43

4.1K 220 12
                                    

Intan sibuk menulis sesuatu di atas kertas. Darmia mengerling kawannya itu. Dia sendiri tidak pasti apa yang gadis itu tuliskan. Mahu kata mencatat perkara yang Cikgu Hadi kata, macam tidak.

Waktu itu Iman Nadhirah dan kawan-kawan sekelasnya berada di dalam makmal biologi. Sepatutnya mereka berada di kelas. Akan tetapi si ketua kelas bertuah atau namanya Aqil terlupa untuk membawa kunci kelas dan penolong ketua kelas, Erlissa pula tidak hadir.

Sekarang juga sepatutnya waktu mata pelajaran Bahasa Melayu tetapi memandangkan Cikgu Sofia tidak hadir kerana menghadiri kursus, Cikgu Hadi mengganti waktu itu. Dia sedang menerangkan tentang subjek Sains. Topik Keelektrikan.

Iman Nadhirah mencatat setiap perkara penting yang guru itu beritahu ke dalam buku notanya.

"Okey, rasanya itu saja. Faham tak penerangan saya tadi?" Soal Cikgu Hadi.

Semua murid kelas 3 Teratai itu menyahut, "Faham!"

Cikgu Hadi kembali duduk di meja guru. Dia menyuruh pelajar kelas tersebut sambung membuat kerja sendiri.

Darmia menyiku Intan. "Ish, jangan kacaulah!" getus Intan.

Darmia mengerutkan dahi. "Kau buat apa sebenarnya? Aku tak rasa kau dengar setiap penerangan Cikgu Hadi," ujarnya.

Ainnur dan Iman Nadhirah berpandangan sebelum memandang Intan yang masih menulis.

"Siap!" sorak Intan. Dia tersenyum memandang kawan-kawannya.

Ainnur merampas buku Intan. Dia membaca perkara yang ditulis Intan sehingga berkerut-kerut dahinya. "Lelaki paling hot di Sekolah Menengah Tunku Ibrahim?" soalnya memandang Intan tidak percaya.

Intan mengangguk. Dia masih senyum.

"Takde kerja betul minah ni!" Iman Nadhirah komen.

Buku itu diletak di atas meja. Iman Nadhirah dan Darmia melihat tulisan di buku itu. "Zafriel no 1?" Iman Nadhirah menyoal tidak percaya. Kenapa mesti pengawas bajet alim tu no 1?

"Abang aku no 2? Seriously?" Soalnya lagi.

Darmia mengerutkan dahi. "Taufik yang ke-10? Kenapa? Bukan kau suka dia ke? Apahal letak last sekali?" Soalnya tidak mengerti.

Intan mengangguk. "Memanglah aku suka dia. Tapi menurut kajian aku, memang dia tak berapa nak hot pun. And aku tak kisah sebab kalau dia yang top 5 confirm ramai peminat. Kalau peminat dia tahu aku rapat dengan Taufik, confirm kena kejar dengan parang. Tetapi oleh sebab Taufik tak berapa nak hot, aku terselamat!" Terangnya panjang.

Ketiga-tiga gadis itu menggeleng kecil. Seakan tidak percaya Intan buat perkara yang tidak berfaedah dengan menyenaraikan lelaki paling hot di sekolah. Like seriously?

Intan mengeluh. Dia orang ni memang tak faham. "Betul lah apa aku cakap. Cuba tengok Zafriel, yang pertama paling hot. Dia ada ramai peminat. Lelaki pun nak jadi macam dia. So, aku nasihatkan kau, Iman. Hati-hati, ya? Takut jugak aku kalau kau kena kejar dengan parang oleh peminat-peminat Zafriel," ujarnya dengan nada risau.

Iman Nadhirah membuat muka 'what the hell are you talking about?'. "Kau tak payah nak merepek boleh tak? Aku dengan Zafriel? No way! Not in my life. Dahlah, aku tak nak campur. Lantak kaulah nak buat apapun!" Dia mengeluarkan buku latihan Matematik lalu dibuatnya.

