"Okay, untuk aktiviti kita yang pertama adalah silent killer game. You all tau tak macam mana nak main game ni? Kalau tak tahu, I boleh bagitahu cara main dia," Ujar Haiza. Masing-masing diam, garut kepala.
"Okay, nampaknya korang tak tahu.. so, ada nampak tak balang ni?" Soal Haiza sambil menayang sebuah balang di tangannya.
"Nampak, nampak,"ujar yang lain.
"Dalam balang ni, ada kertas. Dekat kertas tu ada pegang tiga watak. Yang pertama, ordinary people, yang kedua polis dan yang terakhir semestinya silent killer." Terang Haiza.
"Haiza, ordinary people tu apa?"soal Omar.
"Ordinary people tu kira macam.. aa,. Ha, orang biasa,"Omar mengangguk faham.
"Macam mana nak main?"soal Azrul pula.
"Okay,. Setiap orang akan ambil satu kertas masing-masing. Bila semua dah ada, masing-masing akan diarahkan untuk buka kertas tu. Lepas tu, korang akan tahu apa watak korang. Dan, i ingatkan, jangan sesekali dedahkan identiti korang dengan yang lain. Tugas silent killer akan membunuh ordinary people dengan mengenyitkan mata. So, pandai-pandailah korang cari ordinary people tu. Polis pulak, macam biasalah. Cari pembunuh tersebut. Yang silent killer ni kena hati-hati, jangan kantoi dengan polis. Dan yang paling bahaya, jangan sampai terkenyit mata pulak dekat polis tu nanti. Bila polis dah jumpa pembunuh, polis akan sebut 'busted!'."terang Haiza panjang lebar.
"Ooo macam tu,. Jomlah kita mulakan,"ujar Hasmeen. Lalu mereka pun mengambil kertas di dalam balang tersebut. Setelah mengetahui watak masing-masing, mereka pun memainkan peranan. Dalam permainan tersebut, watak polis dipegang oleh Aqma manakala silent killer pula Azrul. Nasib kaulah, Aqma!
Aqma memerhatikan setiap orang. Mencari si pembunuh. Nampaknya si pembunuh ni dah bunuh 2 orang iaitu Hafizah dan Omar. Mereka awal-awal sudah meletakkan kertas itu di tengah-tengah bulatan. Cepat jugak kau buat kerja ni ya, pembunuh? Desis Aqma. Dia kembali memerhatikan setiap orang. Bermula dari Azwan, Zati, Hasmeen, Hafizzudin kemudian beralih kepada Azrul.
Ting!
Tergugat iman Aqma apabila melihat kenyitan dari Azrul. Bagi Aqma, kenyitan Azrul itu bagai ada makna. Tapi Aqma tidak mahu perah santan. Riak wajahnya cuba dikawal.
"Azrul busted!" Ujar Aqma. Yang lain mengeluh lega. Azrul tersenyum.
"Macam ada makna aje, kenyitan tu Azrul?" Usik Zati. Yang lain mula tersenyum mengejek. Aqma yang mendengar usikan Zati itu pantas menyiku kawannya.
"Ha'ah laa.. tadi aku nampak muka Aqma blushing tau."tambah Hafizzudin lagi.
"Mana ada.. muka aku memang warna macam ni. Ee apalah korang ni,"nafi Aqma.
"Cyierr..." yang lain mula mengusik. Aqma berasa amat malu. Azrul pula, dari tadi asyik tersenyum ke arahnya. Ya Allah, selamatkanlah hambamu ini.
"Dah,dah. Korang ni, menyampuk pulak pasal dua sejoli tu. Biarlah.."Haiza menenangkan keadaan. Huh? Menenangkan keadaan? Aku rasa macam menyemarakkan lagi api aje ni. Siaplah kau, Haiza!
