Aku hamba?

847 16 3
                                    

Adakalanya sebuah keputusan tidak sesuai dengan apa yg kita harapkan, tapi dari situ kita belajar untuk ikhlas dan sabar.

Jom kita berazam supaya menjadi peribadi yang lebih sabar menghadapi kesusahan dan lebih ikhlas menerima perpisahan.

Allah menyukai orang yang sabar dan ikhlas. Maka tersenyumlah dikala sedih, tetap memaafkan saat kecewa.

Apa pun masalah yang kau hadapi hari ini, hadapi dengan sabar,  jangan merendahkan kualiti diri kau.

Confuse hadapi masalah yang ada, tapi tetap sabar, dan selalu tersenyum

Intipatinya yang selalu sabar dan ikhlas akan menerima kebahagiaan yang lebih. Percayalah

Jadikan ujian sebuah pelajaran, jangan pernah mengeluh kerana kesusahan, di situ kita diajarkan untuk menjadi orang yang sabar.

Aku teringat pesan ustazah. Ada 3 bentuk kebaikan bila mana kita jaga 3 bentuk ini, Allah akan tambahkan taufiq dan hidayah kepada mereka yang beruntung.

Apakah 3 bentuk kebaikan itu?

Pertama, sabar yang indah.

Sabar tanpa keluhan. Jangan pernah anggap kau punya sabar yang indah jika kau diuji kau berkata "nak buat macam mana, sabar jela". Kau indahkan ayat dengan perkataan 'sabar',

hakikatnya adakah kau bersabar?

Kedua, memaafkan tanpa mengungkit atau menyakitkan.

We forgive, but we do not forget.

Apabila diri disakiti, gagahkan hati untuk memaafkan. Ya selalu kita berkata kita sudah memaafkan, tapi jauh disudut hati kita masih rasa kesakitan yang dia buat lalu kita mengungkit semula kesalahan kesalahannya yang lalu. 

Adakah kau benar benar memaafkan?

Ketiga, buat kebaikan dengan penuh kerelaan, tanpa paksaan.

Aku ada tips mudah nak buat kebaikan tanpa paksaan, tips nya ialah jaga solat.

Jaga solat tanpa dipaksa. Kalau kau jaga yang ini, pasti pasti dan pasti kebaikan yang lain juga akan kau buat dengan rela tanpa paksaan.

Aku hamba, kau hamba. Kita hamba. Kita berTuhan. Mintalah pada Dia hati yang sabar. 🌸 -sbshofwah

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 02, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Motivasi DiriWhere stories live. Discover now