"Bhahahahahaha." Nami masih lagi ketawa tak ingat dunia. Sampaikan dia terguling-guling di ruang tamunya itu. Sai juga sama seperti Nami. Tak sangka betul la kisah Naruto-Sakura-Sasuke-Kakashi ni lawak gila! Kalau tak, dah lama aku join Hanako sekali.
"Tapi, tu la! Sampai sudah kitorang tak dapat tengok muka Sensei. Dah macam-macam cara dah kitorang guna." Sakura menambah. Naruto mengangguk laju tanda mengiakan.
Kakashi awal-awal lagi mintak diri. Taknak berbual panjang katanya. Ada sesuatu yang perlu dia siasat. Tadi, dia sempat mengambil cebisan kain Itachi yang terkoyak akibat pertarungannya dengan Minato. Jadi, mungkin dia boleh dapat maklumat berdasarkan kain yang dia dapat tu.
Sasuke yang tersedar dari tadi hanya mendengar perbualan mereka. Nak menyampuk, dia sendiri tak ingat apa yang jadi dulu. Tapi, pasal topeng? Macam pernah jadi je dekat dia.
Malam tu, wajah sebenar Kakashi menjadi topik terhangat. Semuanya sebab Nami yang bertanya sebaik sahaja Kakashi pergi meninggalkan mereka.
Dan disebabkan itu jugalah, Naruto dan Sakura semangat bercerita tentang kisah mereka dulu-dulu. Yamato, Minato dan Kushina pula tumpang ketawa dengan kisah lucu mereka berempat.
Cuma Hinata seorang sahaja yang bagaikan tiada di dunia nyata. Otaknya menerawang ke lain. Tentang apa yang diberitahu Hanako petang tadi. Dia masih lagi tak boleh percayakan apa yang dia dengar. Entah-entah Hanako saja je nak mainkan dia kot! Tak percaya wei!! Mana mungkin dia dan Naruto ada.... Arh!!! Dia menggeleng kepalanya. Tak sanggup nak bayangkan tentang perkara tersebut.
Kushina memandang pelik ke arah puteri Hyuuga yang cantik itu. "Awak ni mesti anak perempuan Hiashi kan? Cantiknya awak. Kalau la awak kawin dengan Naruto, mesti comel anak dia nanti. Kan?" Ujar Kushina selamba sambil tersenyum.
Muka Hinata tak usah bagitau la, dah macam tomato yang nak meletup je gayanya. Merah yang teramat!! Anak? Dengan Naruto?
Kushina merapatkan dirinya kearah Hinata lalu dia mencapai tangan halus yang comel itu. Malunya bertambah lagi. Bisikan Hanako semakin teringang-ngiang di telinganya. "Perempuan cantik tu la mak mertua awak. Dan dia mak Naruto. Kalau awak nak tau, awak dan Naruto akan ada....' ingatannya terputus disitu. Makin kuat dia menggelengkan kepalanya.
'Tak nak fikir!! Tak nak fikir!!' Jerit hatinya.
"Hei, kenapa ni? Awak sakit ke? Nampak pucat la muka awak." Soal Kushina dengan nada risau.
"Tak, takde pape la Kushina-sama! Saya okay."
Tiba-tiba, suara Hanako mencelah di antara semua yang ada dan membuat satu pernyataan. Pernyataan yang membuatkan semua orang ternganga apatah lagi si Naruto dan Sakura!
" Hei korang! Korang semua mesti curious kan dengan muka Kakashi kan? kan? For your information, saya ada episode pendedahan muka sebenar Kakashi. Korang nak tengok tak?" Semua terdiam. Tak tau nak kata apa dah! Naruto pandang Sakura. Sakura pandang Naruto. Kemudian, Sakura memandang pula ke arah Sai. Sai mengangkat bahu lalu berpaling ke arah Yamato. Yamato pulak dengan muka blurnya.
"Episode? Maksud awak macam mana tu?" Soal Yamato balik. Yang lain kecuali Nami mengangguk kepalanya. Tanda setuju dengan soalan Yamato.
Hanako mengeluh. Hadui!! Takkan nak kena terang kot.
"Macam ni..." belum sempat Hanako nak jelaskan maksud episode, Nami dah memotongnya dahulu. "Ha! Kalau macam tu, kau pergi ambil laptop kau dekat rumah kau. Pastu, kita pasang dekat bilik teater.".arah Nami beria-ria.
Tak sabar nak tengok muka Kakashi!!
~
Laptop dipasang dan disambung pada TV gergasi dalam bilik teater itu. Folder My lovey Naruto dibuka. Kemudian dia klik pada Naruto shippuden. Berderet video yang terpapar dihadapan mereka.

YOU ARE READING
Naruto!! Enter!! √
FanfictionDisclaimer: Masashi Kishimoto.. Kisah tentang bagaimana Naruto terserap masuk ke dunia sebenar. Melihat bagaimana manusia di bumi sebenar hidup. Hidup tanpa menggunakan jutsu. Dimana dia, Sakura, Kakashi, Sai, Kapten Yamato dan juga Hinata yang ter...