"Okay, okay. Kita teruskan. Errm.. disebabkan Azrul kalah, kita bagi peluang kepada Aqma untuk menghukum Azrul. Bergantung kepada hukuman apa yang Aqma nak bagilah,"Haiza tidak jadi menyambung usikan setelah melihat jelingan tajam menusuk qalbu Aqma.
"Aku tak tahulah nak bagi hukuman apa,. Korang sendirilah fikir!"ujar Aqma malas.
"Alaa.. kau yang menang, kaulah yang bagi hukuman,. Aku tahulah kau tak sampai nak menghukum buah hati kau tu,"usik Omar. Urghh! Rimas Aqma dengar. Aqma sedari tadi sudah menahan perasaan. Tapi dia pelik, kenapa Azrul boleh pulak tersenyum-senyum sedangkan aku ni dah macam nak lari balik rumah? Dia tak rasa terganggu ke bila orang asyik gandingkan aku dengan dia? Hishh.
"Bagi je lah apa-apa hukuman. Saya sanggup buat,"celah Azrul tiba-tiba. Membuntang mata Aqma. Eii, apa pulak masalah mamat ni..
"Kalau kau suruh dia redah lautan api sekalipun, aku rasa dia sanggup buat. Kan, Azrul?" Hasmeen yang sedari tadi diam mula bersuara. Tanpa diduga, Azrul mengangguk.
"Cyierr..... "yang lain mengejek.
Azwan yang melihat gelagat mereka, mula menyampah. Lagi-lagi dengan Azrul ni.
"Kalau macam ni aje, bilanya kita nak habiskan game ni?" Azwan mula tidak puas hati.
"Eee. Yelah- yelah! Kejap, bagi saya fikir dulu,"disebabkan Aqma rimas mendengar pot pet pot pet mereka, Aqma mencelah juga. Aqma pun memikirkan hukuman yang akan diberikan kepada Azrul. Tidak lama kemudian, Aqma tiba-tiba mengukir senyum mengejek.
"Saya nak awak kutip 20 anak ketam dekat pantai ni," perkataan '20' itu ditekan. Membuntang mata Azrul mendengar hukuman yang diberikan itu. Uuu mak aii, ni bukan hukuman tapi seksaan!
"Okay." Akhirnya Azrul menurut juga.
"Setakat hukuman macam tu, kacang hijau aje la!"sambungnya lagi. Nak tunjuk kuat la tu! Meluat Aqma dengar.
"Eh eh, awak jangan nak tunjuk kuat dulu. Saya belum habis cakap lagi. Saya nak awak pastikan selama 10 minit, 20 anak ketam semua dah ada! Macam mana?" Ujar Aqma. Merecik sudah peluh di dahi Azrul. Takpe, takpe.
"Senang sangatlah hukuman yang awak bagi tu, Aqma. Kalau yang itu, saya sekejap aje boleh buat. Cuba awak suruh dia berendam dalam laut tu lama-lama. Baru challenge!" Celah Azwan. Membuntang mata Aqma. Geram dia.
"Hoi, kau nak bunuh dia ke apa?"soal Hafizzudin kurang senang dengan cadangan Azwan.
"Tulah, apalah kau ni."sampuk yang lain.
"Sorrylah, aku main-main aje. Tu pun nak marah,"ujar Azwan.
"Ishh, dah jangan gaduh lagi. Ha, Azrul pergi la cepat! Tu, plastik ada kat atas meja untuk awak kutip ketam nanti,"arah Aqma. Azrul mengangguk lalu bangun dari duduknya. Plastik itu diambil lalu pergi ke gigi air untuk mencari anak ketam.
"So, yang lain, kita boleh enjoy!" Ujar Haiza. Masing-masing bubar dari situ. Aqma awal-awal sudah merancang untuk tidur di dalam khemah sebelum masuk waktu solat Asar. Zati yang melihat Aqma sudah ingin ke khemah itu terus mencuit bahu Haiza untuk membisik sesuatu.
Haiza terangguk-angguk sambil tersenyum jahat. Ibu jarinya ditayang kepada Zati.
