Bab 26

3.7K 132 0
                                    

  "Oo ye ke? Kalau macam tu, saya okay je. Takdelah boring masa cuti ni nanti," ujar Azrul.
  "Baguslah,. Saya yakin, mesti best kat sana nanti," ujar Haiza sambil menghirup EDEG. Azrul tersenyum.
  "Berapa hari kita kat sana?" Soal Azrul.
  "Dalam 5 hari?"Jawab Haiza. Azrul mengangguk faham.
  "Apa khabar abang awak, Aiman tu?" Soal Haiza sekadar berbasa-basi. Lagipun lama dah tak dengar berita 'mat poyo' tu.
  "Sihat, Alhamdulillah. Dah kahwin dah pun, anak satu." Beritahu Azrul.
  "Seriously? Wow.. dia kerja apa sekarang?" Haiza semakin berminat menyoal.
  "CEO syarikat papa saya," ujar Azrul.
  "Awak pulak kerja apa, sekarang?" Soal Haiza kepada Azrul pula.
  "Cikgu aje,".
  "Oo... bukan apa saya tanya pasal abang awak, well abang awak memang terkenal dengan perangai dia dulu. Suka kacau perempuan, poyo, playboy. Tapi bila awak cakap macam tu, Alhamdulillah. Saya gembira dengar,"Azrul sekadar tersenyum. Dia memang tahu, abang dia memang budak ostap kat sekolah.
  "Pernah sekali, masa kem pengawas dulu. Ada dia pergi baling lumpur dekat tudung kawan saya. Hmm.. kesian dia." Ujar Haiza mengingat kenangan di sekolah dulu. Azrul mengangkat kening. Aku kenal perempuan tu! Tapi sayang aku tak tahu nama dia.
  "Oo.. siapa perempuan tu?" Soal Azrul ingin tahu.
  "Aqma." Jawab Haiza sepatah. Aqma? Eyshh, tak kan lah.
  "Kerja apa sekarang?" Soal Azrul lagi.
  "Cikgu. Tapi tak tahulah sekolah mana," saat ini jantung Azrul berdebar. Aqma? Adakah gadis yang dicarinya selama ini adalah Aqma? Biar betik?!
  "Dia ada ikut reunion ni tak?" Soal Azrul lagi. Kemain gembira lagi hati Azrul tatkala ini.
  "Ada. Kenapa?"
  "Takde pape lah,. Err.. boleh saya minta tolong?" Pinta Azrul.
  "Apa dia? In shaa Allah kalau boleh saya tolong, saya tolong."
  "Awak jangan bagitahu Aqma yang saya ada ikut reunion ni sekali, boleh?"
  "Okay, no hal."

Aqma begitu semangat hari ini. Mana taknya, dia akan pergi reunion lepas ni. Tinggal tunggu Zati aje lagi.
Tut tut tut..
  "Assalamualaikum, hello? Dah siap ke? Aku dah nak sampai dekat rumah kau ni,"
  "Waalaikumussalam! Kau ni pun, tunggulah aku jawab salam dulu baru kau sambung,"
  "Apa-apa je lah, dah siap ke tak?"
  "Dah, tunggu kau je ni."
  "Okay. Kau tunggu, 5 minit lagi aku sampai."
  "Okay."
Tuuut.. panggilan dimatikan.
  "Amboi.. Semangat nya dia,." Perli Puan Leha. Aqma segera menoleh.
  "Mesti lah, mak. Lagipun lama dah tak jumpa kawan-kawan sama sekolah dulu,."ujar Aqma teruja. Puan Leha mengukir senyum.
  "Dekat sana nanti, jga pergaulan tau? Mana-mana lelaki cuba nak sentuh Aqma nanti, mak izinkan kamu untuk belasah dia puas-puas,"pesannya. Dalam berpesan, sempat lagi Puan Leha berlawak. Tak lah lawak mana pun,.
  "Ye, mak.. Aqma janji dengar cakap mak,. Kalau diorang cuba buat macam tu dekat Aqma, siaplah diorang nanti."
  "Ha'ah ye lah. Seronok seronok jugak, solat jangan tinggal. Itu yang paling penting,"
  "Ye, mak." Aqma tersenyum manis.
Pin!! Pin!! Pin!
  "Mak, Zati dah sampai tu mak. Aqma pergi dulu mak, ya?"Aqma meminta diri. Tangan ibunya dikucup hormat. Aqma masuk ke dalam kereta.

