"Pak usu, jom pergi Public Book sana." ujar Arash setelah sampai di Parkson.
"Okay," jawab Azrul sambil tangannya dipimpin oleh Arash.
"Alamak, cikgu Azrul dah datang!" desis Airina dalam hati.
"Cikgu, pergi sini." Airina menarik tangan Aqma yang sedang membelek-belek buku resepi.
"Eh eh budak ni.."
Okay, langkah kedua! Minta izin ke tandas.
"Pak usu, Arash nak pergi tandas dulu."
"Cikgu, saya nak ke tandas kejap." pinta mereka.
"Sini pak usu temankan," ujar Azrul.
"Eh takpayah-takpayah.. Pak usu tunggu sini je," ujar Arash lalu berlari keluar dari public book.
"Sinilah, cikgu temankan."
"Takpe, takpe cikgu. Saya dah tak tahan, cikgu tunggu sini," ujar Airina dan berlari keluar. Sama seperti apa yang Arash lakukan tadi. Azrul dan Aqma terpinga-pinga. Aqma pun meneruskan pembacaanya tadi. Dia pergi ke bahagian resepi. Disebabkan banyak rak-rak yang menghalang pandangan, tiba-tiba bahu Aqma dilanggar oleh seorang lelaki.
"Aduhh!!" kedua-dua mereka mengaduh kesakitan. Aqma melihat lelaki itu. Lelaki itu memakai t-shirt paras siku berwarna hitam dan berseluar jeans.
Dushh!!
Azrul?!
"Eh awak?" soal Azrul sambil tersenyum-senyum. Aqma diam merenung tajam me arahnya. Aqma, jangan lah pandang aku macam tu.😧💕
"Sorry saya langgar awak. Saya tak nampak awak tadi. Rak ni yang kacau haa," ujar Azrul lalu memukul rak di sebelahnya.
"Gila." ujar Aqma. Ada ke patut rak dia pergi tepuk pula? Macam lah rak tu pandai sakit.
"Awak buat apa kat sini?" soal Aqma sekadar berbasa-basi.
"Saya temankan Arash beli buku. Awak pulak buat apa kat sini? Mesti awak nak usya saya kan?" ujar Azrul sambil menjongketkan keningnya.
"Eh eh, sorry laa. Saya temankan anak murid saya beli buku."
"Temankan anak murid nak buat apa? Alasan,"
"Suka hati saya lah,"
Aqma menjeling tajam. Azrul pula dari tadi dup dap dup dap tak tentu pasal.
"I got my eyes on you.." Azrul menyanyi tiba-tiba. Aqma berpaling ke arahnya.
"Apa? Salah ke saya menyanyi? Dah, tepi. Saya nak ambik buku kat belakang awak tu." ujar Azrul sambil mengibas-ngibas tangannya menghalau Aqma ke tepi.
"Elehh.. Suka hati halau orang, ingat public book ni awak punya?" gumam Aqma lalu beralih ke tepi.
"Suka lah hati," ujar Azrul sambil buat muka annoyed dekat Aqma. Airina dan Arash yang mengintip dari luar public book menahan ketawa yang mahu meletus.
"Aqma, saya hensem tak hari ni?" soal Azrul inginkan perhatian.
"Tak." jawab Aqma sepatah sambil membelek-belek buku resepi tanpa memandang ke arah Azrul sedikitpun.
"Awak tengoklah saya dulu. Awak tak tengok, mana lah awak tahu saya hensem ke tak.." ujar Azrul. Aqma memandang ke arah Azrul. Amboi siap berposing bagai..
Ting!
Azrul kenyit mata.
Huh cair, cair! Dia hensem sangat!💞💕
Aqma mengalihkan pandangan. Beriak seperti biasa.
"Macam mana? Hensem?" soal Azrul lagi.
"Tak hensem langsung," jawab Aqma. Padahal hensem namateyy..
"Tipu. Mesti saya hensem kan hari ni? Pipi awak nampak merah. Saya nampak," ujar Azrul. Ohmaigodd!😱😨 nampak merah ke? Malu malu malu malu..
"Comel la wak," ujar Azrul lagi.
"Saya memang comel!" ujar Aqma sambil jari telunjuknya dicucuk ke pipi.
"Awak je yang tak hensem!" sambungnya lagi.
"Saya hensem la," nafi Azrul.
"Takk.. Saya comel saya comel saya comel! Awak tak hensem," ejek Aqma.
Hedehhhh.... Cair!!😍 desis Azrul dalam hati. Comel sangat la perempuan ni!
"Ye lah," Azrul mengalah.
"Tau takpe," ujar Aqma tersenyum bangga.
Sorry pendek😂💕
YOU ARE READING
Love You Mr. Under Age
Подростковая литератураBlom ready synopsis Harap enjoy read cerita ni, okay?