Tragis Hari Minggu

17 2 0
                                    

Awan berarak mendung pagi itu, seakan jiwa-jiwa kita yang tandus sama hujan. Menanti rajuk rintik hujan mulus yang saban hari menunggu, penuh sabar juga rindu barangkali. Burung-burung ada yang sudah keluar mencari rezeki untuk anak yang setia menanti di sarang. Kerbau-kerbau sudah berada di port berkubang. Para petani moden hasil didikan Mahathir sudah bergerak ke kebun masing-masing.

Naqiudin Khushairi masih menggosok-gosok anak mata, terkebil-kebil menahan pedih. Mungkin hasil dari basuh tangan tak cuci selepas makan nasi semalam. Mahu saja penulis mempadan mukakan si Naqiudin Khushairi tu, cuma tak sampai hati. Rokok daun masih terselit di bibir hitam arang Naqiudin, cuma tak berasap. Lighter tak ada gamaknya. Melilau anak matanya mencari lighter untuk menyalakan rokok daunnya, mejanya yang bersepah buku-buku, majalah tradisi umat Melayu iaitu Mangga juga terselit dihujung meja. Habis di selongkar seluruh meja; masih juga tak jumpa.

Akhirnya Naqiudin mendapat akal walaupun IQ-nya dibawah tahap buku lali. Iaitu menyalakan rokok daunnya di dapur gas neneknya. Bergegas ke dapur dan menyalakan rokok dalam keadaan kelam kabut itu menyebabkan sebahagian kening Naqiudin Khushairi terbakar, bau hangit seakan getah tiub tayar terbakar memenuhi ruang lingkup dapur. Naqiudin seorang yang tabah sebenarnya, dia persetankan saja keningnya itu. Berbekalkan wajah bangang, dia rilek-rilek sahaja.

Petang itu tanggal 27/8/2019 jam 1400 nanti dia bakal berjumpa dengan kekasih hatinya seperti yang dijanjikan. Ya, sebenarnya Naqiudin sahaja yang beriya menggelarkan gadis malang itu kekasihnya. Walhal gadis malang itu biasa saja reaksinya, tak gelojoh atau tak berminat, mungkin. Mereka selalu berhubung di media sosial sahaja, tak pernah bersua muka walau sekali melainkan Naqiudin menatap gambar gadis malang itu di profile picture gadis itu di Facebook sahaja. Di whatsapp pula gadis malang tu selalunya hanya sekadar seen sahaja, dan replynya mungkin dalam sejam kemudian, paling awal pun esoknya saja gadis itu reply. Tragis. Tetapi Naqiudin masih lagi steady dan tanpa perasaan peduli dia masih menunggu gadis itu. Lahanat betul Naqiudin.

Dia melihat jam sudahpun bergerak ke jam 1200. Naqiudin mencapai tuala mandi dan terus ke bilik air. Dibukanya kepala pili air, air perlahan-lahan menitik. Petanda besar yang kampungnya terputus bekalan air. Air di kolah masih lagi berbaki separuh, dan tiada jalan lain melainkan dia terpaksa berjimat air. Dia terpaksa skipkan mana-mana bahagian mandinya yang tak berapa penting, gosok gigi dan basahkan kepala. Penjimatan alaf baru, katanya.

Dicapai odorono dan terus memakai kemeja-T dengan gambar didepan Band U2 tetapi dibawah gambar ada tulisan Band Coldplay. Seperti biasa, dia persetankan sahaja hal baju itu, yang penting kemas dan berseterika. Jeans biru lusuh kegemaran siap disarung, dibahagian kaki sudah rabak koyaknya, tetapi dia bahagian paha dan lutut masih elok dan tiada koyak, masih boleh dibawa solat. Setelah selesai bersiap lebih kurang, dia turun untuk ke stesen bas dihujung kampungnya.

Jam masih awal, sekitar 12.45 tengahari. Bas masih belum tiba, selalunya waktu begini sudah bersepah bas lalu jalan ni. "Kalau hari aku tunggu, sebiji pun susah nak nampak. Kalau aku mencarut satgi teruih dia tak mai, padan muka aku, baik aku usha ig Safiey." Naqiudin sendiri tak tahu sama ada nak marah atau perlu terima semua ini, keliru. Hampir setengah jam menunggu, bas HBI Transnasional pun tiba dan Naqiudin melambai ke arah bas dengan menggunakan jari tengah. Strettttt, bas berhenti dan pintu bas semi-auto terbuka separuh dan ini petanda yang Naqiudin perlu membukanya sendiri menggunakan kudrat mudanya. Sebaik melangkah masuk Pak Cik pilot bas itu bersuara. "Mahap laa, pintu tu kadang-kadang automatik, kadang-kadang manual. Kahkahkah" gelak pilot tu depan muka Naqiudin. "Eh, takpa Pak Long, saya dah biasa dah buka pintu sendiri kalau nak masuk dalam rumah, tak dak sapa pernah tulong pun. Hehehe." Balas Naqiudin sesimple mungkin, malas nak layan pilot tu barangkali.

Bas parking betul-betul di hadapan restoran makanan segera seperti yang dia dan gadis itu janjikan. Jam lagi lima minit untuk genap jam 1400. Naqiudin menyempatkan diri dengan merokok dahulu, port diluar kedai dan hujung sekali sebelum tandas. Merokok di situ perlu berhati-hati, takut ada pegawai dari jabatan kesihatan, mau jahanam RM300 kalau kena saman sebab merokok ditempat awam. Bagai nak gila Naqiudin merokok, cepat-cepat takut kantoi. Dan ada sebahagian asap rokok itu ditelannya. Dasar naga tak guna Naqiudin ni.

Tiba-tiba bahunya dicuit dari belakang. "Awak Naqiudin Khushairi kan? Dah lama sampai?" Suara halus seorang gadis sampai ke cuping telinganya, tepat. Naqiudin memalingkan kepala selepas beberapa second bagai sinetron di kaca tv dalam keadaan slow-mo dan seakan menyampah. "Ya, saya lah Naqiudin yang bagai dikata. Awak Amiera Yunus kan? ". Naqiudin bermadah. Dan Naqiudin seakan baru tersedar sesuatu. Gadis itu ialah gadis yang pernah viral di sekitar laman sosial dan beberapa blog-blog terkenal tanah air dengan caption "Baru darjah 6 sudah punyai ribuan pengikut di media sosial".

Naqiudin seolah terkena penampar. Baru tersedar yang selama ini dia jatuh hati dengan gadis bawah umur dan kalau tak kena gaya, boleh dipukul oleh abang-abang gadis itu akibat bercinta dengan gadis bawah umur. Sedangkan Naqiudin sudah hampir mencecah hujung 20-an.

Tragis Hari MingguWhere stories live. Discover now