Bab 1

138 8 0
                                    

"Hey kau , datang sini kejap !" jerit Ariana .

Aku berjalan mendekati Ariana dan gengnya yang kelihatan sedang tersenyum sinis kepadaku . "Cepatlah , terhegeh-hegeh macam pengemis jalanan dah kenapa !". Jerit Ariana sengaja untuk memalukan aku yang kini menjadi perhatian para pelajar .

Sebaik sahaja aku berada di depan dia , aku dipaksa melutut dan "pommm" tepung dan telur selamat mendarat diatas tudung sekolahku .

Aku mula menitiskan air mata walaupun sudah beribu kali aku berazam untuk tidak akan menangis lagi . Pelajar lain hanya mampu melihat dan menepuk tangan dengan sorakan .

Tiba - tiba salah seorang pelajar menarik tanganku dan menuju ke tandas .

"Lepaskan saya !". Aku cuba untuk melepaskan tangan aku . "Ingat aku nak sangat ke pegang tangan kau ." Kata Aryan kemudian menghulurkan aku baju sukannya .

"Thanks Ryan."Aku mengambilnya dan masuk ke dalam tandas . Setelah selesai aku menapakkan kaki ke luar tandas dan aku terkejut apabila Aryan masih berada di depan tandas sambil menghalang beberapa pelajar perempuan untuk masuk ke dalam tandas .

"Aryan , thanks sekali lagi sebab baju tu saya pergi dulu tau bye !" Segera aku melarikan diri dan menuju ke kelas yang aku benci .

Sebaik sahaja aku masuk Ariana dan geng dia yang gedik tu melihat aku dengan pandangan tajam dan aku hanya tersenyum nipis .

"Iman!!" aku menoleh ke arah suara itu dan tanpa sempat berkata apa apa Aryan sekali lagi menarik tangan aku tapi kali ini kami menuju ke kantin .

Ramai girls yang mengumpat apabila melihat abang yang segak lagi kacak ni memegang tangan aku . Aku hanya tersengih dan segera melepaskan tangan aku .

"Im , kau nak makan apa ? Aku belanja tapi kau kena makan dengan aku dan jangan cuba nak lari kalau tak aku kacau kau lebih teruk .

" Aryan segera membeli makanan dan makan ditepi aku . Aryan tidak makan malah merenung aku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan .

Sejak aku sekolah disini , aku sering dibuli sebab aku takda kawan dan orang pertama yang buli aku ialah Aryan .

Mesti korang takpercaya kan tapi tu la hakikatnya .

Tapi sejak Ariana dan gengnya membuli aku dia menjadi seorang yang selalu menyelamatkan aku . Aryan juga akan membuli aku tapi itupun jika aku tak turut apa yang dia suruh . "Em Aryan , aku balik kelas dulu eh bye." Aku segera melarikan diri tapi malang takberbau kakiku ditahan . Aryan tersenyum sinis dan menghulurkan tangan tanda ingin tolong . "Huh , kau yang buat aku jatuh lepastu nak tolong puih piirraaah !" Kata aku dalam hati jela sebab aku takberani .

Aku bangun sendiri tanpa menghiraukan huluran Aryan yang putih macam vampire tu .

Aku terpaksa jalan dengan Aryan menuju ke kelas sebab dia ugut aku arhhh .

Sedih kan hidup aku .

*********************************

"Umi , Im nak pindah sekolah boleh tak ? ". walaupun aku tahu jawapan yang akan diberikan oleh umi tapi aku tetap cuba ah sebab mana tahu kalau tiba tiba umi cakap boleh . Aku lihat umi dengan muka kesian sebab nak bodek ,oh ya aku juara bodek tapi takpernah berkesan dekat umi . Agak agak kalau aku cerita tentang aku kena buli , umi bagi aku pindah tak ? " Im , umi bukan taknak bagi kamu pindah sekolah tapi umi takut kamu takda kawan ". umi memandang aku dengan muka seposen . ' ceh , kat sekolah sekarang pun takda kawan hmph dih dih '. bisik hati aku hahaha .

Kau , Kunci Hidup AkuWhere stories live. Discover now