Melilau mata Azwan ke sekeliling. Merata sudah tempat dia mencari Aqma. Tapi langsung tak nampak batang hidung. Langkah diatur menuju Haiza yang sedang rancak berbual bersama Hafizah.
"Haiza,"panggil Azwan. Haiza yang mendengar namanya dipanggil terus menyahut.
"Apa?"soalnya.
"Kau ada jumpa Aqma kat mana-mana tak?"soal Azwan.
"Oh.. dia ada dengan Azrul,"jawab Haiza. Terangkat kening Azwan mendengar jawapan Haiza.
"What are she doing with him? Bukan Azrul kena hukum tadi ke? Dekat mana?"Azwan mula tidak puas hati.
"Hey,. What's going on?"soal Zati yang muncul tiba-tiba sambil membawa makanannya. Makanan itu lalu diletakkan di atas tikar yang dibentang.
"Ni ha, Azwan tengah cari Aqma. Aku pun tak tahu kenapa,"ujar Hafizah. Terangkat kening Zati mendengar.
"Ooh.. Dia tengah dating dengan Azrul. Kau tak payah lah kacau daun dulu,"ujar Zati selamba. Meluat pula dia dengan Azwan ni. Macamlah Zati tak tahu apa niat dia sebenarnya.
"Ha'ah, diorang kan sweet couple.. tak boleh diganggu sangat,"tambah Hafizah. Panas telinga Azwan mendengar perbualan mereka. Tanpa berpamit lagi, terus dia pergi dari situ. Tidak suka betul bila nama Azrul menerpa telinganya. Telefon bimbitnya dikeluarkan dari kocek seluarnya, lalu menaip sesuatu."Assalam. Aqma, awak kat mana sekarang?"
Ikon send ditekan dan dihantar pada nombor Aqma.
"Kau lah ni, Haiza."marah Zati.
"Asal pulak aku?"tanya Haiza tidak puas hati.
"Siapa suruh kau invite budak tu sekali? Tak ke mengacau Azrul dengan Aqma jadinya?"
"Manalah aku tahu! Korang tak bagitau awal pun,"
"Hmm."Zati mengeluh berat.Aqma mula bosan menunggu. Siapa suruh kau bagi hukuman macam tu tadi? Cuba kau suruh dia pumping aje, takdelah kau penat tunggu Azrul kutip ketam kat sini. Aqma mengeluh perlahan. Dari tadi Azrul rancak bercerita itu ini, hanya didengar Aqma saja. Malas mahu menyambung percakapan nya. Nanti kalau dia sambung, Azrul sambung lagi cerita dia lepas tu Aqma komen, lepas tu Azrul sambung lagi sampai bila nak habis?!
"Hey, awak dengar tak saya cakap ni?"soal Azrul tidak puas hati. Dari tadi sudah dia bercerita, Aqma pula tak respon apa-apa.
"Dengar,"dalih Aqma.
Bip bip bip
Satu mesej tiba. Cepat-cepat Aqma memeriksa telefon bimbitnya.
"Siapa tu?"soal Azrul.
"Mak saya,"tipu Aqma lagi. Azrul tidak puas hati. Setahunya, Puan Leha mana ada telefon bimbit. Kenapa tiba-tiba ada pulak? Akhirnya dirampas juga telefon itu dari tangan tuannya.
"Hey, what are you doing, ha? Give me the phone!"marah Aqma.
"Taknak,."ujar Azrul lalu berlari dari situ. Aqma mengetap bibir menahan geram bila terdengar suara Azrul yang kuat menertawakannya. Aqma tiada pilihan lagi, lalu terus mengejar Azrul.
"Azrul! Bagi balik phone tu, la!"marah Aqma dengan nafasnya yang tercungap-cungap mengejar Azrul.
"Taknak!"
"Azrul!!"
"Hoi, bagi balik phone Aqma tu!"suara Azwan mencelah tiba-tiba. Serentak kepala Aqma dan Azrul menoleh empunya suara itu.
"Kau fikir kau tu budak lagi ke nak main kejar-kejar dengan Aqma? Aku tahulah kau tu anak orang kaya, tak payahlah nak ambik phone Aqma suka hati kau aje!"tempik Azwan.
"Ei, relax ah. Yang kau nak tengking aku tu dah kenapa? Bukan phone kau pun,"mendatar suara Azrul. Phone Aqma dikembalikan semula.
"Suka hati akulah! Apa? Kau sakit hati sebab aku text Aqma ke?"sindir Azwan. Suasana semakin tegang.
"Sedar diri tu sikit! Dah tahu Aqma tu tak suka dengan kau, janganlah tambahkan lagi kebencian dia dekat kau! Bodoh,"sambungnya lagi. Menyirap darah Azrul mendengar ayat terakhir sekali itu.
