CINTA TERLARANG 70

10.1K 65 14
                                    

Ketika mereka sedang berpelukan di situ tiba tiba fariz terdengar sesuatu di luar cabin mereka. Bunyi seperti ada daun atau ranting patah di pijak oleh seseorang. Semakin lama bunyi itu semakin mendekat. "Shhhh... tolong diam sekejap, mia... saya dengar seperti ranting kayu patah di pijak orang... jangan jangan ada orang berjalan kat luar cabin ni...", bisik fariz di telinga wanita tersebut. Puan sri mia berhenti menangis. Dia mengesat airmata yang masih mengalir di atas pipinya. Perlahan lahan fariz meleraikan pelukannya. dia bangun dari tempat duduknya. Dia segera mematikan lampu di dalam cabin itu. Hanya cahaya api di pendiang api saja yang menyinari ruang dalam cabin tersebut. Fariz memerhatikan keadaan di luar cabin itu melalui cermin tingkap yang ada di situ. Kelihatan seseorang melangkah perlahan lahan menuju ke pintu cabin mereka. Orang itu memakai topeng hitam. Fariz menarik tangan puan sri mia ke sebelahnya. "Lelaki jahat tu datang lagi ke sini, mia... dia macam tahu saja kita berada kat sini...", bisik fariz. Puan sri mia mula merasa ketakutan. Dia memegang erat lengan kiri fariz. "Saya takut riz...", bisik puan sri mia ketakutan. "Jangan takut... saya ada di samping awak...", bisik fariz cuba menenangkan wanita tersebut.

Lelaki tersebut sedang berusaha membuka tombol pintu cabin tersebut dengan dawai kecil di tangannya. Fariz mengambil sebatang kayu kering yang ada dekat dengan pendiang api tidak jauh dari situ. Dia menunggu lelaki jahat itu dekat dengan pintu cabin tersebut. Puan sri mia hanya berdiri di belakangnya. Tidak lama kemudian, "klik...", kedengaran tombol pintu cabin itu berjaya di bukanya. Fariz menggenggam erat kayu di tangannya. Pintu itu terbuka secara perlahan lahan. Sebaik saja kepala lelaki tersebut terjengul di depan matanya fariz pun terus memukul kepalanya. Lelaki itu jatuh ke tanah. Dengan sepantas kilat fariz menumbuk lelaki tersebut tapi lelaki itu melawan balik. Maka terjadilah pergelutan di situ. Puan sri mia hanya berdiri memerhatikan mereka di situ. Dia merasa cemas dan ketakutan. Namun dalam pada itu sempat juga menelefon rakannya salina.

Dia menyuruh rakannya memanggil pihak polis kerana dia sendiri tidak tahu apakah sebenarnya nombor talian kecemasan di negara barat itu. Salina menyuruhnya bertenang. Dia berjanji akan menelefon pihak polis dengan segera. Fariz masih lagi bergelut dengan lelaki tersebut. Puan sri mia tidak tahu nak buat apa. Kebetulan kepalanya terasa sakit secara tiba tiba. Dalam keadaan yang mencemaskan itu dia lihat lelaki tersebut meluru ke arah fariz yang sedang tunduk mengambil sebatang kayu di atas lantai. Dia pun terus tampil ke depan untuk menghalangi lelaki itu daripada menikam fariz dengan pisau di tangannya. Tanpa di duganya lelaki tersebut segera menikam dadanya. Puan sri mia terjatuh di atas lantai dengan dada yang berlumuran dengan darah. "Mia!!!!...", jerit fariz terkejut. Dia segera meluru ke arah wanita itu. "Fariz, kat belakang awak...", puan sri mia bersuara memberi amaran. Fariz segera menoleh ke belakang. Kelihatan lelaki tersebut ingin menikamnya dengan pisau di tangan. Dengan sepantas kilat fariz menyentak tangan lelaki itu dengan tangannya sehingga pisau tersebut jatuh di atas lantai.

Dengan perasaan yang marah dia pun segera menyerang lelaki bertopeng itu. Dia menumbuk wajah lelaki tersebut sehingga dia terjatuh di atas lantai. Bagaikan seekor singa yang kelaparan dia melompat ke atas tubuh lelaki itu. dia duduk di atas perut lelaki itu sambil menumbuk wajah lelaki tersebut secara bertalu talu. "Just die you son of the b*tch!!!...", bentak fariz cukup marah sambil menumbuk wajah lelaki tersebut dengan marah sekali. Dia marah sebab lelaki itu telah menikam dada puan sri mia sebentar tadi. Topeng di muka lelaki tersebut di bukanya dengan kasar sekali. Dalam samar samar cahaya api dekat pendiang api itu fariz dapat melihat dengan jelas wajah lelaki tersebut. Ianya seorang lelaki botak berwajah seperti orang yang berbangsa melayu pula. "Hey... siapa awak ni, hah?... kenapa awak nak bunuh kami?...", bentak fariz dengan marah sekali. Lelaki tersebut tidak menjawap soalannya. "Jawap soalan saya ni bangsat!!!!...", fariz menghentak kepala lelaki itu di atas lantai dengan sekuat hatinya. Lelaki tersebut masih juga diam membisu. Dia menyeringai kesakitan.

CINTA TERLARANG (18)Where stories live. Discover now