Fire Drill

833 40 3
                                    

Sambungan part lepas...

Arza POV...

Aku lihat, kawan2 kelas aku kumpul semua sampah sarap di tengah2 padang. Macam gunung! Korang bayangkan berapa banyak sampah yang ada atas padang ni. Nak sangat aku kemas, fine! Aku kemas. Tapi, dengan CARA  aku!

Aku dekati Keli yang punggah sampah terakhir. Berpeluh2 semua! Aku sengih.

" Keli, meh lighter kau!" Keli berhenti berjalan. Dia pandang aku dengan muka pucat.

" li...lighter? A...apa maksud ka...kau?" Keli telan air liur. Aku senyum.

" kau jangan nak buat muka dekat aku, Keli. Aku tahu kau M.E.R.O.K.O.K dekat luar sekolah. Meh, cepat! Cepat!" dengan tangan menggigil, Keli bagi lighter dekat aku.

" kau jangan risau, Keli. Aku zipp mulut aku, okay? Tapi tolong berhenti sebelum terlambat..." Keli senyum, kelat. Aku capai sekeping kertas kering daripada Sen-sen. Aku panggil Padi pula.

" kau pergi bawah bangunan sana, bawak separuh daripada sampah2 ni. Ambil pasu bunga yang kosong tepi bangunan sana. Kau bakar, dan kipas asap bakar tu ke arah tangga sekolah. Kodok, kau sedia pili bomba dekat dinding sana. Bawak Adib, Poji, dan MU sekali, bukak pili yang berdekatan." aku memberi arahan seperti sarjan tua. Mereka berpecah.

" kejap, Arza. Kau nak buat apa sebenarnya? Aku confuse ni. Aku tahu kau nak bakar sampah2 ni, tapi kau nak buat apa dengan pili bomba? Padam balik?" Adib masih tidak bergerak. Aku mengeluh dan tepuk bahu dia.

" kau masih muda dengan benda2 macam ni, Adib. Kau tengok saja, okay?" Arza merapatkan ibu jari dengan jari telunjuk dia.

" oii..." aku start nyalakan api atas kertas. Aku bukak satu lubang kecil di tengah2 timbunan sampah dan letak di situ. Api mula menyala garang, menjulang ke langit. Aku arahkan mereka kipas api itu ke arah bangunan sekolah.

Aku call Lily pula yang bersedia di butang loceng kecemasan.

" Lily, sekarang!"

" okay, babe!" suara Lily kedengaran bersamaan bunyi kaca pecah.

Bergema bunyi loceng kecemasan satu sekolah.

" API! API! API! KEBAKARAN! TOLONG! API! API!" Aku menjerit2 macam orang gila. Diikuti dengan member2 yang lain. Aku lihat rahang Adib jatuh menyembah bumi. Aku sengih.

" Fire drill time!!!!"

Aku lihat cikgu2, para pelajar mula berlari turun. Mereka terkejut melihat asap tebal yang memenuhi ruang bawah bangunan sekolah. Jerit pekik mereka membuatkan aku ketawa geli hati. Cari pasal lagi kan? Rasakan!

" masa untuk padamkan api!!!" aku jerit. Serentak air daripada pili bomba menyembur seperti hujan lebat. Terjerit2 pelajar kerana di sembur air.

" ahhhhhhhh!!!!!!" macam irama sahaja jeritan mereka. Aku ketawa jahat.

" API! API! API! API! API!" ke semua mereka basah kuyup, termasuk para guru. Muka cikgu Daud jangan cakaplah. Priceless!

Tiba2 tangan aku di tarik seseorang. Adib!

" blah! Cikgu Daud nampak kau! Blah! Blah! Blah!" Adib menjerit, memberi amaran dekat kawan2 yang lain. Kami semua lari pecut tak ingat dunia. Suara jerit pekik dan caci maki daripada pelajar lain menjadi latar belakang kami kelas 5 Kasturi.

Hahahahahahahaha!!!

==============

Kesudahannya, ke semua pelajar 5 Kasturi di denda di hadapan semua pelajar lain. Wajah aku merah padam menahan ketawa melihat wajah basah cikgu2 dan beberapa orang pengawas yang bertugas dan terjebak sekali dalam 'fire drill' aku.

Baik punya!

" siapa punya idea? Cakap!" suara cikgu Daud melengking. Terhinggut bahu aku kerana terkejut.

" dia!" serentak ke semua kawan2 kelas aku tunding jari pada aku. Baik punya member jual member sendiri. Siap korang! Mata cikgu Daud mencerlung ke arah aku.

Gulp!!

Mati aku!

