BAB 3

8.3K 303 3
                                    

Dengan perasaan marah yang membuak-buak ni,aku meneruskan langkah ku menuju ke kelas.kelas 4sn2.

"Tak guna punya mamat!! buat malu akuuu...jer lah.nasib kau dah blah dulu kalau takk..memang kat situ jugak aku smack down kau".Marah ku dengan nada yang berbisik sambil menghentak tangan ku ke dinding bangunan sekolah.

Aku melihat beberapa pelajar lelaki lalu disebelahku sambil tersengih-sengih memandangku.

Aku memandang diorang dengan pandangan yang tajam.pandangan maut Raina wei!!

Kalau boleh dengan diorang-diorang sekali aku nak hentak kat dinding ni. tapi,sabar Raina sabar..ingat Mak Ayah kau kat rumah tu.malu diorang kalau dapat anak perempuan paling gangster kat sekolah mengalahkan taiko-taiko besar yang ada kat KL tu.

Tanpa menghiraukan diorang,aku terus meneruskan langkah ku. Setibanya aku di depan pintu kelas, dengan tak sengajanya aku berkata..

"Fuck!!!"sambil menumbuk pintu kelas ku dengan kuat gila baby.

"Oh..Mak kau Meletop kebabomm.." latah salah seorang pelajar lelaki di dalam kelas ku.

"Apahal lah boleh terkeluar pulak perkataan tu!!".Bisikku sambil membodohkan diri berdiri di depan pintu kelas.kemudian aku melangkah masuk.Semua mata telah tertumpu ke arahku.

"Woi!kau ni apahal haaa? Selamba kau jer nak tumbuk-tumbuk pintu tu. Kau ingat ni kelas bapak kau punya?!".Kata Lina sambil menyilangkan kedua-dua tangannya.

Tanpa menghiraukannya,aku terus menuju ke tempat duduk ku disebelah Eyka."pergi mampus lah kau sana Lina!". Bisikku lagi tanpa memandang Lina yang sudah naik bengang kerana pertanyaannya tidak dijawab olehku.

Aku terus duduk disebelah Eyka sambil termenung jauh ke luar jendela dengan memuncungkan bibirku akibat kemarahan yang bersarang di kepala otak ku.

"Wei,kau ni apahal? Pagi-pagi dah mengamuk bagai.citer ah kat aku.. Aku nak dengarr..".kata si Eyka sambil menggoncang-goncangkan tubuh ku.

Dengan malasnya aku memandangnya dan menceritakan segalanya dari A hingga ke Z kepadanya.

××××××××××××××××

"What?,dia tolak kau?"tanya Eyka dengan sedikit senyuman pada bibirnya.Jaga kau eyka..aku tahu kau nak gelakkan aku tu.

"Hahaha!! Kau ni lawaklah..sebab dia tolak kau jer,kau nak mengamuk satu sekolah.hahaha!!" Gelak Eyka sampai terbahak-bahak.isshh,nasib lah kau ni kawan aku,kalau tak dah lama aku senaraikan kau dalam geng hentak kepala dekat dinding.

"Woi,yang kau gelak lelebih ni apahal??".kataku dengan nada yang serius.

"Ok Kayy..aku minta maaf.Tapi sumpah lawak wei...".kata Eyka sambil tersengih-sengih macam kerang busuk aku tengok.

Aku mengalihkan pandangan ku semula ke luar jendela sebab merajuk dengan kau Eyka!!!

"Ala..lahh...dah lah tu..merajuk pulak diaa..".kata Eyka dengan manja lalu tangannya memegang pipi ku yang bulat tembam itu untuk mengalihkan pandangan ku ke arahnya.

"Adoii!!"jerit ku.

"Kau ni apahal Eyka main cubit-cubit pulak pipi aku,sakit kau tahu takkk!!. Rungut Ku kepada Eyka sambil memegang tangan Eyka yang sibuk dari tadi mencubit-cubit pipi ku ini.

"Alahhh..aku geramlah tengok pipi pau kau ni,lagi-lagi bila kau tengah Marah".kata Eyka dengan selamba badak dia tu.

Walaupun pipi aku bulat tembam, tapi badan aku slim ok.

*acaner,ok tak bab yg 3 ni??
Hope korang enjoy dengan citer ni!

RAINA RAFAEL❤✔Where stories live. Discover now