Aku dan Jimin terpaku seketika. Wajah kami sangat rapat sehinggakan aku dapat rasa hembusan nafasnya yang kuat. Melihat dia dengan jarak yang dekat begini, baru aku teringat.
I saw him before.
" Kamu okay ke, Jimin? " soalku.
Dia tundukkan kepalanya lalu lepaskan tanganku perlahan-lahan.
" Yeah.. "
Aku bimbing dia keluar dari tandas lalu baringkan badannya di atas katil.
Betul ke dia ni ada masalah mental? Kenapa dia tak berkelakuan agresif macam pesakit lain?
" Sebelum saya tanya kamu beberapa soalan, bagi saya balut tangan kamu dulu. "
Aku pegang tangannya lalu balut lukanya menggunakan bandage.
" Doktor.. "
" Ya? "
" Salahkah apa yang saya buat? Saya cuma nak dia...ada disisi saya. "
Aku mendiamkan diri. Matanya yang sayu itu aku pandang.
" Ceritakan dekat saya apa yang terjadi. Then, baru saya boleh jawab soalan awak tu. "
Dia mendiamkan diri, lama. Aku mengeluh lalu capai buku hitamku di atas meja lampunya.
" It's okay. Awak rehat la dulu. Nanti saya masuk semula. " kataku lalu bangun dan berjalan ke arah pintu biliknya.
" Jigyu.. "
Aku toleh ke belakang. Dia memandang cincin yang tersarung elok di jari manisnya.
" Jigyu..? " aku berjalan ke arahnya dengan perlahan-lahan.
" I killed her. Am I? "
" Macam mana? Macam mana kamu bunuh dia? "
Jimin POV ;
flashback.Lagi 15 minit, persembahan teater akan bermula. Namun, Jigyu masih belum sampai.
" Jimin-ah! "
Aku toleh ke belakang lalu tersenyum melihat Jigyu sedang berlari ke arahku. Rambutnya yang panjang itu diikat dengan tinggi.
" Lambat. " kataku.
" Sorry la, saya baru lepas jumpa Taehyung tadi. Ada benda sikit nak kena bincang. "
" Tak habis² Taehyung. Tak boleh ke ambil orang lain jadi partner awak? "
" Awak ni, macam tu pun nak jeles ke? Dah la jom masuk. "
Jigyu masuk ke dalam dewan tu tanpa hiraukan aku.
She changes a lot.
-
Aku meneguk soju itu buat kali terakhir. Sudah lima botol aku habiskan. Kepalaku mula rasa pening akibat terlalu banyak minum.
Aku letakkan beberapa keping wang di atas meja lalu bangun dari tempat dudukku.
Dengan kakiku yang lemah ini, aku berjalan keluar dari kedai itu.
Sepatutnya Jigyu ada dengan aku sekarang ni, tapi disebabkan dia ada kerja yang perlu diselesaikan, dia tinggalkan aku.
Semakin lama aku jalan, semakin lemah kaki aku. Namun, aku hiraukan semua perkara itu. Aku berjalan dan berjalan lagi sehingga aku terjatuh.
" Encik! "
Tiba-tiba, suara seorang perempuan singgah di telingaku. Dia cuba untuk bangunkan aku, tapi aku terus peluk dia. Tak kisah la sekiranya aku kenal dia atau tidak, aku cuma perlukan pelukan sekarang ni.
" Encik? Encik, okay ke tak ni? "
Mataku terasa berat sangat. Namun sebelum mata aku sempat tertutup, aku ternampak,
Jigyu dan Taehyung sedang berjalan sambil berpelukan tangan.
YOU ARE READING
[HIATUS] she's mine | pjm [ editing ]
RomanceYou're my wife , ㅡbut more to ❝ slave ❞ status ; EDITING