  "Huuu tak sabarnya, Zati! Mesti best kan?"Aqma sudah terlebih excited.
  "Mestilah, best!  Aku pun dah tak sabar dah ni,." Ujar Zati mengiakan kata Aqma. Mereka berdua sedang duduk di dalam khemah yang mereka dirikan tadi. Sekarang di pantai itu, sudah ada beberapa buah khemah didirikan. Mereka hanya perlu menunggu aktiviti bermula sahaja lagi.
  "Kenapa diorang tak mulakan aje aktiviti sekarang?" Soal Aqma tidak sabar.
  "Diorang kata tunggu dua orang lagi, baru boleh mula."
  "Siapa?"
  "Itu aku tak tahu,"
Keadaan dalam khemah sunyi seketika. Masing-masing hanyut dengan telefon mereka. Tiba-tiba satu suara menegur mereka dari luar khemah.
  "Girls, Haiza kata kita kena tunggu luar sementara tunggu dua orang lagi datang. So, hurry up!" Pesan Hasmeen lalu beredar dari situ.
  "Jom, kita keluar," ajak Aqma.
  "Okay,"Zati menurut lalu mereka keluar dari khemah. Mereka menuju ke tempat rakan mereka berkumpul. Mereka duduk dalam bulatan manakala Haiza berdiri di tengah-tengah selaku organizer reunion tersebut.
  "Duduk, duduk. Kita tinggu dua orang lagi sebelum kita mulakan aktiviti, boleh?"ujar Haiza.
  "Boleh.." ujar yang lain.
  "Lamanya Za, dari tadi tak datang-datang pun?" Hafizah mula bosan menunggu.
  "Aku pun tak tahu, diorang ni. korang sabarlah ya? Kejap lagi datanglah diorang tu." Ujar Haiza cuba menenangkan keadaan.
  "Eh, sorry encik! Saya tak sengaja," Azrul meminta maaf apabila terlanggar seorang lelaki yang ingin melintas di belakangnya. Baru saja Azrul ingin menutup bonet kereta, punggungnya terasa dilanggar oleh orang.
  "Takpe, takpe. Eh, kau?" Lelaki itu bersuara.
  "Kau buat apa kat sini?" Soal Azrul pula. Tidak menyangka orang yang dilanggarnya tadi adalah Azwan. Kau ni, memang spoil la Azwan!
  "Kenapa? Tak suka aku ada kat sini?" Sinis Azwan.
  "Yup, memang. Aku memang tak suka kau kat sini," jawab Azrul selamba.
  "Kau jangan fikir bila kau ada kat sini, aku tak boleh kacau Aqma. No, man. Selagi aku tak dapat dia, selagi tu aku akan cuba kejar dia,"ujar Azwan.
  "Kalau kau cuba nak rampas dia dari aku, siap kau!" sambungnya lagi. Azrul tersenyum sinis.
  "Kau ingat aku takut? pergi mati," ujar Azrul lalu pergi dari situ. Benci dia tengok muka Azwan tu. Nanti kalau tertumbuk, susah jadinya.
  "Ha, tu pun diorang!"ujar Haiza apabila melihat orang yang ditunggu sudah datang. Tapi Haiza hairan, asal muka dua orang mamat ni cemberut aje?
  "Eh, Aqma! Cuba kau tengok laki baju hitam tu. Aku rasa kau kenal lah dia,"ujar Zati pada Aqma yang asyik bermain dengan pasir.
  "Mana?"soal Aqma. Apabila dia melihat gerangan yang memakai baju hitam itu, banyak persoalan yang bermain di mindanya.
  "Ha'ah aku kenal dia. Apa dia buat kat sini ah? Setahu aku, dia bukan dari sekolah kita dulu, kan?" Soal Aqma hairan. Kenapalah dia ada kat sini?
  "Mana lah aku tahu,." Jawab Zati. Setelah Azrul dan Azwan meletakkan barang mereka, mereka berdua menuju ke arah bulatan. Tetapi mereka berdua seperti berebut untuk duduk bersebelahan dengan Aqma.
  "Aku duduk sini!" Azwan terlebih dahulu melabuhkan punggung di sebelah Aqma. Azrul mengetap bibir menahan geram. Takpe, kali ni kau menang. Desis Azrul lalu pergi dari situ. Dia terpaksa duduk di sebelah Omar, bertentangan dengan Aqma. Sini pun, jadilah.
Aqma hairan dengan dua lelaki ini. Dari tadi, Aqma sudah berasa tidak selesa. Azrul dari tadi asyik memerhati ke arahnya. Apatah lagi duduk bertentangan seperti ini, senanglah dia memerhatikan Aqma. Si Azwan ni pun sama juga. Hishh, stress aku!
  "Okay, guys! Selamat datang ke reunion kita pada hari ni. And i nak ucapkan happy holiday dan terima kasih kepada you all sebab sudi datang. I harap korang seronok dengan aktiviti-aktiviti yang akan kita mulakan lepas ni," ujar Haiza.
  "Sebelum tu, bagi I masa sikit untuk check dulu ahli-ahli kita. Mana tahu kot-kot ada yang hilang ke apa,."
  "Okay, Omar ada, Azrul, Hafizzudin, Hafizah, Hasmeen, Zati, Aqma, Azwan ada! Okay, semua ada! Bagus,"
  "So, let's start the game!" Jerit Zati. Teruja sangat dah tu. Yang lain pun ikut bersorak.

Love You Mr. Under AgeWhere stories live. Discover now