"Ermm.. Aqma!"panggil Haiza. Aqma yang mendengar namanya dipanggil menghentikan langkahnya.
"Yes?"soal Aqma.
"Sorry, aku lupa nak bagitahu tadi. Sebenarnya kau kena teman Azrul kutip ketam. Yelah, kau kan dah menang. So, kau kenalah pantau dia jalankan hukuman tu,"ujar Haiza. Membuntang mata Aqma.
"What? Taknaklah, aku! Baik aku pergi sambung tidur daripada menghadap muka dia,"bantah Aqma lalu ingin menyambung langkahnya.
"Eip eip! Mana boleh macam tu,"
"Aku nak tidurlaa... please, help me."Aqma sudah merayu. Dia tidak mahu menemani lelaki itu setelah apa yang berlaku tempoh hari. Sangat sakit hatinya apabila Azrul menyatakan kepadanya bahawa dia sedang bersedih kerana cintanya tidak diterima oleh perempuan itu. Kini, Aqma juga merasakan apa yang Azrul rasa. Kau suka dia ke Aqma? Tak! Habis tu, kenapa kau nak sakit hati bila kau dah tahu dia dah ada orang yang dia cintai? Sebab... urghh!!!
Aqma berperang dengan perasaannya sendiri.
"Hoi, kau dengar tak aku cakap ni?"soal Haiza setelah menyadari bahawa Aqma sedang mengelamun jauh nun di sana.
"Dengar,"dalih Aqma dengan rasa malas.
"Aku cakap apa tadi?"soal Haiza cuba menduga Aqma.
"Err.. err.. Kau, kau suruh aku teman Azrul kutip ketam,"ujar Aqma dengan teragak-agak. Eh ye ke? Haiza yang mendengar jawapan dari Aqma itu terasa nak rendam saja kepala Aqma itu ke dalam air. Nampak sangat dia tak dengar apa aku cakap tadi. Tapi takpelah, kalau dia cakap macam tu pun okay jugak. Memang ini yang dirancangnya tadi sebenarnya.
"Hmm. Pergilah, cepat. Azrul dah tunggu dah tu,"arah Haiza. Aqma mengeluh perlahan. Kemudian langkahnya diatur menuju Azrul yang setia menunggunya di gigi air.
"Lama saya tunggu awak,"ujar Azrul seraya tersenyum apabila Aqma sudah berdiri di sebelahnya. Aqma mencebik.
"Tak tanya,"ujar Aqma sambil berpeluk tubuh.
"Memang tak minta awak tanya pun,"ujar Azrul lalu membongkokkan sedikit tubuhnya yang tinggi untuk mencapai anak ketam yang berlari-lari ke rumahnya.
"Saya yang bagi hukuman, tak pasal-pasal saya pulak yang rasa terhukum sama kat sini. Hishh,"keluh Aqma.
"Itulah, awak. Siapa suruh nak sangat menang? Kang tak pasal-pasal saya pulak yang terkenyit mata dekat awak tadi,"ujar Azrul.
"Tapi betul lah, apa yang diorang cakap tadi. Kenyitan saya tadi memang ada makna lain,"sambungnya lagi.
"Makna apa?"
"Kenyitan saya suka awak,"jawab Azrul seraya mengenyitkan matanya. Aqma mencebik lagi.
"Awak jangan nak melalut ye, nanti tak pasal-pasal saya baling awak ke laut,"
"Kuat ke nak baling saya pergi laut? Macam tak aje,"
"Dah! Awak sambung kerja awak,"Aqma menukar topik.
"Okay, dear."ujar Azrul. Aqma pelik dengan perangai Azrul ni. Kata dah ada buah hati, tapi menggatal pula dengan aku. Kesian laa.
YOU ARE READING
Love You Mr. Under Age
Teen FictionBlom ready synopsis Harap enjoy read cerita ni, okay?