"Kau apahal?!"tengking Azrul. Bahu Azwan itu ditolak dan menyebabkan Azwan terundur ke belakang.
"Guys! Stop it! Benda ni tak perlu dibesarkan sangat pun,"Aqma cuba menenangkan keadaan. Tapi hampa, makin menjadi adalah!
Azwan merentap koler baju Azrul dengan kasar.
"Kau jangan nak kurang hajar sangat eh? Pergi blah la!"Azrul ditolak sehingga jatuh.
"Guys! Apasal ni?!"soal Haiza kalut.
"Aqma, apa cerita ni?"soal Zati pula. Aqma hanya menggeleng lalu pergi dari situ. Nampak tertekan wajahnya.
"Azwan, apasal ni?" Soal Hafizah. Azwan tidak menjawab.
"Azrul, are you okay?"soal Zati.
"Saya okay,"ujar Azrul lalu bangun dan pergi dari situ. Mencerlung tiga pasang mata memandang ke arah Azwan.
"Apa? Korang ni busybody sangatlah! Dah, aku nak blah!" Azwan pergi dari situ.
Azrul mengatur langkah ke khemahnya. Zip khemah dibuka lalu merebahkan tubuhnya di dalam khemah. Tangan kanannya dilekapkan ke dahi, sambil matanya memandang atas dengan pandangan yang kosong. Azrul beristighfar dalam hati. Dia tidak mahu berdendam sebenarnya, tapi tu lah. Semakin dia tidak mahu mencari pasal dengan Azwan, semakin itulah Azwan nak tunjuk kepala. Benci betul dia! Uhh, tidur lagi bagus!"Awak ni pun, tak payahlah marah dia macam tu sangat! Dia pun ada hati dan perasaan,"marah Aqma.
"Dia tu, yang melampau sangat. Saya tak sanggup tengok orang buat awak sakit hati,"ujar Azwan. Membuntang mata Aqma mendengar.
"What? Relaksla, benda kecik pun awak nak buat gaduh jugak ke?"soal Aqma. Mencerlung mata Aqma melihat sekujur tubuh tinggi lampai yang berdiri di hadapannya sekarang.
"Awak tak faham, Aqma.. Saya buat ni, ada sebab."ujar Azwan.
"Sebab apa? Sebab awak suka saya? Sayang saya?"soal Aqma. Dia memang sudah dapat mengagak apa niat Azwan sebenarnya.
"Ni saya nak tanya, siapa saya dalam hati awak sebenarnya? Kalau awak anggap saya lebih dari kawan, minta sorrylah banyak-banyak. Dengan secara jujur dan seikhlas hati saya terus terang dengan awak. Saya hanya anggap awak sebagai kawan aje, awak tahu? Jadi awak tak payahlah nak terhegeh-hegeh dekat saya lagi lepas ni!"segala amarah dan apa yang terbuku di hati semuanya diluahkan juga.
"Tak boleh, Aqma. Saya sayang awak sangat. Mana mungkin saya akan lepaskan awak macam tu aje!"jerit Azwan pada Aqma yang mula menjauh darinya. Aqma berhenti dan berpaling ke belakang sambil berpeluk tubuh dan tersenyum sinis. Dah agak dah!
"Dan mana mungkin saya akan biarkan orang yang macam awak ni sakitkan orang yang sayang . Dekat depan mata saya pulak tu!"ujar Aqma lagi. Azwan yang mendengar kata Aqma terkedu seketika.
"And for your information, saya dah ada crush saya sendiri. Kalau awak nak tahu jugak siapa dia, nama dia Azrul Waheed bin Suhaili. Saya sayang dia sangat,"ujar Aqma akhirnya. Azwan yang mendengar luahan Aqma tergeleng-geleng tidak percaya.
"Tak, awak tipu. Saya tahu, awak cakap macam tu sebab nak mengelak dari saya kan?"ujar Azwan. Aqma tersenyum sinis. Azwan sudah tidak dapat mengawal perasaanya lagi. Bahu Aqma disentuh kasar.
"Betul kan apa saya cakap? Saya tahu awak nak buat macam tu kan?!" Desak Azwan. Aqma yang merasa tidak selesa itu terus menepis kasar tangan Azwan.
"Apa faedahnya kalau saya nak tipu awak? Dapat awak? Takde gunanya lah kalau saya dapat awak sekalipun. Sebab awak takde apa bagi saya. Saya hanya sayang Azrul sorang aje!"ujar Aqma lalu pergi dari situ. Azwan mengetap gigi menahan geram. Pasir yang memutih itu disepaknya untuk melepas geram.
"Arghh!! Sial!!"
YOU ARE READING
Love You Mr. Under Age
Teen FictionBlom ready synopsis Harap enjoy read cerita ni, okay?