Bab 1

18.5K 223 2
                                    


Hi, sebelum baca cerita nii, sis harap anda semua teruskan membaca sampai habis okay! Kalau macam dah lama sangat sis tak sambung remind me okay 🤣
And rajin rajin kan la tangan tu untuk tekan vote dan comment 😘❤ xoxo:*









Nama aku Castella Armalena. Aku berdarah campuran. Aku mixed Melayu-Australia. Mummy aku telah meninggal dunia sejak aku berusia 13 tahun. Papa aku juga sudah meninggal ketika usiaku 10 tahun. Dia kemalangan di jalan raya besar dirempuh oleh kontena. Memang dahsyat apabila di ingat semula kerana pada waktu itu aku yang melihat dengan mataku sendiri. Aku dan mummy sempat melompat keluar daripada kereta tetapi papaku tidak. Kakinya tersepit.

Ketika itu aku sudah meraung memanggil nama papaku dari jauh. Tapi itu hanya sia-sia. Papaku tidak dengar. Aku fobia. Aku sedih. Aku anak tunggal mereka. Aku tiada abang, kakak dan adik. Hidup aku sangat sunyi. Tapi itu dulu. Sekarang tidak lagi.

Aku sudah bekerja di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur. Ohh yaa, aku bukan beragama christian. Aku beragama Islam. Tapi ramai orang menyangka aku bukan orang melayu. Muka aku babyface. Walaupun umur aku sudah 23 tahun. Tua ke? Ya! Bagi aku dah tua.

"Tella!" Panggil kawan sekerjaku. Ramai orang suka memanggil nama aku 'nutella'. Yups! Nuttela memang sedap bagi aku. Sebab itu aku tidak marah sesiapa saja memanggil nama aku dengan panggilan nutella. Walaupun nama asalku pelik. But who cares?! Aku suka dengan nama aku sendiri.

"Ye bang. Kejap.." Aku yang baru saja menghidangkan air kencing setan itu kepada pelanggan terus berlalu pergi pada Muiz. Dia adalah kawanku dari mula-mula aku bekerja. Dia juga yang mengajar aku untuk menjadi pelayan di sini. Ini lah pertama kali aku kerja begini.

Pada awalnya aku berasa kekok untuk memakai baju putih lengan pendek dan skirt paras peha. Aku nak memakai seluar legging di dalam sebab terlalu seksi tetapi ini adalah peraturan pemakaian di sini. Tidak boleh memakai seluar di dalam. Jadi aku tidak boleh membuat apa-apa. Lama kelamaan aku sudah biasa.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ini ialah pakaian kerja aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ini ialah pakaian kerja aku. Nampak macam menjolok mata bukan? Tapi pakaian inilah yang membuatkan lelaki tidak terus berhenti dan muak untuk datang di kelab malam. Apabila mereka nampak kelibatku terus laju tangan mereka meraba-rabaku. Aku pantas menepis manja dan lembut. Iyelah, ingin menjaga hati pelanggan. Kalau tidak kena marah dengan bos.

"Kenapa bang? Ada pape ke yang Tella kena buat? Bos bising lagi ke?" Aku sudah takut. Bosnya itu tidak suka dengannya. Dia juga tidak tahu kenapa. Aku tak pernah buat salah dan mencari masalah dengan orang di sini. Tapi tah la...

"Tak ada pape. Abang bosan kat sini. Tak ada pelanggan nak minum. Semua tengah menari atas tu. Abang nak ajak berborak dengan Tella." Aku sudah menganggap Muiz adalah abang kandungku. Umurnya lebih tua dari aku iaitu 26 tahun. Muiz selalu menceritakan tentang teman wanita yang sangat disayanginya. Aku yang menjadi pendengar setia dia tidak pernah rasa sedikit jealous pun! Muiz juga selalu meminta pendapat dari aku hadiah apa yang sesuai untuk perempuan. Dia ingin membuat surprise kepada teman wanitanya kerana mereka sudah 5 tahun bercinta. Ayat yang selalu orang guna untuk celebrate ulangtahun mereka berdua apa nama tu..... Halahhhhh omputih kata -anniversary-  haa gituu hihihi....

"Ohh abang ni. Buat Tella takut je. Panggil tadi macam ada benda scary yang berlaku je tau. Haa abang nak cakap pasal apa pulak ni? Pasal honeydew lagi ke? Hahahah..." Sengaja aku mengusik Muiz.

Muiz memandang tajam ke arah aku. Mukanya sengaja di garangkan. Aku selalu mengejek nama panggilan teman wanita  Muiz. Asalnya Muiz panggil honey je. Tapi aku yang memandai menambah 'dew' di belakang. Hihihi kena lah..

"Bukan pasal honeydew abang.." Muiz sengaja menekankan perkataan dew itu. Perli la tu. "Tapi abang nak ajak Tella pergi turun Cameron Highlands dengan geng-geng motor abang. Nak konvoi katanya. Tidur semalam kat sana. Tella nak?"

"Ohhhh tu ke? Hmm Tella boleh je. Tapi Tella tak ada kawan kat sana. Lagipun semua lelaki. Malu la..."

"Jangan risau. Awek kawan abang ada. 2 orang rasanya. Diaorang dah confirm. Ikut eh?"

"Okay!" Sebaik la ini bukan pertama kali aku mengikut Muiz jalan jauh. Tak ada lah aku rasa nervous atau tidak yakin.



------------

CastellaWhere stories live. Discover now