"Stop playing games with my heart, mia..."
"Apa maksud awak ni?"
Puan sri mia meleraikan pelukannya. Dia memandang wajah fariz.
"Awak tahu tak awak sedang mempermainkan perasaan saya sekarang ni?"
"Fariz, saya tak berniat hendak mempermainkan perasaan awak. Saya cintakan awak..."
"Kalau awak cintakan saya, kenapa awak biarkan saya bertunangan dengan shasha?... kenapa awak menyuruh saya melupakan cinta kita dan menganggap cinta kita tu seperti mimpi?... kenapa mia?... kenapa?""Riz... saya tak berniat hendak membiarkan awak bertunangan dengan shasha... seperti apa yang saya katakan pada awak tempohari saya terdesak ketika itu. Sebenarnya saya takut jikalau shasha membunuh diri pada malam tu. Tanpa berfikir panjang saya terus saja menuturkan perkataan yang tidak sepatutnya saya perkatakan pada awak... saya tahu awak betul betul kecewa dan sakit hati mendengar perkataan saya tu tapi saya minta maaf riz... saya minta maaf... apa apa pun saya ingin tarik balik apa yang saya katakan pada awak tempohari. Saya tak nak awak lupakan cinta kita dan saya tak nak awak menganggapnya seperti mimpi... saya cuma ingin awak menjaga cinta kita dan menganggap ianya sesuatu yang abadi...", tutur puan sri mia sambil memegang tangan pemuda itu.
Fariz diam membisu. Dia merenung wajah puan sri mia. "Okaylah, demi menebus kesalahan saya pada awak, saya ingin membawa awak pergi melancong di kota landon, euro pada hujung bulan ini. Saya dah tempah tiket awal awal lagi untuk kita berdua. Hanya kita berdua saja yang akan pergi ke sana...", kata puan sri mia. Fariz terkejut sebaik saja dia mendengar perkataan wanita tersebut. "Mia, bagaimana dengan suami awak pula? Dia tahu ke awak nak pergi melancong ni?", soal fariz ingin tahu. "Dia tahu tentang rancangan saya ni sebab saya dah bagitahu dia semalam tapi dia tak nak pergi melancong dengan saya. Anak anak saya pun macam tu juga. Mereka sibuk dengan pekerjaan masing masing. Mereka tak ada masa nak pergi melancong dengan saya... itulah sebabnya saya mengajak awak pergi melancong dengan saya kerana saya tahu awak takkan menghampakan permintaan saya ni...", kata puan sri mia. Fariz terdiam lagi.
"Anyway, saya tak paksa pun awak pergi melancong dengan saya... semuanya terpulang pada diri awak sendiri... samada awak nak pergi atau pun tidak. Apa apa pun saya benar benar berharap semoga awak pergi melancong dengan saya sebab saya ingin meluangkan masa dengan awak sebelum saya pergi jauh...", tutur puan sri mia perlahan lahan. "Apa maksud awak dengan perkataan 'sebelum saya per...", belum pun sempat fariz menghabiskan perkataannya tiba tiba saja pintu bilik pejabat itu di ketuk orang dari luar. Puan sri mia pun terus membuka lock pintu bilik pejabat tersebut. Kelihatan shasha sedang berdiri di luar pintu pejabat dengan pandangan mata yang semacam.
"Eh... shasha... awak baru sampai ke?", soal puan sri mia berbasa basi. "Ya... kenapa fariz berada di dalam bilik office dengan mummy ni?", soal shasha sedikit curiga. "Oh... er... kami berbual tentang sambutan orang ramai mengenai iklan seluar dalam kelvin clint tu. Ramai orang sukakan gambar iklan tu sebab itulah saya panggil fariz ke sini. saya nak ucapkan tahniah padanya...", dalih puan sri mia. "Betul ke apa yang mummy saya cakapkan ni, fariz?", soal shasha pada fariz pula. "Er... oh... ya... betul... betul... betul...", balas fariz sambil menganggukkan kepalanya. "Oh... bercakap tentang calvin clint... mereka nak fariz berlakon dalam iklan seluar dalam jenama kelvin clint di dalam TV... semalam mereka ada call saya... er, fariz awak nak tak jadi pelakon dalam iklan tu nanti?... kalau awak nak saya akan bagitahu mereka kelak...", shasha bersuara dengan riangnya. "Wah!... ini satu peluang keemasan untuk awak, riz... awak terima saja tawaran mereka tu...", kata puan sri mia. "Baiklah... saya terima tawaran mereka tu...", balas fariz. "Good for you... I will tell them this good news....", ucap shasha sambil tersenyum riang.
