BAB 1

32 1 0
                                    

  Dihirupnya air sparkling strawberry float sehingga habis seraya menunggu kedatangan pak cik Faris sebagai driver untuk mengambilnya di hadapan kedai  Chaiwalla,Jalan Tan Hiok Nee,Johor.Itulah rutin hariannya apabila pulang dari sekolah.

  Pada masa itu pak cik Faris datang lambat kerana mengambil Datin Farah pulang dari syarikatnya yang berjudul FARAHDIANA'S JEWELLRY AND GOLD.CO atas hal kerja.Suasana di kedai Chaiwalla ketika itu membingitkan telinga Nadia yang kurang gemar akan kebisingan.

  Sabarnya masih boleh ditahan tapi apabila ditambah dengan terikan panas matahari, sabarnya mula hilang .

  "Diam sikit boleh tak?Beli air jer pon tak perlu nak memekak"jerit Nadia memenuhi kedai itu menyebabkan semua mata-mata tertumpu padanya.Namun ada dalam mata-mata itu yang mula jatuh cinta kerana sifat berani dan kejelitaan Nadia .

   Walaubagaimanapun,masing-masing tetap membuat bising dan tidak pedulikan Nadia yang berdiri seperti patung di hadapan kedai itu.  Tiba-tiba ada seorang lelaki yang umurnya lebih kurang dengan Nadia menghulurkan kertas kepada Nadia.Dengan muka yang masam mencuka dia tidak menerimanya tapi lelaki itu memaksanya untuk mengambil kertas itu.

Kerana sifat kesian, Nadia ambil kertas lalu kereta BMW i8 menjemput Nadia  yang dipandu oleh pak cik Faris.Nadia memasuki isi perut kereta itu dan berlalu pergi sambil ditinggalkan isyarat telefon oleh pemuda tadi.

  Namun Nadia hanya buat tidak endah peristiwa yang berlaku tadi.


Sparkling Strawberry FloatWhere stories live. Discover now