Betul ke apa yang aku nampak ni ? Itu kan Minhyuk. Aku lihat dia berada di tingkat 2 dan seorang budak kecil sedang menarik tangan dia.
"Baiklah semua, mari berkumpul. Kek akan dipotong" jerit Hyojoo unnie.
Aku berdiri disebelah Jongsuk oppa. Kemudian kami ramai² menyanyikan lagu 'Selamat Hari Jadi' buat Hyojoo unnie. Hyojoo meniup lilin setelah selesai membuat hajat. Jongsuk oppa mara kehadapan mendekati Hyojoo unnie, dia mengeluarkan sesuatu dari dalam poket kotnya. Oppa berlutut dihadapan Hyojoo unnie.
"Hyojoo, will you marry me?"
Terlopong mulut aku mendengar lamaran Jongsuk oppa. Wow , oppa tak bagitahu aku pun yang dia nak lamar Hyojoo unnie.
Muka Hyojoo unnie sudah kemerahan, tanpa berfikir panjang Hyojoo unnie bersetuju. Jongsuk oppa menyarungkan cincin di jari Hyojoo unnie. Tetamu yang hadir bertepuk tangan menyaksikan mereka. Jongsuk oppa memeluk appa Hyojoo unnie.
Aku mengambil keputusan untuk keluar sebentar untuk menghirup udara segar pada waktu malam. Aku berjalan menuju ke pintu dan pergi ke taman. Rumah besar sampaikan taman pun ada. Aku melabuhkan punggung di atas kerusi batu yang menghadap ke kolam ikan.
"Kolam ikan pun besar"
aku tersenyum melihat ikan-ikan yang pantas bergerak ke sana ke mari. Kemudian , mata aku bergerak memandang langit. Bulan terang menerangi bumi manakala berjuta bintang terbentang di langit.
"Hyung!! Fuzzy lari ke taman !!"
Ak terdengar suara budak lelaki lalu aku mencari kelibatnya. Tak juga kelihatan.
"Meow~"
"Huh ?!" Mata aku terbeliak sebaik sahaja terdengar bunyi seekor kucing yang sangat dekat dengan aku. Aku menoleh ke kanan dan ternampak seekor kucing berbulu lebat berwarna putih duduk disebelah aku.
"Arghhh!!" Lantas aku berdiri , aku mengundur selangkah kebelakang. Tiba-tiba kasut aku tersangkut pada batu dan aku jatuh terduduk. Hampir² aku tak masuk ke dalam kolam ikan.
Kucing tadi perlahan-perlahan menghampiri aku.
"Janganlah datang dekat... please...."
Aku lihat kucing putih tadi sudah bersedia hendak lompat ke arah aku, cepat² aku menundukkan wajah lalu menutup muka menggunakan kedua-dua lengan aku.
"Haa , dekat sini pun kau Fuzzy"
Kedengaran suara budak lelaki tadi. Aku mengankat wajah memandang ke arah suara tersebut. Budak ni , yang aku nampak dekat dalam tadi dan... mata aku beralih ke arah lelaki tinggi disebelahnya , Minhyuk!!
"Noo-noona okay?" Soal budak lelaki itu.
Aku tidak menjawab soalan tersebut malah mengalihkan pandangan dari memandang mereka dan cuba bangun perlahan-lahan.
"Noona , maaf kalau Fuzzy takutkan noona. Dia memang macam ni dengan orang asing" kata budak lelaki itu lalu membelai lembut kucing yang dipanggil Fuzzy.
"Tak...tak mengapa. Noona okay, cuma terkejut sikit" aku tersenyum kelat.
"Minseok pergi bawak Fuzzy ke dalam" arah Minhyuk.
"Okay , hyung" Minseok pun hilang masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang.
Tanpa menghiraukan Minhyuk , aku pun mengatur langkah untuk beredar dari situ.
"Ehem! Kau nak pergi mana ?" Minhyuk memandang ke arah aku , kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.
Langkah aku terhenti. Minhyuk menghampiri aku. Minhyuk menyentuh bahu kanan aku lalu memusingkan aku menghadap dia. Kedudukan aku dengan sangat rapat.
YOU ARE READING
The Diary
De TodoGadis pemalu,Soyeon. Pertama kali dalam hidupnya meluahkan perasaan cintanya pada Wonho,senior sekolahnya. Tetapi saat cintanya ditolak muncul seorang lelaki membantunya. Ucapan terima kasih kepada si dia tetapi ucapan itu di terima dengan menjadika...