Syafa pegang erat fail yang berada di tangannya. Bibir dia tak henti ukir senyuman sebaik sahaja Shahin bersetuju untuk berjumpa dengan dia. Dia dah terlalu banyak berdosa pada Shahin.
Dan kali ini dia nekad.
Dia patut patuh pada arahan Shahin. Mungkin dia masih ada harapan untuk sembuh.
Sebaik sahaja Syafa melangkah masuk ke dalam bangunan hospital, lif dituju. Namun hampir Syafa menangis bila melihat yang papan tanda bahawa lif hospital kini dalam proses membaiki.
Syafa hela nafas lemah. Nampaknya dia memang kena naik tangga. Takpelah, bukan tinggi mana wad yang Shahin duduk. Adalah dalam tingkat 3.
Perlahan kaki dilangkah ke arah tangga sebelum dia mula menaiki tangga. Mata Syafa masih tepat pada fail yang berada di tangannya. Dalam fail ni, ada cerita yang dia tulis khas untuk abang dia.
Cerita yang pernah dia usahakan sebelum ni namun terhenti sebaik sahaja abangnnya disahkan tenat. Dan kini cerita yang dia tulis dah tamat. Dan dia nak orang pertama yang baca cerita tersebut adalah abang dia sempena hari lahir mereka.
Ralit Syafa tersenyum, dia dikejutkan dengan deringan telefon milik dia. Baru sahaja dia nak capai telefon di dalam poket seluar, kakinya tergelincir.
Dan kepala Syafa terhentak pada tangga sebelum fail di tangan dia terlepas.
"Argh! "
Dan mata Syafa terkatup.
>>>>>>>
6 tahun berlalu
"Syafa, kau dah lewat nak pergi interview ni!! " berdentum rumah sewa Syafa dengan jeritan Anna. Syafa yang masih lagi berusaha untuk pakai tudung mula kalut.
"Kejap! "
Syafa menjerit, membalas jeritan Anna yang tak henti-henti memanggil dia dari tingkat bawah. Syafa kalut capai stoking sebelum disauk pada kakinya. Setelah itu, dia tilik badannya di hadapan cermin.
Baju dah kemas. Tudung pun takde kedut. Kira ok dah ni!
Kaki Syafa kembali melangkah ke arah meja belajar sebelum pandangannya jatuh pada dua bingkai gambar di atas meja tersebut.
"Mama, Syafa nak pergi interview dulu. " Syafa capai bingkai gambar Luan Sharina sebelum dia kucup laju. Puan Sharina baru sahaja pergi meninggalkan dia namun Syafa beruntung dia masih ada kawan-kawan di sisi dia.
Dan kali ini mata Syafa beralih pada bingkai gambar seterusnya. Gambar dia dan Shahin.
Tapi sayang, dalan gambar ni Syafa langsung tak tersenyum.
Childish betul dia. Kalaulah dia tak ikut perasaan dulu, mungkin dia akan ada gambar dengan Shahin. Wajah Shahin yang tersenyum manis Syafa tatap lama.
Syafa rindu abang.
Rindu sangat-sangat.
"Syafa pergi dulu. " dan bingkai gambar itu dikucup sekilas sebelum kaki Syafa laju berlari ke tingkat bawah. Sebaik sahaja pintu rumah selesai dikunci, dia kalut berlari ke arah kereta milik Anna.
"Tutup pintu cepat! Kita dah lewat! "
"Yaaa. "
Dan laju Syafa tutup pintu kereta. Fuh, hari nak interview macam nilah dia terbangun lewat.
Kereta Anna laju membelok di selekoh jalan.
"Syafa. "
"Ya? "
YOU ARE READING
Abang ✓
Historia Corta[REWRITTEN] Mengisahkan mengenai Syafa dan abang kembarnya. Setiap orang pasti ada ahli keluarga sendiri. Begitu juga Syafa. Namun, Syafa benci akan abang kandungnya. Sehinggalah masa silam terbongkar. #Abang penulis cerita ni telah dijemput I...