Kesiannye kat korang.. cite tergantung kan?? Sorry sbb lama menghilang.. sbb exam in the corner katakan.. (yeah.. lagi brape jam nak hadap first paper..😭😭)
************************************
Hanako berfikir sejenak. 'Kenapa tiba-tiba eh?' Dia masih tak puas hati dengan blackout yang terjadi. Macam dah dirancang. Ke.....
Nami yang dah mula dirasuk perasaan ingin tahu, terus bangun ke arah TV gergasi tu. Segala wayar yang bersambung pada laptop dibuang. Bateri yang dikeluarkan pada awal-awal tadi, dipasang balik.
Dia tak kira, by hook or by crook, dia tetap nak tengok muka misteri tu.
Heh, bukan Nami la kalau dia tak dapat apa yang dia nak.
Bateri siap dipasang. Butang on ditekan lama. Tak lama kemudian, skrin menyala kembali dalam gelap. Sai melihat pelik ke arah Nami. Bukan, kagum sebenarnya. Tak sangka Nami ada magik. Boleh hidupkan balik laptop tu.
Nami berhenti seketika. Dia menggaru kepalanya yang berambut merah darah itu sebelum berpaling ke arah Hanako yang sibuk berfikir. "Hana, password." Ujar Nami. Hanako yang diseru namanya terkejut. "Eh, macam mana kau bu.... oh, lupa lak, laptop tu kan ada bateri. Adoi. Apasal la aku lupa." Kata Hanako sambil menepuk dahinya. Dia bangun lalu menuju ke arah Nami yang meriba laptopnya.
Keyboard ditekan-tekan. Dia membuka kembali cerita tadi.
"Okay!! Jom sambung balik!!" Jerit Hanako dengan teruja. Sampaikan yang lain pun turut teruja.
Video tadi terus terpasang. Semua mata fokus pada En. Sukea yang membuka lens pada matanya. Rambut palsu juga ditanggalkan dari kepalanya. Kemudian, dia membuang plaster ungu yang menutup parut pada mata kirinya.
"Eh!! Ni! Ni! Ni bukan
kakashi sensei ke?" Naruto menjerit kuat. Semua yang ada di depan laptop terpaku pada skrin. Masih lagi dalam mood blur.Kakashi yang baru sahaja menyelesaikan misi 'menyelamatkan wajahnya' di balik pintu bilik teater terkejut. "Eh, bukan ke aku dah tutup suis utama ke tadi? Macam mana..." ayatnya terputus disitu apabila dia mendengar gelak ketawa yang maha dahsyat didalam sana.
Muka Kakashi merah. Malu. Tanpa berfikir panjang, dia merempuh masuk kedalam bilik tersebut.
"Macam mana korang.." ayatnya tersekat disitu apabila matanya tertancap pada skrin laptop milik Hanako yang masih menyala dalam gelap. Dia menepuk dahinya.
"Ne, Kakashi. Kenapa la kamu tutup muka hensem kamu tu? Tak faham sensei dengan perangai pelik kamu ni." Minato memberi komen pertamanya dengan suara yang jelas menahan ketawanya daripada meletus.
Naruto masih lagi ketawa sampai matanya berair. Lawak kot!! "To-san, saya rasa kan, Sensei nak tutup tahi lalat comel tu kot." Balas Naruto sambil mengelap air matanya yang tumpah.
Dan, automatik semua kepala berpaling ke arah skrin kecuali Kakashi. Sekali lagi, ketawa yang maha dahsyat meletus.
Kakashi dah tak tau nak buat reaksi yang macam mana. Malu yang teramat rasanya.
Nami yang perasan riak muka Kakashi dah berubah lain macam mula mainkan peranan. Bagaikan dia mengetahui yang Kakashi sedang berjauh hati dengan mereka semua.
"Dah, dah. Berhenti ketawa semua. Kakashi, jangan la marah kitorang. Kitorang semua curious gila kot dengan muka awak yang tertutup tu. Tapi, serius saya cakap, awak memang hensem." Nami cuba memujuk. Thumbs up diangkat tinggi. Bersungguh betul dia ni.
Tapi, Kakashi tetap diam. Nami menggaru kepalanya. 'Otak, please berfungsi. Mana bakat memujuk kau ni??' Hatinya bermonolog.
Matanya dihala kearah Hanako. Minta pertolongan. Dengan bantuan cahaya laptop, Hanako membuat gerakan mulut.

YOU ARE READING
Naruto!! Enter!! √
FanfictionDisclaimer: Masashi Kishimoto.. Kisah tentang bagaimana Naruto terserap masuk ke dunia sebenar. Melihat bagaimana manusia di bumi sebenar hidup. Hidup tanpa menggunakan jutsu. Dimana dia, Sakura, Kakashi, Sai, Kapten Yamato dan juga Hinata yang ter...