Part 1

3.1K 117 11
                                    

Aku ada sorang abang. Aku benci gila-gila dia! Tapi aku tak gila okey.

Sebab apa?

Ada banyak. First semua orang suka puji dia handsome, tapi dia memang handsome pun. Nama abang aku Shahin. Nama panjang dia Shaaaaaaahhiiiiiiiin. Okey sorry sebab bergurau. Nama panjang dia Muhammad Shahin Adry Bin Hakim.

Semua orang sayang dia kecuali aku. Semua orang suka puji dia caring, baik hati, gentleman, blablabla banyak lagi arh.

Aku?

Zero. Sad life huh?

Bila aku kata aku benci dia mesti dia kata "Abang sayang Syaf sorang jer dalam dunia ni."

Haduii..stress aku ada abang macam ni.

Baiklah kali ni aku nak citer hidup aku dengan abang aku. Tajuknya 'ABANG'.













>>>>>>>













"Syaf,Syaf buat apa tu sayang?"suara garau Shahin bergema dari belakang.

Syafa yang tengah menulis terus berhenti. Reaksi spontan kerana terkejut bila tiba-tiba dengar suara Shahin betul-betul di sebelah telinga kanan.

Erk, Shahin?

Laju kedua tangan dia melipat kertas yang dia tulis mengenai abang dia.

"Tak perlulah kemas. Abang janji takkan kacau Syaf." Shahin kini tegak  berdiri di sebelah kanan Syafa dengan senyuman lembut di bibir merahnya.

Anak mata hitam pekat Shahin jatuh pada tangan adiknya yang mengemas kertas dan barang di atas meja belajar.

Perlahan tangan kanan naik menyentuh tangan kanan Syafa, menghalang adiknya daripada berkemas. Namun,  perbuatan dia hanyalah mengundang amarah Syafa.

"Lepaslah !"Terus Syafa tepis tangan abang dia. Nada suara Syafa naik. Dia jeling tajam Shahin sebelum berdiri tegak. Shahin yang memang tinggi dari dia, dia pandang tajam.

Terus berubah wajah Shahin tapi Shahin namun dia berusaha untuk menayang wajah tenang. Syafa di hadapannya dia pandang dendam senyuman.

"Kenapa ni? " lembut dia bertanya namun Syafa tidak membalas.  Sebaliknya dia menyambung mengemas barang sebelum buku miliknya dipegang erat.

"Tepilah! Selalu je menyibuk hal orang lain!" dan Syafa terus berlalu ke tingkat atas.

Shahin pandang kelibat Syafa sehingga tubuh Syafa hilang ke tingkat atas. Setelah itu,  untuk kali keberapa kali dia mengeluh.

Dia tak minta lebih dari Syafa. Dia hanya minta perhatian Syafa.  Namun,  adiknya sering mengelak daripada dia.

Benci sangat ke Syaf dekat abang, sayang?









>>>>>>>>







"Syafa? "

Shahin ketuk perlahan pintu bilik adiknya namun langsung tiada suara yang menyahut. Shahin ketuk lagi.

Lagi dan lagi sehingga sabarnya hilang. Dia tahu adiknya tak suka dia masuk ke bilik dia tapi lantaklah. Siapa suruh tak buka pintu bilik.

Shahin pulas tombol pintu bilik Syafa sebelum dia tolak perlahan. Dan mata Shahin buntang.

Bilik Syafa kosong.

Dan Shahin rasa jantung dia bagaikan nak luruh.

Bukan ke adik dia naik ke tingkat atas tadi?

Abang ✓Where stories live. Discover now