EPILOG

8 0 0
                                    

Kilat yang memanah awan di langit semakin mengganas, menyilaukan bumi dengan cahayanya yang berwarna putih. Guruh mula berdentum-dentam seperti mahu runtuh langit ke tanah.

Hujan semakin lebat sehingga mampu menumbangkan pokok kelapa di tepi pantai dengan bantuan angin yang seperti ribut taufan. Air laut menghempas pantai seperti mahu berlakunya tsunami.

Di sebalik keadaan cuaca yang tidak dijangka itu, terlihat seorang manusia berpakaian serba-serbi hitam di persisiran pantai. Tidak diketahui jantinanya, lelaki atau wanita. Ditangannya terlihat seperti sesuatu benda yang berkilau akibat kilauan kilat yang muncul di langit.

Manusia berkelubung hitam itu terus mencampakkan benda yang berkilau itu ke dalam laut yang bergelora. Benda itu mula terapung di hanyut arus laut yang begitu deras sekali. Beberapa ketika benda itu sudah tidak terlihat lagi dek ditelan kegelapan malam.

" Akhirnya, benda itu tidak akan mengganggu keturunan aku lagi buat selama-lamanya," jerit manusia itu diselang-seli dengan bunyi guruh dan hujan. Lalu, manusia itupun berlalu pergi meninggalkan kawasan pantai itu bersama hati yang senang.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 21, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

LOKETWhere stories live. Discover now