Bab 23

3.9K 128 0
                                    

Setelah keluar dari perut kereta, Azrul terus menyerbu masuk ke dalam rumahnya. Azrul tidak tahu apa yang membelenggu perasaanya sekarang ini. Marah, cemburu, kecewa? Semua itu telah menyelebungi hatinya tatkala ini. Tapi patutkah dia merasa sebegini? Sedangkan dia tahu antara dia dan Aqma tiada apa-apa. Apa yang dilihatnya tadi sungguhlah menyakitkan!
Azrul baru sahaja ingin memasuki Shushi King. Jadi laparlah pulak lepas bertekak dengan si Azwan tu. Kalau aku makan lagi best, kot-kot lah boleh release tension ni sikit. Desisnya dalam hati. Namun langkahnya terhenti tatkala melihat dua tubuh yang sedang duduk bertentangan. Si lelaki menyuakan tisu kepada si perempuan. Lalu mereka tertawa bersama. Sungguh sakit hati Azrul melihatnya!
  "Takde gunanya aku tunggu kat sini hanya nak tengok korang bermesra macam tu!" Marah Azrul dalam hati lalu berpatah balik. Dalam otaknya sekarang ini hanya ada rumah.
  "Auchh!" Kedengaran suara perempuan mengaduh kesakitan.
  "Sorry, miss! Saya tak sengaja," Azrul meminta maaf pada perempuan tinggi lampai, berambut panjang paras siku dan berkaca mata hitam. Azrul gelabah. Masaklah aku kena dengan minah tak cukup kain ni nanti!
  "What are you do.." baru sahaja perempuan itu mahu memarahinya, suaranya bagaikan tersekat. Azrul pun tidak tahu kenapa. Perempuan itu bangun dari duduknya. Kaca mata hitam yang dipakainya tadi dibuka. Tidak berkedip mata perempuan itu memandang ke arahnya. Azrul jadi tidak selesa.
  "Miss? Are you okay?" Soal Azrul cuba memecah kesunyian.
  "Ohh. Er.. hahaha, don't worry, i'm okay. Hello, my name is Rossa." Perempuan itu menghulurkan tangannya. Namun huluran itu tidak disambut Azrul.
  "Sorry,. My name is Azrul." Azrul sekadar memberitahu namanya. Rossa malu kerana hulurannya tak bersambut. Cepat-cepat dia menarik balik tangannya.
  "It's okay." Ujar Rossa.
  "Kalau macam tu, saya mintak diri lah cik. Assalamualaikum.," Azrul memberi salam lalu bergegas pergi dari situ.
  "Azrul! Oo, Azrul!" Panggil datin. Dari tadi dia sudah masuk ke dalam rumah Azrul bersama suaminya, Tan Sri Suhaili. Tapi Azrul asyik mengelamun je kerjanya!
  "Eh mama! Bila sampai rumah Azrul ni ma, pa?" Soal Azrul kalut sekali.
  "Kira-kira 5 minit yang lepas? Kamu ni, mengelamun aje kerja nya! Mama dengan papa ni berdiri macam patung pulak tengok kamu ni mengelamun lama sangat." Ujar datin.
  "Sorry,.. nak salam?" Ujar Azrul lalu bangun untuk mencium kedua tangan orang tuanya. Tan Sri Suhaili tergeleng-tergeleng melihat anaknya yang satu ini.
  "Menungkan siapa tadi Azrul?" Soal tan sri sambil menjongket keningnya yang lebat.
  "Takde sapa-sapa lah, pa. Erm, mama dengan papa buat apa kat sini?" Soal Azrul. Lebih kepada tukar topik sebenarnya.
  "Sebenarnya, mama papa datang ni nak bagitahu, lusa nanti abang kamu tu nak buat anniversarry. Kamu datanglah nanti," ujar tan sri.
  "Laa.. kenapa tak bagitahu je dalam phone? Tak payahlah mama papa susah-susah datang sini,"
  "Mama dengan papa pun nak jenguk anak kami jugak," ujar datin sambil menepuk bahu anaknya.
  "Ohh.. cakaplah nak jenguk," ujar Azrul sambil tersengih.
  "Eh, kamu jemputlah sekali Aqma dengan ibu dia nanti,"datin mengingatkan. Azrul hanya mengangguk. Keadaan sunyi seketika. Datin bangun dari duduknya lalu memerhati ke segenap ruang rumah milik anaknya.
  "Kemas.. pandai anak mama jaga rumah," pujinya. Kembang kempis hidung Azrul mendengar pujian itu. Azrul memang seorang yang pengemas, pembersih. Dari dulu lagi. Kalau yang tukang buat sepah tu semua memang takde orang lain lah,. Mesti abangnya. Muka Azrul ni jugak yang kena kemas.
  "Tapi,. Kalau Azrul nak lebih kemas lagi, Azrul kena upah orang gaji." Ujar tan sri.
  "Upah orang gaji? Tak perlu, la papa. Buang duit aje. Lagipun Azrul kan pandai kemas sendiri," ujar Azrul.
  "Maksud papa, bukan orang gaji tu. Orang gaji yang papa maksudkan ni bukan sembarangan 'orang gaji' tahu? Orang gaji ni lah yang jaga makan minum pakai kita sampai akhir hayat. Dan juga tempat kita mencurah kasih sayang. Are you clear?" Ujar tan sri. Kemudian dia mengerling ke arah isterinya yang tersenyum manis.
  "Betul tu, Azrul. Mama dengan papa tertunggu-tunggu pulak giliran kamu ni. Kamu tengoklah abang kamu dengan isteri dia, bahagia aje. Kamu tak nak ke?" Datin mula mencucuk jarum.
  "Papa harap sangat nak tengok kamu duduk atas pelamin bersama 'orang gaji' kamu." Sambung tan sri.
  "Ye papa, mama. Azrul janji akan bawa 'orang gaji' Azrul nanti. Tapi buat masa terdekat ni, belum lah pa. Papa dengan mama sabarlah ye." Ujar Azrul lembut.
  "Hmm.. ye lah. Tapi papa tengok Aqma tu pun okay, apa. Kamu taknak dekat dia ke?" Soal tan sri.
  "Err.." Azrul tidak tahu jawapan apa.
  "Eh, bang! Mari kita pergi rumah Mak Lang. Nanti lambat pulak," tiba-tiba Datin bersuara. Azrul menghela nafas lega. Thank you, mama! I love you so much! Desis Azrul dalam hati.
  "Ha'ah.. lupa pulak abang, jom jom," ujar Tan sri seraya bangun dari sofa.
  "Kami pergi dulu ya Azrul," ujar datin.
  "Okay, jalan hati-hati tau," ujar Azrul seraya menyalami tangan kedua mereka. Lalu mereka pun pergi dari situ. Azrul menghela nafas berat. Rasa kecewa masih tersisa dalam hatinya.

Love You Mr. Under AgeWhere stories live. Discover now