PART1

127 5 0
                                    

Mario's POV

Hujan lebat di luar membantut niat aku untuk pergi berjogging pada petang ini.  Sesekali aku menukar siaran di kaca televisyen,langsung tak ada apa-apa yang menarik!

Kalau di tempat kerja..tak adalah aku bosan seperti ini. Duduk rumah pun bukan buat apa,lainlah kalau ada teman berborak. Mungkin aku boleh sewakan bilik di hujung ruang tamu tu. Lagipun..ramai juga budak bujang yang baru masuk bekerja dekat office . Mana tahu mereka tak ada tempat tinggal lagi. 

Ok..tentang tu kita settlekan nanti. sekarang,untuk hilangkan rasa bosan yang melampau ni apa kata kita masak untuk dinner. Teringin pula nak makan ayam masak lemak cili padi malam ni,kan best kalau ada mummy. Boleh merasa air tangan dia,aduhh mummy..abang rindu mummy !!

Huda's POV

Aku terdengar mama menjerit,macam kena rasuk. Tak lama selepas tu,bunyi pasu berderai membuatkan aku berasa risau. Mesti mereka bergaduh lagi. Kali ni pasal apa pula? 

Tanpa berlengah,aku cuba mencuri dengar di celah pintu. Kalau mereka nak marah aku sebab curi dengar pun aku dah tak kesah. Nampaknya,pergaduhan kali ini boleh dikatakan yang paling teruk. Selama ini, tak pernah lagi aku nampak tangan papa naik ke muka mama. Mama pun tak nak mengalah dan melempar semua benda yang ada. Ya,termasuk pasu tadi.

Huh,macam budak kecil. Kali ni gaduh tentang apa pula? Tentang kecurangan mama,atau hal bisnes? Yang tu aku tidak pasti. Tapi setiap kali bergaduh mesti ada ugutan cerai daripada papa atau mama yang minta cerai. Serabut betul,cerai,cerai,cerai.

Paling tak tahan bila isu hak penjagaan anak dibangkitkan. Ya,mereka akan bercerai dalam masa yang terdekat. Mereka berebut,nak jaga aku. Nak buktikan siapa yang hebat,siapa yang mampu bentuk aku jadi seorang manusia yang berguna kelak. Kedua-dua mereka sama saja. Berebut bagai nak rak,tapi sebenarnya bukan kesah tentang aku pun. Selama ni,makan pakai aku Mak Nah yang selalu ambil berat.

Memang tugas orang gaji,kemas rumah,basuh baju,masak. Ikutkan aku boleh nak buat semua tu,tak perlu ambil Mak Nah sebagai orang gaji pun tak apa. Bukannya aku tak pernah buat kerja rumah. Aku cuma nak perhatian daripada mereka. Susah ke?

Papa dan mama memang lepas tangan. Tanggungjawab mereka untuk uruskan aku..semua dilakukan oleh Mak Nah. Mak Nah pun dah layan aku macam anak dia,aku tak pernah anggap dia orang gaji aku. Bagi aku,dia macam ibu kandung aku.

Rumah ni macam neraka.

Malas nak dengar lagi pergaduhan mereka,aku kembali duduk di atas katil.

"Nak buat apa? Bosannya." Aku menyelak koleksi majalah remaja yang sudah lama. Sesekali aku menoleh jam di dinding. Baru pukul dua petang.

"Kalau ajak Tasha keluar petang ni..ok juga." Aku terus mendail nombor Tasha untuk mengajak dia lepak bersama pada petang ini.


"Tasha,lepak jum."

"Lepak mana?" Tanya Tasha.

"Em..tempat biasalah. Bawak sekali barang aku."

"Ok..pukul 3 standby aku datang. Barang kau aku bawak nanti."

Aku  matikan talian dan terus mencapai tuala untuk mandi. Kemudian bersiap.

Sesuci Cinta Mualaf.Where stories live. Discover now