CINTA TERLARANG 72 (TERAKHIR)

20.2K 245 182
                                    

Fariz sampai di tempat yang di tuju. bangunan lama 20 tingkat itu di perhatikannya seketika. Ianya rumah pangsa yang sudah lama tidak di gunakan. Ianya terletak tidak jauh dari bandar mega. Fariz tersenyum lebar. Inilah tempat yang paling sesuai untuk dia lakukan kerjanya. Dia mengambil beg sandangnya dari kerusi di sebelahnya. Begnya terjatuh lalu terkena laci kereta itu. Tiba tiba saja laci kereta tersebut terbuka dengan sendirinya. Kelihatan sepucuk pistol jenis FN 57 terjatuh dari dalam laci kecil itu. Fariz terkejut sebaik saja dia melihat pistol tersebut. Dia tidak menyangka tan sri rizal menyimpan pistol di dalam keretanya. Dia mengambil pistol tersebut lalu dia cuba melihat isi di dalamnya. Ianya masih terisi dengan peluru. Fariz tersenyum lebar. Dia tahu dengan pistol tersebut kerjanya akan menjadi mudah. Perlahan lahan dia menyematkan pistol itu di poket belakang seluar jeansnya.

Dia mengangkat tubuh tan sri rizal yang masih belum sedarkan diri itu menuju ke dalam bangunan lama tersebut. Dia mengangkatnya ke tingkat atas. Satu demi satu tingkat bangunan itu di naikinya sehingga dia tiba di atas bumbung mendatar bangunan tersebut. Dia membaringkan tubuh lelaki itu di atas bumbung bangunan itu. Dia duduk di sebelah tan sri rizal yang masih tidak sedarkan diri. Bayu malam membelai rambut depannya. Jam di tangannya tepat menunjukkan pukul 7 malam. Dia merokok sambil memegang pistol di tangan. Buat pertama kali dalam hidupnya dia memegang pistol seperti itu. Selalunya dia tengok orang pegang pistol dalam movie atau drama di TV aje. Bila dia pegang pistol seperti itu dia rasa lain macam pula. Rasa macam orang jahat pun ada tapi memang dia dah jadi jahat pun sebab dia dah bunuh orang sebelum ini. Jadi dia cuba membuang segala perasaan lain macam tu dari lubuk hatinya. Dia tetap akan meneruskan niatnya biar pun dia tahu tindakannya itu tidak baik. Dia perlu membela kematian puan sri mia, wanita yang di cintainya...

Lamunannya terhenti sebaik saja dia melihat tan sri rizal mula menggerakkan tubuhnya. Dia mengacukan pistol tersebut di atas kepala lelaki itu. "Tan sri baru tersedar ke?...", soal fariz sambil berdiri di depan wajah lelaki tersebut. "Fariz?...", tan sri rizal terkejut sebaik saja dia melihat pemuda itu berdiri sambil mengacukan pistol ke arahnya. "Kenapa?... awak terkejut ke tengok saya?...", soal fariz sambil merenung tajam ke arah lelaki tersebut. "Ya... saya kat mana ni?... kenapa saya ada di sini?... kenapa awak acukan pistol tu ke arah saya?...", soal tan sri rizal secara bertalu talu. "Awak tak perlu tahu di mana awak berada sekarang... anyway, ada sebab tertentu kenapa saya bawa awak ke sini dan kenapa saya acukan pistol ni ke arah awak...", fariz bersuara sambil memegang erat pistol di tangannya. "Sebabnya?...", balas tan sri rizal sepatah. "Sebabnya saya ingin menuntut bela di atas kematian puan sri mia...", kata fariz dengan wajah yang serius. "Saya tak fahamlah apa yang awak cakapkan ni....", tan sri rizal bersuara sambil memandang wajah pemuda tersebut. "Oh... come onlah, tan sri... takkanlah awak buat buat tak faham pula... awak dah lupa ke yang awak dah upah pembunuh upahan untuk membunuh isteri awak dan juga saya sebulan yang lalu?... guess what? pembunuh upahan awak tu dah mati di tangan saya...", kata fariz. "Oh... jadi awaklah pemuda yang pergi melancong dengan isteri saya tu?", soal tan sri rizal terkejut.


"Ya... tan sri... sayalah pemuda itu. Sebenarnya kami sudah lama bercinta. Hanya tan sri seorang saja yang tidak tahu sebab tan sri terlalu sibuk dengan pekerjaan tan sri sehinggakan isteri tan sri merasa di abaikan oleh suaminya sendiri... pada mulanya dia dekat dengan saya cuma nak luahkan segala masalah peribadinya pada saya. Maklumlah tan sri tidak mempedulikannya tapi bila kami sering keluar bersama, kami saling jatuh cinta pula. Memang pada luarannya dia terlalu tua untuk saya tapi saya tak kisah tentang perkara tu sebab hati saya sudah tersangkut padanya. Mungkin tan sri berfikir yang saya ni gila sebab saya jatuh cinta pada isteri tan sri tu tapi itulah kenyataannya. Saya sangat sayangkan isteri tan sri sehinggakan saya sanggup menjadi kekasih gelapnya. Mungkin tan sri berfikir apa bestnya bercinta dengan isteri saya yang tak guna tu?... well let me tell you something, tan sri... isteri awak tu sangat istimewa di mata saya, tau... dia bukannya seperti perempuan yang lain. Dia lain daripada yang lain. Tan sri bertuah sebab dapat isteri seperti dia tapi malangnya tan sri tidak pernah menghargai dia sebagai seorang isteri. Malah tan sri buat dia seperti tunggul kayu yang tidak berguna dalam rumah tan sri. Bagi saya tan sri ni seorang lelaki yang bodoh. Bodoh kerana tidak pandai melayan dan menghargai isteri sendiri. Akibatnya isteri tan sri mula mencari lelaki lain untuk meluahkan perasaannya. You know what? Puan sri mia tidak bersalah seratus peratus dalam perkara ini sebab semua ini berpunca dari kesilapan dan kelemahan tan sri sebagai seorang suami. Tan sri telah mengabaikan dia bertahun tahun lamanya sebab itulah dia berlaku curang di belakang tan sri tapi tan sri marah lalu berusaha nak bunuh dia pula. Manusia jenis apa tan sri ni, hah?... tan sri langsung tak ada perikemanusiaan sehinggakan tan sri sanggup mencari pembunuh upahan untuk membunuh isteri tan sri sendiri... bila saya fikirkan balik tindakan tan sri ni saya merasa sungguh marah sekali. Sepatutnya tan sri tidak harus membunuh isteri tan sri sebab dia masih isteri tan sri yang sah. Jikalau tan sri merasa sakit hati padanya tan sri ceraikan dia saja... jangan sampai hati nak bunuh dia macam tu sekali... dahlah puan sri mia menanggung derita akibat penyakit barah otaknya, tan sri langsung tak rasa kasihan padanya pula... memang dasar lelaki tak berhati perutlah tan sri ni...", kata fariz panjang lebar.

CINTA TERLARANG (18)Where stories live. Discover now