*** *** ***
Pagi itu fariz terpaksa pergi ke set penggambaran bagi iklan seluar dalam jenama kelvin clint. Ramai orang sudah berada di set penggambaran. Dia dan beberapa pelakon wanita di suruh mendengar keseluruhan babak iklan yang hendak di lakonkan. Ianya tidak memerlukan sebarang dialog. Fariz hanya berlakon berjalan sambil memakai baju singlet dan seluar baggy yang mendedahkan bahagian atas seluar dalam yang di pakainya. Di bahagian atas seluar dalam tersebut tertera perkataan kelvin clint. Dia hanya berjalan dengan seluar baggy yang separuh terlondeh di punggungnya. Kemudian ramai gadis yang tergoda padanya sebaik saja mereka terpandang akan dirinya. Mereka mula mengejarnya dari belakang. Dan di akhir babak lakonan dia menoleh ke belakang sambil tersenyum dan mengenyitkan matanya. Fariz berjaya melakonkan babak bisu itu walaupun pada mulanya dia merasa kekok ketika berada di set penggambaran.
Setelah sesi penggambaran, fariz balik ke apartmentnya kerana dia merasa terlalu letih sekali. Sebaik saja dia sampai di apartmentnya dia pun terus mandi dan makan. Setelah makan dia duduk di ruang tamu sambil mendengar lagu di stereo hi-finya. Lagu 'bertahan' dari kumpulan papinka berkemundang di ruang tamu tersebut.
'Ku takkan tangisi kisah cinta ini
meski kau lukai perasaan ini
ku akan selalu mencintaimu...karena ku yakin tulus cinta ini
tak akan terganti meski tak terbalas
ku akan selalu ada untukmu
apapun yang terjadi ku terima semua sikapmu...ku kan tetap bertahan denganmu
apapun yang engkau lakukan
meski luka ku simpan di dalam hatiku
akan tetap bertahan denganmu...karena ku yakin tulus cinta ini
tak akan terganti meski tak terbalas
ku akan selalu mencintaimu
apapun yang terjadi ku terima semua sikapmu...ku kan tetap bertahan denganmu
apapun yang engkau lakukan
meski luka ku simpan di dalam hatiku
akan tetap bertahan denganmu...'Fariz mendengar lagu tersebut sambil menghisap rokok di tangannya. Ketika dia sedang duduk di situ, dia teringatkan perkataan yang di ucapkan oleh puan sri mia padanya pagi kelmarin. "Apa apa pun saya benar benar berharap semoga awak pergi melancong dengan saya sebab saya ingin meluangkan masa dengan awak sebelum saya pergi jauh...", kata kata yang terakhir itu melekat kuat di mindanya. "Apa maksud mia dengan perkataan 'sebelum saya pergi jauh' tu?... dia nak larikan diri ke tempat yang jauh ke?", timbul persoalan demi persoalan di mindanya. Sebenarnya dia tidak faham mengapa wanita tersebut berkata begitu padanya. Tentu ada maksud yang tersirat di sebalik perkataannya itu...
AUTHOR NOTE: tak sangka pula cerita ni dah sampai 60 pages. Mizz tak terfikir pun nak buat cerita ni sampai 60 pages sebab mizz nak buatkannya nopen (novel pendek). Tapi tak sangka pula cerita ni dah semakin lama semakin panjang. Tak apa... sooner or later mizz akan habiskan juga cerita ni. Korang jangan bimbang because mizz akan tamatkan cerita ni sama seperti jalan cerita mizz lain yang ada penamat tu. Mizz bukannya orang yang suka buat kerja separuh jalan. Jikalau mizz dah mulakan sesuatu mizz akan tamatkan nya juga. By the way, sorry for the wrong typo dan tatabahasa yang salah. mizz dah biasa tulis macam gini so harap korang faham yer...
YOU ARE READING
CINTA TERLARANG (18)
Romance#5 in romance (28/08/16) Sinopsis: seorang isteri merasa di abaikan oleh suaminya sendiri. manakala seorang pemuda terpaksa menjadi gigolo kerana kesempitan wang. mereka di kurung oleh seseorang di dalam sebuah bilik. dari situlah kisah ini bermula...