Suka

969 42 0
                                    

Adib POV...

Aku berkeluh kesah. Aku masih tidak menerima jawapan daripada Arza sejak confess hari itu. Arza pula seakan2 mahu jauhkan diri daripada aku. Dia marah ke? Atau dia malu? Atau dia confuse?

" arghhhh!!! Stress aku!" aku pandang telefon bimbit yang aku letak atas tilam. Sekejap aku Off, lepas tu aku On balik. Nak pastikan yang phone aku ni masih berfungsi ke tak.

" betul ke tindakan aku? Atau...?" aku duduk di sisi handphone aku. Dengan rasa malas, aku berbaring secara terlentang memandang siling bilik. Sesekali aku jeling handphone disisi, tetapi masih gelap. Tiada mesej, Whatsapp, WeChat, atau Insta. Phone call pun haram tak ada. Dia lupa ke?

Aku ada minta Arza call aku untuk bagi jawapan, tapi sampai sekarang tiada panggilan.

Bunyi ketukan dipintu mengejutkan aku. Lantas aku bangun dan duduk bersila. Aina masuk dengan Kitty di kakinya. Terkedek2 Kitty masuk dan melompat naik ke atas tilam aku. Aina duduk ditepi aku. Wajahnya nampak resah. Aku angkat dahi bertanya kenapa.

" abang, Aina tanya abang jangan ketawa eh?" aku diam, sebelum mengangguk.

" abang ada suka sesiapa tak?" pertanyaan itu membuatkan lidah aku terkelu seketika. Serta merta ketawa aku pecah. Wajah Aina merah padam.

" abang ni jahat lah! Janji tak ketawa tadi..." Aina buat muncung itik. Aku berusaha menahan ketawa yang akan meletus lagi, tapi tak boleh. Seminit jugaklah aku ketawa. Aina buat muka bengang.

" abang! Dah la. Aina tanya betul2, abang ketawa pulak! Malas la Aina mahu cakap dengan abang!" cepat Aina bangun, tetapi aku menyambar lengannya supaya duduk balik. Aku menarik nafas panjang sebelum menepuk2 kepala Aina dengan lembut.

" sorry lah. Abang bukan ketawa sebab pertanyaan Aina, cuma abang agak terkejut. Aina jarang berbincang hal ini dengan abang." Aina merengus. Aku membawa Kitty naik ke paha aku dan mengusap perlahan kepala dan dagunya.

" kenapa Aina tanya?" aku memandang Aina yang kelihatan masih terasa dengan perlakuan aku. Manja betul! Adik siapalah ni...

" abang jawablah pertanyaan Aina dulu. Abang ada suka sesiapa tak?" Aina masih dengan soalannya tadi. Tak boleh lari nampaknya! Aku menggaru2 kepala yang tidak gatal.

" well, ada. Kenapa? Cuba cerita dekat abang." Aku mengaku. Aina terdiam, sebelum dia mengeluh berat. Aina mengeluarkan sesuatu daripada poket seluar tidurnya.

" ini...ada surat untuk abang." Aku mengambil surat itu, teragak2. Dengan perlahan, aku buka surat itu dan membacanya.

[ Ke hadapan saudara Adib yang dikasihi...

Sekian lama mengenali awak, saya mula jatuh hati. Tetapi saya tiada keberanian untuk luahkan secara berdepan. Di dalam surat ini, saya ingin menyatakan saya sukakan awak. Sudikah awak jadi teman lelaki saya?

Suzana, F. 3 Angsana]

Terbatuk2 aku membaca surat tersebut. Perit tekak aku sebab tertelan air liur sendiri. Gila formal! Dah macam cerita anime pulak bagi surat2 cinta. Aku nak ketawa, tapi perasaan orang! Serba salah!

" Aina kenal ke siapa dia?" tanya aku merujuk kepada si penghantar. Aina mengangguk.

" kawan kelas sebelah. Aina kenal dia waktu kelas pendidikan Islam. Dia ada cakap dengan Aina yang dia sukakan abang, tapi tak berani nak cakap berdepan. Sebab itulah dia bagi surat. Macam mana, abang?" Aina memandang surat itu dengan perasaan berbelah bahagi. Aku menghela nafas yang aku tidak sedar aku tahan.

" Aina dapat agak tak siapa yang abang suka?" Aina diam, sebelum mengangguk perlahan. Aku senyum.

" jadi abang minta Aina pulangkan surat ni balik kepada dia. Kata padanya, abang minta maaf dan abang sudah ada orang yang abang suka. Boleh?" Aina mengangguk. Dia senyum.

Nakal (Complete) Where stories live. Discover now