Chapter 18

4.2K 164 0
                                    

"Bro," panggil seseorang dari belakang. Azrul yang duduk di mejanya berpaling ke belakang.
"Eh, ya saya?" sahut Azrul. Lelaki yang tinggi lampai itu diperhatinya. Siapa?
"Aku Azwan. Ingat aku lagi tak?" soal lelaki itu. Lama Azrul memerhati lelaki itu. Cuba memikir siapa lelaki ini. Aku pernah kenal dia sebelum ni ke? Dengar nama macam familiar je.
"Tak kan kau tak ingat," ujar Azwan.
Azrul memejam mata sambil memetik metik jarinya yang mula mengingati orang ini.
"Abang Azwan?" teka Azrul.
"Aku lah ni," ujar lelaki itu. Lalu mereka pun berpelukkan.
"Lama tak jumpa kau," ujar Azwan sambil menepuk-nepuk bahu Azrul.
"Sama lah bang,." ujar Azrul seraya mengukir senyum.
"Makin hensem ah kau sekarang, Azrul. Dulu nerd gile doo," ujar Azwan disusuli ketawa. Ya, Azrul memang akui bahawa dia dulu memang budak nerd dekat sekolah. Tak kuat bergaul, pendiam dan tidak mudah bergaul dengan perempuan itu lah Azrul. Tiba-tiba wajah gadis itu terlintas di fikiran. Gadis itu lah yang berjaya menawan hati dahulu. Azrul tidak tahu perasaannya jatuh kepada siapa. Dia sukakan Aqma, tapi dia rindukan gadis itu.
"Oi.. Berangan pulak kau ni," Azwan melayang layangkan tapak tangannya di hadapan muka Azrul.
"Eh, hahahahah.. Termengelamun, sorry."
"Takpe,.Fist kau datang sini dulu, memang aku tak kenal kau langsung kau tahu? Lama aku nak kenal pasti muka kau ni, rupa-rupanya ni kau. Hensem gila do kau sekarang,"
"Ishh dah-dah la puji aku tu.. Lain macam pulak aku dengan kau ni," ujar Azrul. Tak selesa pulak dipuji macam tu sangat. Lebih-lebih lagi kaum sejenis. 😂
"Sorry aku tak gay okay? Kolot betul la otak kau ni.. Btw, rehat nanti sama-sama k? Aku tunggu kat kantin," pesan Azwan lalu pergi dari situ.
"Okay,"

Kantin~

"Mana Azrul ni?" desis Azwan sambil mengacau air tehnya. Lehernya dipanjangkan untuk mencari dimana keberadaan Azrul.
"Weh sorry lambat,." ujar Azrul tiba2 muncul lalu duduk bertentangan dengan Azwan.
"Takpe,. Kau nak minum apa? Biar aku belanja,"
"Tak payah lah, aku dah minum tadi."
"Ha, ye lah. Jimat sikit duit aku," ujar Azwan disusuli ketawa. Azrul pun turut sama gelak mendengar gurauan Azwan.
"Ni, lama dah aku tak dengar cerita pasal abang kau. Abang kau sihat?" soal Azwan sebagai pembuka bicara.
"Sihat, alhamdulillah."
"Dia kerja apa sekarang?"
"CEO syarikat papa aku,"
"Laa ye ke?? Untunglah, kerja besar. Dah kahwin belum?"
"Dah.. Dah ada anak pun," ujar Azrul. Azwan mengangguk tanda faham.
"Anak dia sekolah kat sini," beritahu Azrul lagi.
"Mana satu anak dia?" soal Azwan.
"Azrul Arash bin Azrul Aiman, kelas 2 Bintang."
"Yang kecik-kecik, mulut banyak cakap tu?"
"Ha'ah tu lah,"
"Ooo.. Patutlah aku tengok kau rapat ngan dia.." Azrul hanya mampu tersenyum.
"Kau bujang lagi ke?" soal Azrul pula. Dok sebok tanya pasal abang aku.
"Bujang lagi.. Aku tengah tunggu seseorang lah ni," ujar Azwan sambil tersenyum sendiri.
"Siapa tu?" usik Azrul.
"Tu, Aqma." terus senyuman Azrul mati tatkala bibir Azwan menjuih ke arah Aqma. Crush aku do. Siapa tak marah?
"Gile lah susah aku nak tackle dia. Dia punya garang tu tahap gunung berapi kau tahu? Tapi walaumacam mana pun, aku kena dapatkan dia. Sebab aku dah tangkap cintan dengan dia!" ujar Azwan.
"Dia pandang aku sebelah mata je," sambungnya lagi.
"Yang kau ni diam asal?" soal Azwan pada Azrul yang sedari tadi diam membisu.
"Takde pape lah.. Tak kan kau tak kenal aku? Aku ni kan memang pendiam," ujar Azrul sambil tersenyum menutup api di dalam hati.
"Hmm.. Tapi kan, aku tengok korang berdua ni macam rapat je. Kau ada simpan perasaan kat dia ke?" soal Azrul. Okay, soalan ni memang membunuh perasaan Azrul.
"Takde," jawab Azrul sepatah.
"Ni aku warning kau awal-awal tau. Jangan simpan perasaan kat dia. Dia aku punya," selamba badak je Azwan warning kat dia. Amboii, senang-senang je eh? Aqma tu aku punya! Azrul tidak menjawab apa-apa. Diam je lah,. Kebetulan Aqma pada waktu itu melimpas.
"Hai, Aqma!" tegur Azwan.
"Apa?"
"Meh lah teman saya makan sini," ujar Azwan. Azrul pula mula menyampah dengan Azwan ni. Sakit hati kau tau tak?!
"Malas," seperti biasa. Itu yang Aqma jawab. Aqma meneruskan perjalanannya.
"Jom laa sekali ni aje please?"
"Saya malas,"
"Aqma please?"
Eeee!!
Rimas Aqma dengar! Akhirnya dia duduk juga. Tapi bersebelahan dengan Azrul. Yayy!! Aqma duduk sebelah aku!😍
"Duduk lah sebelah saya," ujar Azwan. Dia mula tak sedap hati sebab perasan muka Azrul tiba-tiba tersengih macam kambing bila Aqma duduk sebelah dia. Jealous?
"Dah saya nak temankan awak makan mat sini, bersyukurlah sikit!" marah Aqma.
"Jangan laa marah, sayang.. Ye lah-ye lah, sayang duduk lah kat situ, teman abang makan ya?" ujar Azwan tanpa segan silu. Berdesing telinga Aqma mendengar panggilan 'sayang' tu. Geli kau tau tak geli???!
"Shut up!" ujar Aqma.
Azrul yang diam saja dari tadi bangun dari duduknya lalu pergi dari situ. Rasa macam sakit hati je kite ni..😢 Benci betul Azrul tengok Azwan ni. Suka hati je panggil 'my cute princess' sayang?! Baik aku blah dpd tengok Azwan 'bersweet' dengan Aqma. Kalau Azrul back up pun tak guna gak. Bukan Aqma tahu pun Azrul suka kat dia.
"Azrul awak nak pergi mana?" tanya Aqma. Azrul yang ingin berlalu pergi tadi berhenti sekejap.
"Saya nak ke bilik guru. Ada kerja belum habis siap lagi,"
"Saya nak ikut,"
Berbunga-bunga hati Azrul bila Aqma nak ikut dia.
"Eh tadi awak cakap nak teman saya makan?" ungkit Azwan.
"Sorry, saya pun banyak kerja. Bye! Jom, Azrul." ujar Aqma lalu berjalan beriringan dengan Azrul.

Love You Mr. Under AgeWhere stories live. Discover now