya penuh dengan kerisauan. Rokok dan pemetik api zipper disorok kemas dalam seluar dalam. Mungkin kali ini kesediaannya agak terbatas hingga terpaksa menyelitkan bukti di tempat yang agak biasa bagi mereka yang buntu. Mujur kali ini dia memakai seluar yang agak longgar sehingga mampu berbuat sedemikian.
Pal Dayat sambil bersiul melulu ke belakang rumah menerusi pintu belakang. Aduh!! ketat pulak kunci pintu belakang ni. Pak Dayat mengamburkan perasaan tidak puas hatinya. Kali ini emosinya lebih terarah terhadap selak pintunya yang sudah menghampiri akhir hayat.
Dari luar, muncul lelaki yang berusia pertengahan berdiri dengan muka yang agak bersahaja seperti seseorang yang cukup tidur, cukup makan, cukup berak, cukup keperluan hidupnya. Inilah salah satu sebab orang lebih sukakan kerja kerajaan daripada swasta. Terbela, terbela.
Hahh..jangan lari!! Pak Dayat melolong sebaik melihat budak lelaki yang baru saja hendak mengalihkan langkahnya dari tempat itu. Betul ke kamu isap rokok? baik bagi tahu cepat. Aku kenal ayah kamu.
Pengadu domba yang tercegat turut serta dalam sesi penyoalan tersebut. Cakap je la betul-betul! Aku nampak tadi.
Pak Dayat meneruskan soalannya. Siapa yang ajar kau isap rokok ni?? Nada suara yang agak tenang, berbeza dengan soalannya yang pertama tadi.
"Errr..errr.."
"Saya...errr.." dengan ketaran seluruh jasad, suara, muka, tangan. Semua melihatkan ciri-ciri pesalah laku yang jelas tidak mempunyai pengalaman cover kesalahan diri.
"Apa err..err?!!" balas Pak Dayat dengan nada selamba ya ya.
"Sudah! pergi balik rumah kau!!" kali ini nada suaranya agak naik sekejap.
Gertakan sebegini telah lali untuk budak-budak nakal kampung yang liat untuk pulang ke rumah setelah tiba azan maghrib. Tidak kekok reaksi Pak Dayat menyoal orang melakukan kesalahan. Kebarangkalian situasi sebegini sering kali berlaku antara dirinya sebagai seorang ayah terhadap anak-anaknya.
Prapp!! prapp!! bunyi ranting kayu pokok mangga Pak Dayat dipijak dengan langkah yang melulu. Lantas segera kaki seiring tangan bersama lonjakan seluruh anggota badan menerkam basikal berwarna biru tua berceloreng askar.
"Kali ini kau terlepas." bisik hati pengadu domba kampung yang berjaya itu. Perasaan tidak puas hati meneroka seluruh hatinya yang baru berjinak-jinak untuk menjadi gelap. Gelap bukan kerana asap nikotina yang masuk menembusi organ-organ dalam badannya. Tetapi gelap kerana hatinya begitu berani dijinakkan untuk menjadi sekeping hati yang busuk apabila melihat sesuatu yang buruk pada matanya walaupun perbuatan yang dilakukan itu tidak sedikit pun mendatangkan kesan terhadap dirinya.
"Dah la tempang!! pandai nak belajar isap rokok pulak!!'' Bawak basikal pun guna satu kali!! rintihnya lagi sambil mmencela. Celaan-celaan memang biasa buat manusia berhati sepertinya.
"Mungkin ini lah sebab orang panggil dirinya Tempang!" masih mencari jalan untuk memuaskan hatinya.
Pengadu domba kampung yang berbadan kecil jika dibandingkam dengan rakan-rakan sebayanya yang lain tidak pernah berasa jemu untuk meneruskan kegiatannya untuk mengadu apa saja yang tidak puas hati dimatanya. Namun demikian, dia tidak pernah sedikit pun berasa gusar dengan kelakuannya itu. Sedikit juga tidak pernah berfikir akan dirinya itu seorang yang pengecut.
Apa tidaknya, budak-budak kampung yang seusianya telah pun melangsungkan upacara yang paling dinanti-nanti untuk mereka berasa dewasa. Dia yang paling pantang mendengar perkataan sunat gemar meninggalkan perbualan apabila disoal bila hendak berkhatan. Cerita-cerita ganas yang diseloroh oleh mereka yang sudah berpengalaman seperti "potong guna kapak", "mata gergaji", "parang panjang" menjadi igauan ngeri buat diri pengecut macam dirinya.
YOU ARE READING
Tempang
Cerita PendekTempang tak ubah dengan nama yang asing mendiskripsi seorang manusia yang tidak kelihatan seperti manusia lain yang sempurna fizikal. Nama diberi menjadi slogan anjakan paradigma buat seorang insan kerdil yang hidupnya penuh dengan pancaroba. Mungki...