Chapter 16

4.4K 171 2
                                    

"Kami balik dulu ya, datin. Tan sri.. Terima kasih laa sebab jemput kami ke sini. Rasa macam menyusahkan lah pula.." ujar Ibu Aqma sambil berlaga pipi dengan datin dan Niesha.

"Takpe, tak menyusahkan pun. Lagipun kiteorang yang jemput. Nanti ada masa kita jumpa lagi ya!" ujar datin. Aqma menyalami tangan mereka.

"In shaa allah, datin." ujar Aqma seraya tersenyum.

"Tak payah panggil datin, panggil mama." datin mengingatkan. Mama? Why should i call her 'mama'? Aku bukan menantu dia pun.

"Ok baiklah mama.." ujar Aqma.

"Eee comel!" puji datin seraya mencubit manja pipi Aqma. Mereka tergelak dengan wajah polos Aqma yang menjadi mangsa cubitan datin.

"Eh jap, awak dengan mak awak ke sini tadi pakai apa?" tanya Azrul tiba-tiba. Baru Azrul terfikir, macam mana mereka ke sini sedangkan kereta Aqma masih berada di bengkel? Pelik,

"Teksi,"

"Laa ye ke? Jadi awak nak balik macam mana?"

"Pakai teksi lagilah nampaknya,"

"Saya hantar awak berdua. Eh makcik?" pinta Azrul.

"Elehh.. Nak buat baik depan mak mertua konon,.. Aduhh!!" perut Aiman pantas disiku oleh Azrul. Yang lain berderai tawa melihat gelagat dua beradik ini.

"Tak pe lah, Azrul. Menyusahkan je," ujar ibu Aqma.

"Eh takpe takpe.. Biar anak saya hantar awak berdua. Lagipun dah larut malam dah ni, bahaya," ujar Tan sri.

"Kalau macam tu, saya tak boleh kata apa lagi. Terima kasih banyak-banyak." ujar ibu Aqma. Azrul pun menghantar Aqma dan ibunya pulang ke rumah.

"Terima kasih lah makcik sebab sudi datang ke rumah kami tadi." ujar Azrul semasa dalam perjalanan menghantar mereka pulang ke rumah.

"Sama-sama.." ujar ibu Aqma yang duduk di bahagian sebelah pemandu. Aqma pula duduk di belakang. Azrul melihat cermin untuk melihat Aqma di belakang.

Jeng jeng jeng..

Aqma sedang ralit memerhatinya. Jantung Azrul jadi tak keruan. Dengan spontan mata kirinya dikenyitkan. Aqma sedar akan kenyitan itu lalu membuang pandangan ke luar tingkap.

"Alaa kenyit sikit tengok luar.. Cair lah tu!" desis Azrul dalam hati kemudian tersenyum seorang diri.

"Suami makcik kenapa tak datang tadi?" soal Azrul memecah kesunyian.

"Suami makcik dah lama meninggal, maaf makcik tak bagitahu," ujar Ibu Aqma. Ops, Azrul sudah terlepas!

"Maaf, makcik saya tak maksudkan nak sedihkan hati makcik.. Saya mintak maaf,"

"Takpe, kamu tak tahu." ujar Ibu Aqma seraya tersenyum.

Sedikit demi sedikit hati Aqma mula cair dengan kelakuan Azrul. Dia baik sebenarnya, tapi Aqma susah untuk menerimanya.

"Alright, dah sampai.." ujar Azrul sambil menekan brek kereta di hadapan rumah Aqma. Mereka pun keluar dari perut kereta.

"Terima kasih laa, nak. Terima kasih banyak-banyak. Baik sungguh hati kamu," ujar ibu Aqma.

"Sama-sama, makcik. Ada apa-apa lagi ke nak cakap, makcik? Kalau takde saya balik dulu." ujar Azrul. Ibu Aqma hanya menggelengkan kepalanya seraya tersenyum.

"Baiklah, kalau macam tu. Ohh, Astaghfirullahal'azim.. Lupa saya,. Pasal kereta awak tu, awak dah boleh ambil esok petang."beritahu Azrul pada Aqma.

"Okay."jawab Aqma sepatah. Yess!! Takpayah naik kereta mamat sengal ni lagi!

" Saya balik dulu, makcik. Assalamualaikum," Azrul menyalami tangan tua ibu Aqma.

Love You Mr. Under AgeWhere stories live. Discover now