MAIA melangkah menghampiri Dato’ Huzer. Punggung dilabuhkan di atas sofa baldu itu.
“Maia buat apa dekat sini? Areez mana?” soal Dato’ Huzer sebaik sahaja ternampak kelibat Maia. Maia senyum simpul.
“Saja teman uncl.. eh papa. Err Areez dia dalam bilik.” Jawab Maia gugup. Dia masih belum biasa dengan situasi sekarang, masih dalam proses untuk menyesuaikan diri. Dato’ Huzer tergelak kecil.
“Papa bukan uncle. Takpelah Maia belum biasa lagi nanti lama-lama biasa la tuh. Papa takpe duduk rehat-rehat sekejap dekat sini, duduk dalam bilik je, bosan pula. Lagipun Mak Yam ada tolong tengok-tengokkan papa.” Ujar Dato’ Huzer sambil melipat surat khabar di tangan. Cermin mata membaca ditanggal.
Seketika kelibat Mak Yam muncul bersama sedulang air dan keropok lekor. Teko berisi air teh diletakkan di atas meja. Maia segera bangun bersalaman dengan mak cik yang digelar Mak Yam itu.
“Owh inilah Maia isteri Areez ye Tuan? Cantik orangnya.” Ucap Mak Yam bersama senyuman manis di bibir. Baru berpeluang bertemu dengan menantu majikannya. Hari pernikahan mereka hari itu dia tak dapat hadirkan diri kerana pulang ke kampung bersama suaminya Pak Mad.
Maia mengangguk hormat. Dato’ Huzer mengiyakan ucapan Mak Yam itu.
“Itulah, pandai Areez pilih isteri.” Sambung Dato’ Huzer bersama senyuman tak lekang di bibir.
“Takpelah, sembang-sembang la ye. Mak Yam nak ke dapur.” Ujar Mak Yam meminta diri. Maia mengangguk kecil.
“Ni papa nak tanya macam mana Maia boleh kenal dengan Areez? Hari tu tak sempat nak borak panjang.” Suara Dato’ Huzer mulai ceria.
“Err Maia kenal dengan Areez melalui Encik Farqil, kawan Areez, bos Maia. Maia bekerja dengan Encik Farqil.” Beritahu Maia perlahan. Dato’ Huzer mengangguk-angguk kepalanya. Cawan berisi air teh di atas meja dicapai. Menyedari menantunya itu hanya duduk kaku membuatkan perbuatannya terhenti.
“Eh, minumlah Maia. Sejuk pula air teh tu, tak sedap. Haa ni, keropok lekor ni Maia wajib rasa, Mak Yam buat sendiri tau. Keropok lekor Mak Yam ni sedap, lagi sedap kalau makan panas-panas macam ni.” Pelawa Dato’ Huzer. Bekas keropok lekor ditolak sikit ke arah Maia.
Maia mengangguk lalu mengambil satu keropok lekor itu. Keropok lekor digigit perlahan. Ermm, sedapnya keropok lekor Mak Yam buat ni. Sangat rangup dan terasa perisa bawang merah dan pedas ladanya.
“Borak apa ni?” sapa Fareez tiba-tiba. Maia terkejut. Dato’ Huzer berpaling ke arah suara itu.
“Takde apa, tengah minum petang ni. Duduklah Areez, ada keropok lekor Mak Yam ni.” Ajak Dato’ Huzer pada anak terunanya. Fareez mendekati lalu melabuhkan punggung disebelah Maia.
Maia mengengsot sedikit. Dia malu teringat perbuatannya pada Fareez sebentar tadi. Sangkanya Fareez ingin tidur, bolehlah dia hilangkan rasa malu tu seketika. Seleranya untuk menikmati keropok lekor mati di tengah jalan. Duduknya langsung tidak tenang, punggung terasa panas. Mukanya dah rasa panas membahang menahan malu. Ingin memandang wajah Fareez pon dia tak sanggup. Otaknya ligat mencari helah supaya cepat-cepat dapat beredar dari situ. Keropok yang masih berbaki di tangan dihabiskan.
“Err Maia pergi dapur dululah, tengok Mak Yam tengah buat apa.” Helah Maia.
Fareez menoleh ke arah Maia. Memandang wajah itu penuh minat. Hatinya bergelak riang melihat tingkah isterinya yang sengaja mencari helah ingin beredar dari situ. ‘Pandai nak mengusik aku, tapi malu. Sekarang kau tengok apa aku nak buat.’ Fareez senyum senget. Lengan Maia digenggam lembut. Maia terngadah, dia berpaling sejenak pada Fareez.
YOU ARE READING
KERANA KUCINTA (VERY SLOW UPDATE)
Random- FARQIL "Tolong rebut cinta Fareez." - MAIA KHAYRA "Apa maksud encik? Saya tak faham." Maia buntu. Pertolongan jenis apa yang Farqil cuba minta padanya ini? Ingat dia barang mainan ke? - FAREEZ ALYAN "Jadi semua ni dirancang?" - MAIA KHAYRA "No Ar...