SETELAH berperang di dalam kapal terbang, akhirnya mereka tiba di lapangan terbang Thira Port, Greece. Dari Malaysia berlabuh di lapangan terbang Ataturk di Istanbul dan transit dari Istanbul menuju ke Athens, dari Athens terus ke Greece. Fuhh, jauh perjalanan, naik retak rasanya tulang belakangnya dek kerana duduk di dalam kapal terbang terlalu lama.
Keluar sahaja dari lapangan terbang kelihatan sebuah teksi sudah sedia menunggu menyambut kehadiran mereka. Entah bila Fareez tempah pun dia tidak tahu. Suasana amat berlainan sekali dengan Malaysia. Terdapat banyak bangunan-bangunan putih yang amat cantik sekali. Terasa tenang jiwanya melihat bandar Greece yang dipenuhi warna putih. Awan yang membiru dirasakan amat menenangkan kerana cuaca yang baik.
Mereka terus menghampiri teksi yang sudah menunggu ketibaan mereka sejak tadi. Maia hanya diam memerhati Fareez yang sedang berkomunikasi dengan pemandu teksi tersebut. Beberapa ketika, Fareez menghampirinya.
“Jom naik, kita nak check in hotel pula.” Ujar Fareez. Pemandu teksi yang berkulit cerah itu terus memasukkan beg bagasi mereka ke dalam bonet kereta. Tanpa membuang masa, Maia terus memboloskan diri ke dalam perut teksi tersebut diikuti Fareez. Pemandu teksi itu terus membawa mereka ke sebuah hotel bertaraf 5 bintang.
Maia terpesona melihat hotel yang cantik dan antik itu. Matanya terpukau melihat kecantikan dekorasi hotel itu bersama ukiran-ukiran tradisional Greece.
Selesai urusan berkenaan kunci dan nombor bilik, terus mereka menuju ke arah bilik yang dimaksudkan. Pintu bilik ditolak. Fareez terus melangkah masuk, diikuti Maia dibelakang. Ya Allah cantiknya!
Bilik yang dihiasi mengikut tema tradisional Greece itu kelihatan sangat memukau dan cantik. Semua peralatan dan perabot-perabot yang digunakan nampak klasik dan tradisional belaka. Maia merasakan seperti hidup pada zaman klasik Greece pula.
Badan yang terasa melekit minta segera dibersihkan. Terus dia mencapai tuala yang sudah disediakan di dalam bilik itu menuju ke bilik air. Fareez pula sudah tertidur keletihan di atas katil.
Bilik air yang tradisional moden dengan aroma yang sangat menenenangkan jiwa itu membuatkan keletihan yang membaluti diri seakan pergi berterbangan.
Maia keluar berperkaian lengkap keluar dari bilik air bersama tudung di atas kepala. Semenjak dia menikahi Fareez belum pernah sekalipun dia menampakkan rambutnya dihadapan Fareez. Entahlah dia masih berasa segan ingin berbuat demikian. Fareez yang masih ketiduran itu didekati.
“Awak bangunlah, bersihkan diri tu baru tidur.” Tegur Maia lembut.
Fareez memisat-misat matanya yang masih mengantuk. Suara Maia itu telah menganggu tidurnya.
“Bangunlah, mandi dulu lepas tu baru tidur okey?” ulang Maia lagi dalam nada memujuk.
Tanpa banyak soal terus Fareez bangkit menuju ke arah bilik air di hujung bilik itu. Maia menghembus nafas lega. Fareez sudi mendengar katanya dah cukup baik.
Terus Maia berlalu ke arah beg bagasinya mengambil telekung yang dibawa bersamanya. Teringat yang dia masih belum menunaikan tugasnya sebagai hamba Allah dimuka bumi ini.
Usai menunaikan solat fardunya, Maia melangkah ke arah balkoni di balik jendela di satu sudut bilik itu. Ingin melihat keindahan alam ciptaan yang Maha-Esa. Agak lama dia berdiri di situ hinggakan kehadiran Fareez dibelakangnya pun tidak disedari.
“Ehemm” Fareez berdehem.
Maia yang leka meneroka panorama indah itu, terbantut tatkala mendengar suara lelaki. Lambat-lambat dia berpusing ke arah suara itu.
Fareez melangkah mendekat. Selepas membersihkan diri dan solat tadi, Fareez terus berbaring kembali berniat ingin menyambung tidurnya tetapi terbantut apabila perutnya dari tadi asyik memekak saja merengek minta di isi. Maia pula sejak dari tadi bertenggek dekat balkoni tanpa berbuat apa-apa. Fareez mula naik bosan berseorangan di dalam bilik.
YOU ARE READING
KERANA KUCINTA (VERY SLOW UPDATE)
De Todo- FARQIL "Tolong rebut cinta Fareez." - MAIA KHAYRA "Apa maksud encik? Saya tak faham." Maia buntu. Pertolongan jenis apa yang Farqil cuba minta padanya ini? Ingat dia barang mainan ke? - FAREEZ ALYAN "Jadi semua ni dirancang?" - MAIA KHAYRA "No Ar...