Bab 7

179 12 5
                                    

Ini kali kedua aku berjumpa dengan Dato Jalaludin Husin. Bakal suami ku. Dia mengajakku untuk makan malam bersamanya di rumahnya. Kali pertama berjumpa di Hotel Maurice dulu. Ketika itu dia bersama isterinya. Aku ketika itu tidak bersuara langsung. Hanya papa dan mama yang melayan mereka. Aku hanya menganggukkan kepala atau menggeleng sahaja ketika ditanya.

        Aku memandang Dato Jalaludin Husin. Kemudian aku memandang pula isterinya, Datin Rosmalia.

        Hmmmm.. kenapa la Dato sanggup buat isteri dia macam tu. Menduakan isterinya semata- mata ingin ada hubungan keluarga dengan papaku. Yang papa pun satu. Setuju je. Tak fikir langsung perasaan Datin Rosmalia ni.

        Baiknya Datin Rosmalia. Pandai dia sembunyikan perasaan kecewa dia. Lagi- lagi bila berhadapan dengan aku, bakal madunya. Aku rasa bersalah pula tetapi apakan daya. Datin Rosmalia pun dah beri kata putus yang menyatakan bahawa dia setuju.

       "Abang.kalau ini la orangnya, Ros setuju aja." Kata Datin ketika pertama kali berjumpa denganku. Dia tersenyum sahaja ketika itu.

        "Ainul sihat ke? Makin kurus je ni ayah tengok." Urrgghhh perasan muda sangat ke apa nak guna gelaran 'papa mama' macam couple2 budak budak baru nak up. Ni dah guna gelaran 'ayah umi' ke apa?

        "Ainul okay je. Makin kurus ni sebab kebelakangan ni sibuk dengan kerja, kurang makan sikit." Dan juga sebab frust serta berusaha untuk melupakan ex crush.

        Dato sekadar menganggukkan kepala.
Nasib la dapat somi (suami) dato. Kalau ikutkan nak biasa- biasa je. Takmo le dato, Tan Sri segala ni. Ini semua dunia. Yang aku nak hanyalah seorang suami yang mampu membimbingku, akhlak, agama dia dah baik pun dah cukup okay untuk aku. Setakat ada kerja yang halal dan pendapatan cukup nak sara keluarga tu pun dah aku dah boleh rembat untuk dijadikan laki. Dan syarat penting sudah tentulah muda. Hmm kalau dapatlah kan tang muda tu.

      "Assalamualaikum ibu, ayah." seseorang menghampiri kami dari belakangku.

      Anak tiri aku ke? Aku berpaling untuk melihat gerangan si anak tiri yang bertuah mendapat aku iaitu ibu keduanya. Ehh betul ke istilah dia anak tiri?? Ahh apa apa je la.

     W.H.A.T..D.A...??!!!!!

      Hafidh memandangku tajam. Senyumannya mati terus apabila memandangku.

       Hafidh ke anak tiri aku??!!!!!!

Ingat tak gambar ikan salmon tadi? Aku dah jadi keras macam ikan salmon sejuk beku. Aduyai. Ni kes macam dah tak dapat jadi laki, jadi anak pun okay lah kut. Apakah semua ini??!!!

Dia duduk disebelahku sambil matanya tidak putus putus dari merenungku tajam.

"Hafidh behave!" Tegur 'ayah'.

Hafidh berdengus. Kemudian dia bangun dari duduknya dan menarikku keluar dari ruang makan. Aku yang tidak tahu nak buat apa sekadar menurut sahaja, merelakan dia menarikku. Nasib baik dia tarik hujung lengan baju je kalau tak aku karate dia.

Dia membawa kami ke taman di luar rumah. Kelihatan mukanya cuba menahan marah. Dia tidak memandangku, dia memandang tempat lain.

"So kaula Aisya?" Tanya dia dingin.

Aku mengangguk. Eleh kalau bencipun tak payah la tunjuk sangat.

"Akhirnya kita berjumpa jugak." Katanya sinis.

Ayat drama gengster KL ni. Macam pertemuan dua taiko legend.

"Kenapa kau terima pinangan ayah aku?" Tanyanya.

"Saya terima dengan hati yang redho." Jawapan paling selamat. Aku dah gigil ni. Kenapa dia garang sangat harini?

"Kau sanggup kahwin dengan orang yang kau tak kenal pun. Kau terima macam tu je. Kau ni takde life ke apa?!" Marahnya.

Rasa nak nangis lagi tapi dalam pada masa yang sama rasa nak terkencing sekali. Dia marah sangat ni. Menakutkan! Tiba- tiba je naikkan suara.

Dia kemudian memandangku dengan pandangan yang bengis.

"Kenapa kau tak jawab?! Aku tanya ni! Kenapa kau tak tolak?!" Tanyanya lagi.

"Sa..say..a ter..ima je den..gan hati... ter..bu..buka.Jangan..per..soal..kan,boleh?" tergagap - gagap aku menjawab perlahan. Serius nak meraung. Bagi aku aku terima je. Dah jodoh dengan orang tua tu nak buat macam mana. Walaupun aku rasa macam perampas tetapi aku takut nak menolak. Papa aku menakutkan.

"Kalau kau still berdegil. Takpe. Aku biarkan. Tetapi aku nak bagitahu kau, aku dah ada orang lain,orang yang aku cintai." Katanya.

Tau dah ada isteri. Tak payah bagitahu lagi.

"Aku harap kau terima je dengan hati yang terbuka macam kau cakapkan tadi kalau aku buat apa- apa dekat kau. Jangan nak mengada- ngada lepas ni. Aku dah bagi peluang nak menolak kau taknak. Merasa la."
Aku menunduk, menahan air mata. Aku rasa aku kuat untuk meluahkan isi hati kali ini. Aku menarik mafas dalam.

"Kenapa awak bangkang sangat saya kahwin dengan ayah awak? Sedangkan mak awak pun setuju. Dan lagipun saya takut nak melawan cakap papa saya. Jadi saya hanya menerima dan pasrah. Saya tahu tidak ada orang yang suka poligami lagi- lagi isteri pertama dan anaknya. Takut kehilangan kasih sayang ayahnya. Tapi saya minta maaf sesangat, saya takut nak menolak. Saya juga mangsa keadaan." Jelasku perlahan.

"Apa kau merepek ni?! Kau kahwin dengan aku la bukan bapak aku!"

Aku memandangnya laju.

"De..ngan....awak??" Tanyaku lagi.

"Ye la!"

Selepas itu duniaku gelap gelita. Tah rasa macam diri ni gedebuk jatuh macam nangka busuk je...kut.

..........

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 29, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

I'm Cik StalkerWhere stories live. Discover now