Untitled Part 1

39 0 0
                                    



"Qasehh! Aku lapar ni!" jerit Imran yang merupakan suami Qaseh.

Sudah dua bulan usia perkahwinan mereka. Namun, tidak pernah sekalipun Imran melayan Qaseh dengan baik. Bagi Imran, Qaseh hanyalah seorang perempuan cacat yang tiada apa dan hanya menyusahkan dirinya. Walaupun sudah berkahwin, Imran tidak pernah menerima Qaseh sebagai isterinya. Sejak hari pertama mereka bernikah, Imran sudah mula benci melihat wajah Qaseh.

Lamunannya terhenti setelah pintu bilik ditendang kuat. Baju yang sudah dilipat rapi segera diletakkan di dalam almari baju. Perlahan-lahan kaki Qaseh melangkah ke pintu biliknya lalu dikuak. Muka bengis Imran terpancul setelah pintu dibuka.

"Woi pompuan! Kau pekak ke apa? Aku jerit, kau tak dengar!" sergah Imran.

"Qa..seh tak de..dengar ta.. tadi," jawab Qaseh gagap dengan menundukkan wajahnya. Tidak sanggup rasanya melihat wajah suaminya yang bengis itu. Buatlah baik manapun, pasti semua tindakan Qaseh akan ada yang tidak kena dimata Imran.

Imran menundukkan badannya agar wajah Qaseh dapat dilihat dengan jelas. Wajah yang bengis bertukar kepada senyuman yang penuh makna. Jari jemarinya mengusap lembut wajah Qaseh lalu dicekik leher Qaseh sehingga menyukarkan pernafasan Qaseh.

"Dahlah kerdil. Sekarang kau pekak pulak! Kau ni sepatutnya mampus dari dulu lagi!" jerit Imran kuat ditelinga Qaseh.

Air mata mula menitik perlahan. Terlalu keji rasanya menjadi seorang yang kerdil. Seringkali dihina berkali kali. Sudahlah masyarakat memandang hina pada insan sepertinya. Suaminya juga memandang hina padanya malah dicaci lagi. Bukan Qaseh yang pinta untuk dilahirkan begini tetapi sudah ditakdirkan begini Allah menciptakannya.

"Argh!" teriak Qaseh yang rambutnya ditarik kuat oleh Imran.

Teriakkan Qaseh tidak dipedulikannya. Malah, semakin kuat rambut Qaseh ditarik sehingga memaksa Qaseh merangkak dengan tangan sebelahnya memegang kuat kepalanya. Imran dengan lajunya berjalan ke hadapan dengan tangan yang masih menarik kuat rambut Qaseh sehingga memaksa badan Qaseh diseret kerana sudah tidak terdaya untuk bangkit.

***

"Aku dah kata, duit aku habis! Apahal kau susah nak percaya sangat ni?!" tengking Imran.

"Dah pinjam ah long tapi masih tak cukup?" perli Qaseh. Bukannya Qaseh tidak tahu suaminya itu ada meminjam wang dari ah long. Sudah berkali-kali rumahnya didatangi orang yang mahu berjumpa dengan Imran tetapi setiap kali mereka datang, pasti Imran tiada di rumah.

"Haish, perempuan cacat ni! Kau jangan sibuk hal aku boleh tak?" soal Imran yang bengang dengan perlian isterinya itu.

Sejak semenjak ini, makin berani Qaseh melawannya. Mata Imran tertumpu pada rantai yang dipakai Qaseh. Imran menundukkan badannya lalu memandang wajah Qaseh dengan muka yang bengis. Rantai yang terletak di leher Qaseh dipegang lembut lantas ditarik kuat oleh Imran.

"Abang!" jerit Qaseh lalu menarik kuat kaki suaminya yang sudah mahu berlalu pergi.

Keadaan itu menyebabkan api kemarahan Imran makin membuak kerana dihalang oleh Qaseh. Tali pinggang dibuka dengan pantas. Qaseh yang melihat tali pinggang itu dipegang mula resah lalu berlari untuk menyelamatkan diri. Malangnya, Qaseh jatuh tersadung. Imran yang seperti dirasuk itu lantas melibas kaki kanan Qaseh berkali-kali.

"Ahhh!" jerit Qaseh. Tangisan Qaseh makin kuat kerana kakinya dilibas dengan kuat oleh suaminya dengan tali pinggang beberapa kali. Qaseh tidak terdaya untuk menghalang Imran lagi. Terasa kebas dan pedih kaki yang dilibas itu.

"Kalau ini dapat memuaskan hati abang, libaslah lagi! Libas banyak kali biar Qaseh mampus!" cabar Qaseh.

"Kau jangan cabar aku!" sekali lagi tali pinggang dihayunkan ke kaki kanan Qaseh.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 30, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

TERLAMBATWhere stories live. Discover now