6 Jahanam

1.7K 74 19
                                    

"Berambus!!!"

Arahan ringkas dari kapten Thaqif tetapi arahan yang ringkas tersebut mempunyai mesej yang jelas diberikan kepada geng penyangak yang telah menceroboh masuk kawasan sekolah. Berambus atau dibelasah. Itu maksud 'berambus' yang dijeritkan oleh Kapten Thaqif.

Karim yang pada mulanya terkejut dengan tindakan Kapten Thaqif berjaya memecahkan kayu besbol itu mula mengukirkan senyuman sinis seraya berkata.

"Hahahaha. Engkau ingat, dengan memecahkan kayu besbol ni, aku dengan geng-geng aku takut dengan kau ke bangsat!!. Aku berenam. Kau seorang je."

"6 orang je? Aku ingat 60 orang? Lagi pun dah lama aku tak hantar orang ke ICU ni"

Karim menelan air liurnya. Terasa pahit. Entah kenapa lidahnya berasa pahit. Mungkin mendengarkan perkataan ICU yang diungkapkan oleh Kapten Thaqif. Karim tahu, ungkapan dan ugutan tersebut adalah bukan gurauan semata-mata. Melihatkan kayu besbol yang begitu padat hanya dipecahkan begitu mudah dengan hanya menggunakan lengan Kapten Thaqif sudah cukup membuktikan segalanya. Namun kerana ego sebagai ketua penjahat. Dia tidak boleh mengaku kalah begitu sahaja.

"Benji, Mancu, Balok, Beto, Siva. Ke sini. Korang setelkan dia ni"

Mendengarkan nama kuncu-kuncu Karim je sudah cukup untuk mengetahui bahawa mereka adalah geng gengster. Nama samaran yang dirasakan ganas digunakan. Mungkin nama sebenar Benji adalah Dollah. Siapa yang tahu? Tetapi demi menjaga status sebagai lelaki ganas. Maka nama-nama samaran yang ganas wajib digunakan.

5 orang lelaki tu melepaskan cikgu Borhan dan menolak cikgu Borhan yang berbadan gempal serta botak itu ke lantai.

"Aaaaawwwww"

Jerit cikgu Borhan.

" celakeee.. Dia ingat dia menjerit seumpama adik-adik yang baru nak up. Aku nak bersimpati ke. Lagi aku nak pijak-pijak perut dia yang boroi tu adalah!!"

Gumam Karim yang sedang memandang geram ke arah cikgu Borhan. Geram marah. Bukan geram bernafsu.

Sejurus kuncu-kuncu Karim melepaskan cikgu Borhan, mereka terus mengelilingi Kapten Thaqif. Sambil membuat gaya penumbuk menghentam tapak tangan yang berlawanan. Babak ini sering kita lihat bila mana pejahat-pejahat akan melakukan gaya tersebut dan sesudahnya penjahat tersebut akan dibelasah tanpa belas kasihan oleh hero dalam cerita tersebut.

Dan adakah itu akan berlaku dalam cerita ini?  Ya. Tepat sekali. Mereka tidak kenal lagi siapa itu cikgu Thaqif ataupun identiti sebenarnya adalah Kapten Thaqif. Askar elit yang sudah terbiasa berdepan dengan situasi bahaya hidup atau mati.

Selepas beberapa ketika mereka mengelilingi Kapten Thaqif. Benji memulakan langkahnya.

"Yarghhhhhhhh"

Benji memulakan serangannya dengan satu hayunan tumbukan yang agak laju. Sasaran tumbukannya adalah pada muka Kapten Thaqif. Namun belum sempat penumbuknya menemui muka Kapten Thaqif. Kapten Thaqif berada berdiri betul-betul di hadapan muka Benji.

Gerakan tersebut amatlah luar biasa. Ibarat ular sawa menyusur senyap demi membaham sang tikus. Muka Benji yang pada mulanya merah-kemerahan tiba-tiba bertukar putih kepucatan. Hilang darah dimukanya.

Kapten Thaqif tanpa membuang masa mengangkat lututnya dan menghayunkan lututnya ke arah perut Benji.

Pukkkkkkkkk....

Cikgu SuperWhere stories live. Discover now