" Nur Armira Zarina binti Ahmad Fuad...kamu masih tak serik, kan?" suara rendah cikgu Daud membuatkan aku rasa kecil di matanya.

" Zaki! Bawak 'benda' tu." arah cikgu Daud kepada Zaki, ketua pelajar baru. Aku dah turun tahkta tahun lepas. Zaki berlari pergi, dan kembali seminit kemudian. Kotak dan...marker?

" cikgu nak buat apa?" aku bertanya. Curious. Cikgu Daud diam. Dia koyak wing kotak itu dan tulis sesuatu diatasnya. Aku menyengetkan kepala melihat gerak geri cikgu Daud. Ada tali juga. Cikgu Daud mencangkung ke bawah dan membuat dua lubang di atas wing kotak itu. Dia ikat tali di antara lubang. Setelah siap, dia dekati aku dan gantungkan benda itu di leher aku. Dengan rasa ingin tahu, aku baca tulisan itu dengan kuat.

" Saya, Arza. Budak nakal yang kena hukum hari ini. Sila marah saya." Aku pandang cikgu Daud. Dia senyum. Aku senyum. Aku capai marker pen itu daripada tangan cikgu Daud. Aku ubah suai sikit 'ayat' itu.

" Saya, Arza. Budak nakal yang kena hukum hari ini. Kalau marah saya, saya akan buat lagi." Begitulah ayat potong tambah aku. Wajah cikgu Daud merah.

" jangan marah, cikgu. Nanti bertambah tua!" aku campak marker kepada Adib di sebelah aku. Dengan selamba, aku mula berjalan disekitar sekolah. Rata2 pelajar yang melihat dan membaca ayat itu diam tak buka mulut.

You can't stop me!

Aku pusing belakang, melihat member2 yang lain juga kena benda yang sama. Ayat je lain. Heh!

Kedudukan kami sebaris, berjalan seluruh sekolah. Aku siap nyanyi lagu 'Bapaku Pulang Dari Kota' lagi. Bosan kot! Sesekali diselang seli dengan 'hoi hoi' daripada mereka semua. Meriah sial!

Selepas habis tawaf satu sekolah, aku dan yang lain bergerak ke padang sekolah pulak. Kami menyanyi lagu yang sama sambil tangan di atas bahu. Macam kereta api gitu! Terjerit2 kami menyanyi, sengaja. Ini idea aku, bukan cikgu Daud. Arahan hanya sekolah, tak termasuk padang. Tapi aku tambah sendiri. Genius tak aku?

Ini Arza lah! Kalau kerja gila macam ni memang favourite aku. Tak gila namanya kalau tak bagi cikgu Daud panas hati.

" oii, kau tak penat ke? Kami dah penat!" Kodok merungut belakang aku.

" kau nampak pili bomba tu?" aku tunjuk ke arah pili yang masih tidak digunakan. Rasanya Adib tak buat tadi. Dia stay dengan aku.

" so?" Poji pandang aku, pelik.

" kita mandi! Panaslah!" aku cepat berlari dan mencapai pili bomba itu. Dengan sekali tendang, bersembur air keluar membasahi bumi. Kami mandi sakan. Aku hala ke atas langit, buat seperti fountain water. Pelangi pun ada sekali. Kelas kau jah!

Kita enjoy!!

" oh yeah! oh yeah! oh yeah!" kami menari, terlompat2 seperti kanak2 riang. Basah berlumpur padang sekolah itu dengan air terjun kami. Bahu aku ditepuk seseorang. Aku pusing melihat Adib tunjuk satu arah. Aku ikut pandang sekali.

Pap! Pap!

Kelihatan cikgu Daud menepuk2 tapak tangannya dengan rotan, sambil berdiri seperti Sarjan Hassan. Aku senyum buat peace, cikgu Daud senyum buat muka garang.

We are dead meat.

*************

Fire drill, huh? Best tak kena berlari, berlakon seperti ada api? Bosan! Saya pun tak suka. At least buat real scene sikit. Baru umphh!!

✨🌾     🌾     🌾
    😏😏😏😏😏
😏😏😏😏😏😏😏
😏🕓🕓😏🕓🕓😏
😏🕓🎱😏🕓🎱😏
😏😏😏😏😏😏😏
😏😏😏✔😏😏😏
🌀😏😏😏😏😏🌀
😏🌀😏😏😏🌀😏👍
👉🌀🌀🌀🌀🌀🌀
🌀🌀🕐🌀🌀🌀🌀
🌀🌀🕐🕐🕐🌀🌀
🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀
    🌀🌀🌀🌀🌀
    👟                👟

Nakal (Complete) Where stories live. Discover now