Aku memandang bangunan tinggi yang dikenali sebagai Nurture Psychiatric Clinic.
Aku memeluk erat fail berwarna biru muda yang mempunyai beberapa maklumat tentang pesakit yang bakal aku jumpa nanti.
Sudah hampir setahun aku berhenti kerja dari situ, namun pengurus klinik itu terpaksa panggil aku uruskan pesakit ni. Katanya teruk sangat.
Aku menghela nafas berat sebelum masuk ke dalam bangunan itu.
-
" Cik boleh masuk dulu memandangkan tuan masih ada di bilik mesyuarat. " kata pembantu peribadi pengurus sambil membuka pintu bilik pejabat itu.
" Okay, thanks. " jawabku pendek.
Aku memerhati sekeliling biliknya. Masih tiada apa yang berubah.
Tapi, aku harap dia dah move on.
" Welcome back, Areum. "
Aku toleh ke belakang dan ternampak Seokjin sedang menutup pintu bilik pejabat itu. Nampaknya mesyuarat dah selesai.
Aku hanya balas dengan senyuman.
" Awak..okay? " soalku.
Senyumannya terus hilang sebaik saja terdengar soalan itu keluar dari mulutku.
" Pesakit tu akan sampai tak lama lagi. Awak pergilah siapkan apa yang perlu untuk soal siasat dia nanti. "
" Seokㅡ "
" Kalau awak dah tak ada apa-apa yang nak dibincangkan, tolong keluar. Saya ada banyak kerja lagi ni. "
Aku diamkan diri dan keluar dari bilik pejabatnya. Telefom bimbitku berbunyi menandakan sudah tiba waktu untuk aku berjumpa dengan pesakit aku.
-
Aku hulurkan kad nama kepada penjaga bilik khas itu sebelum memasuki bilik itu.
Nampaknya pesakit tu seorang lelaki.
Hanya dengan melihat belakang badannya, aku tahu dia seorang lelaki yang pendiam.
" Park Jimin..? " Aku memanggil namanya perlahan.
Dia toleh ke belakang dengan perlahan. Bibirnya mengukir satu senyuman sinis. Matanya begitu menawan sehingga membuatkan aku terdiam dengan lama.
" Kau yang akan tolong aku? " soalnya sambil memandangku tanpa berkedip mata.
" Y-ya, saya. Lee Areum. "
Pertama kali, aku berasa gelisah berinteraksi dengan pesakit. Selama aku bekerja di sini, dialah orang pertama yang buat aku gementar.
" Doktor. "
" Ya? "
" Tolong saya bersihkan darah ni. " katanya sambil hulurkan tangannya yang berdarah itu.
" Apa yang terjadi?! Macam mana tangan awak boleh berdarah ni? "
Dengan pantas, aku letakkan fail dan bukuku di atas katilnya. Aku bawa dia ke bilik air lalu basuh tangannya di singki.
Tanpa aku sedar, dia sedang perhatikan gerak geriku. Aku lap tangannya menggunakan kain dengan perlahan.
" Kenapa? " soalnya.
" K-kenapa?? Apa maksud aw- "
Dia memotong kataku dengan menyatukan bibir kami. Mataku membulat. Dia menolak badanku dengan kuat ke pintu.
Aku tolak dadanya dengan kuat namun dia lebih kuat memegang pergelangan tanganku.
Apabila dia meleraikan ciuman, dia pandangku dengan mata yang kuyu.
" I'm sorry. "
YOU ARE READING
[HIATUS] she's mine | pjm [ editing ]
RomansaYou're my wife , ㅡbut more to ❝ slave ❞ status ; EDITING