CINTA TERLARANG 59

7.9K 59 8
                                    

BAB 14

Fariz memerhatikan saja johan dan sarah bersanding di atas pelamin tidak jauh dari situ. Mereka kelihatan begitu gembira sekali. Akhirnya tercapai juga hasrat johan yang ingin berumahtangga dengan kekasihnya sarah. Fariz tumpang gembira saat dia melihat mereka bersanding di atas pelamin. Bila dia terkenangkan perjalanan hidupnya bersama johan ketika mereka hidup sebumbung di bandar mega dahulu, dia merasa sungguh terharu. Kawannya itu begitu banyak menolongnya di saat dia kesempitan wang. Walaupun johan sering mempengaruhinya melakukan perkara yang tidak elok seperti menjadi seorang lelaki gigolo, mengambil dadah dan berlakon dalam video porno namun semuanya itu tidak mematahkan semangat setia kawan mereka. Dia masih teringat lagi bagaimana johan mula mula bertemu dengan sarah. Ketika itu mereka pergi ke shopping mall star untuk membeli pakaian. Johan masuk ke dalam butik tempat sarah bekerja.

Fariz berulangkali menegurnya bahawa butik tersebut ialah butik pakaian perempuan tetapi dia masuk juga ke dalam butik pakaian tersebut. Sekali dia masuk terus saja dia bertembung dengan sarah yang kebetulan sedang melayan customer yang datang ke butik itu. Johan terpegun di saat dia melihat wajah gadis tersebut. Dari saat itulah mereka berkenalan dan bercinta. Apa apa pun fariz bersyukur kepada Tuhan kerana sarah hadir di dalam hidup johan tepat pada waktunya. Jikalau sarah tidak hadir dalam hidup johan sudah pasti dia masih bergelar lelaki gigolo sehingga ke hari ini dan mungkin juga dia akan menjadi penagih dadah yang tegar. Nasib baik sarah berjaya mengubah hidup rakannya itu. Lamunannya terhenti sebaik saja dia mendengar johan memanggil namanya. "Hey... fariz, mari sinilah... kita bergambar sama sama...", laung johan. Fariz segera bangun lalu melangkah menuju ke arah rakannya itu. Dia mula bergambar dengan pengantin sedang yang duduk di atas pelamin tersebut.

*** *** ***

Puan sri mia memandang wajah suaminya tan sri rizal. Dia lihat lelaki itu sedang sibuk menaip sesuatu di dalam laptopnya.
"Bang... saya nak tanya abang ni..."
"Tanyalah..."
"jikalau saya tidak ada di sisi abang di suatu hari nanti mampu ke abang hidup seorang diri?"
"Kenapa awak tanya soalan macam tu pula?",
"Saja nak tahu jawapan dari mulut abang..."
"Pelik betul soalan awak ni..."
"Abang jawaplah soalan saya ni..."
"Abang tak tahu macamana nak jawap soalan awak tu..."
"Kenapa pula?"
"Sebab abang belum pernah terfikir pun perkara seperti itu sebelum ini..."
"Well never mind... just forget about that... anyway, saya berkira kira hendak membawa abang pergi melancong... abang nak ikut saya melancong tak?"
"Abang tak dapat ikut awak pergi melancong kali ini sebab abang sibuk dalam beberapa bulan ni. Banyak perkara yang abang kena uruskan..."

Tan sri rizal bersuara sambil menaip sesuatu di dalam laptopnya. Puan sri mia menggetapkan giginya. Geram betul dia pada suaminya itu. Dia selalu saja sibuk dengan pekerjaannya. Dia ajak suaminya berbual pun dia jawap acuh tak acuh. Dia ajak suaminya pergi melancong dia tak mahu pergi pula. Itu menyebabkannya dia tidak suka dengan suaminya sendiri. Menyesal pula dia memberi kesempatan kepada suaminya untuk berubah. Suaminya kembali kepada sifat asalnya iaitu workaholic. Dia sentiasa sibuk dengan pekerjaannya sehinggakan dia tak ada masa untuk melayan isterinya sendiri. Ini membuatkan puan Sri mia merasa semakin di abaikan.

Walaupun suaminya kini rajin balik ke rumah namun puan sri mia masih tetap merasa di abaikan kerana suaminya hanya tahu buat kerjanya saja. Semua pekerjaannya dari pejabat di bawanya ke rumah. Sampai muak mata puan sri mia apabila melihat files files yang banyak di atas meja kerja suaminya itu. Puan sri mia mengeluh sendirian. Di saatnya bersendirian, dia kembali teringatkan fariz. Kalau pemuda tersebut ada di sisinya sudah tentu dia tidak akan merasa terabai begini. Pemuda itu pasti akan melayannya dengan baik tapi malangnya fariz kini sudah berubah. Sejak pemuda itu bertunangan dengan shasha dia tidak lagi melayannya. Malah dia seperti menjauhkan dirinya pula.