Ainnur mengusap dagu. "Tapikan, lelaki hot mesti ada girlfriend kan? Macam senior Khairul yang top 3 ni. Dia couple dengan Kak Fiza kan?" Soalnya.

Darmia dan Intan mengangguk. Intan berkata, "Babe, kebanyakan lelaki dalam ni ada girlfriend tau?"

Darmia menunjuk satu nama. "Fahmi? Dia kawan rapat Zafriel kan? Macam mana dia boleh dapat nombor 8 ni?"

Iman Nadhirah mengerutkan kening. "Dia pendiam kan?"

Intan menjulingkan mata ke atas. Dia membalas, "Hello! Walaupun dia pendiam, tak semestinya dia takde peminat. Dia hensem apa? Even tak sehensem Zafriel dan abang kau."

Iman Nadhirah yang sedang membuat latihan matematik mencebik. Tak habis-habis dengan Zafriel!

Ainnut bertanya dengan rasa ingin tahu, "Eh, abang kau tu takkan takde girlfriend kot?"

Intan memandang Iman Nadhirah. "Haahlah, Iman. Zafriel tu aku faham lah. Anak Haji Umar kot, takkan nak bercinta." Dia pun turut tertanya-tanya.

Iman Nadhirah mengerutkan kening. "Yang kau orang sibuk sangat nak tahu apahal? Biarlah abang aku nak bercinta ke tak nak! Bukan ada kena-mengena dengan hidup dan mati kau orang pun!" Tiba-tiba saja dia naik angin.

Darmia cuba menenangkan gadis itu, "Babe, kita orang nak tau aje kot. Janganlah marah-marah. Relaks lah."

Iman Nadhirah meraup wajah. Dia menghela nafas panjang walaupun kedengaran lebih kepada mengeluh. "Okey, fine. Abang aku tak ada girlfriend. Tapi dia pernah bercinta sebelum kami pindah ke sini."

Ketiga-tiga orang gadis itu terkejut. "Aku dah agak! Mesti dia pernah bercinta. Mustahil orang hensem macam dia tak pernah ada girlfriend," ujar Intan dengan semangat.

Iman Nadhirah, Ainnur dan Darmia berdeham mengerling Intan. "Zafriel tak pernah bercinta," kata Ainnur mewakilkan mereka bertiga.

Intan menyeringai. "Oh ya, hampir terlupa tu. So, siapa yang mintak putus? Ada yang curang ke? Girlfriend dia cantik tak? Baik tak?" Soalnya bertubi-tubi.

Ainnur dan Darmia serentak merengus. "Intan!"

"Kau nak dengar ke tak? Kalau nak, boleh tak tolong senyap!" Marah Darmia.

Intan menunduk. Alaaa baru cakap sikit.

Iman Nadhirah pun memulakan cerita percintaan Iman Nadzir.

____________

Sementara itu, murid kelas 6 Orkid sedang mendengar penerangan guru tentang Sejarah. Iman Nadzir terbatuk tiba-tiba.

Cikgu Adela menegur, "Haii, Nadzir kuat betul kamu batuk! Ada niat apa-apa ke ni?"

Nadzir laju menafi kata-kata guru itu. "Eh, tak cikgu! Saya terbatuk. Takde niat apa-apapun."

Cikgu Adela menggeleng kecil lalu menyambung proses mengajarnya yang tergendala tadi. Taufik di sebelah menyiku Iman Nadzir, "ada orang mengumpat kau kot?" Dia menjungkitkan kening sebelah.

Iman Nadzir menggeleng. "Apa-apa jelah."


✩✩✩✩✩✩✩✩✩

Siapa nak tahu kisha percintaan Iman Nadzir? Angkat tangan!🙋 kalau ramai sis cepatkan update. Paling lambat maybe esok

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now