Dia kembali memikirkan rancangannya yang hendak pergi melancong. Pada mulanya dia merancang hendak membawa suaminya pergi melancong tapi bila dia lihat suaminya sentiasa sibuk dia membatalkan hasratnya. puan sri mia kembali mengeluh. Dia sebenarnya merasa susah hati memikirkan penyakitnya, suaminya, anak anaknya dan juga fariz. Fikirnya sebelum ajalnya tiba dia teringin sekali meluangkan masa bersama mereka tapi bila dia ajak suaminya pergi melancong suaminya sibuk pula. Dia tidak tahu apakah anak anaknya mahu pergi melancong dengannya atau pun tidak...

Malam itu setelah makan malam puan sri mia duduk di kerusi sofa sambil menunggu kedatangan anaknya shasha dan juga haikal. Dari pagi tadi mereka belum balik ke rumah. Tidak lama kemudian kelihatan shasha melangkah masuk ke dalam ruang tamu tersebut. "Eh... mummy masih belum tidur?", soal shasha sebaik saja dia terpandang mummynya yang sedang duduk menonton TV itu. "Ya... abang awak ada dengan awak tak?", soal puan sri mia ingin tahu. "Tak... kenapa mummy?", soal shasha. "Sebenarnya mummy berhasrat hendak membawa korang pergi melancong dengan mummy...", kata puan sri mia perlahan lahan.

"Tapi saya tak nak pergi melanconglah mummy... saya ada banyak kerja kat agency modelling tu...", shasha memberikan alasannya. "Tapi sha mummy...", kata kata puan sri mia di potong pantas oleh shasha. "Mummy bawa kawan baik mummy si datin amira tu pergi melanconglah... saya busylah dalam bulan ni...", kata shasha dengan wajah yang serius. "Kalau awak tak nak pergi melancong dengan mummy, tak apalah... mummy akan bertanya pada abang awak pula... manalah tahu kot kot dia mahu pergi melancong dengan mummy...", kata puan sri mia sedikit terkilan. "Okaylah mummy, saya pergi masuk tidur dulu... good night mummy...", setelah shasha berkata begitu dia pun terus beredar dari situ.

Puan sri mia kembali menonton TV. Beberapa minit kemudian kedengaran pintu rumah di buka orang. Cepat cepat dia menoleh ke belakang. Kelihatan haikal sedang melangkah masuk ke dalam ruang tamu tersebut. "Haikal...", sapa puan sri mia. Perlahan lahan Haikal mengangkat wajahnya. Kelihatan mummynya sedang memerhatikannya. "Ada apa mummy?", soal haikal dengan wajah yang selamba. "Lambat betul awak balik...", tegur puan sri mia. "Oh... er... saya pergi ke rumah kawan saya tadi... kenapa mummy masih belum tidur lagi?", soal haikal ingin tahu. "Mummy tunggu awak sebab ada sesuatu yang ingin mummy bicarakan pada awak...", puan sri mia memulakan bicara. "Apa dia mummy?", soal haikal ingin tahu. "sebenarnya mummy berhasrat hendak membawa awak pergi melancong dengan mummy... itu pun jikalau awak sudi...", kata puan sri mia.

"Bila mummy nak pergi melancong tu?", soal haikal ingin tahu. "Hujung bulan ni...", jawap puan sri mia. "Alamak... masa tu saya sibuklah mummy... daddy suruh saya pergi ke pulau pulai untuk uruskan tapak pembinaan di sana selama seminggu... pendek kata jadual kerja saya terlalu padat hujung bulan ni...", kata haikal pula. "Hm... Kalau macam tu tak apalah...", puan Sri mia bersuara dengan wajah yang hampa. "Er... saya masuk tidur dulu, ya mummy... selamat malam...", setelah haikal berkata begitu dia pun terus melangkah pergi dari situ. "Hm... anak dan bapa sama saja... terlalu pentingkan pekerjaan...", keluh puan sri mia cukup hampa dan terkilan. Tiada seorang pun dari ahli keluarganya yang sanggup pergi melancong dengannya. Sebenarnya dia ingin mereka sekeluarga pergi melancong dengannya sebelum ajalnya tiba tapi mereka semuanya sibuk dengan pekerjaan masing masing. Mereka tak ada masa hendak pergi melancong dengannya. Ketika dia sedang melayan perasaan hampa dan terkilannya, dia kembali teringatkan fariz....

*** *** ***

Fariz sedang melangkah masuk ke dalam studio yang sibuk itu. Tiba tiba saja tangan kirinya di pegang dan di tarik oleh seseorang. Dia pun terus menoleh ke sebelahnya. Kelihatan puan sri mia sedang melangkah sambil menarik tangannya. "Apa ni tarik tarik tangan orang ni?...", soal fariz agak terkejut. "Awak ikut saya ke office...", kata puan sri mia dengan suara yang tegas. Mahu tidak mahu fariz pun terpaksa mengekori wanita tersebut dari belakang. Sebaik saja mereka sampai di bilik office yang berhawa dingin itu puan Sri mia pun terus menutup daun pintu office tersebut lalu menguncinya. "Apa lagi yang awak nak mia?", soal fariz sedikit jengkel. Dia berpeluk tubuh sambil merenung wajah wanita itu. Tanpa di duganya puan sri mia memeluk tubuhnya. "Oh... I really missed you...", ucap puan sri mia dalam nada suara yang lembut. Fariz terdiam kaku dalam pelukan wanita tersebut.

CINTA TERLARANG (18)Where stories live. Discover now