1

70 4 0
                                    


          Kim Jiyoung's

"Jiyoung-ah. Jom rehat sama-sama?" Namjoon sudah mula memegang erat tanganku.

"Hm. Jomlah. Tapi kau belanja. Okay? Omma lupa nak tinggal duit." Aku mengeluh.

"Arasso. Malam ni tidur rumah aku lah. Esok cuti kan?" Namjoon tersenyum manis. Aduhh cair!

"Nae!" Aku terus memaut lengan Namjoon. Kami sudah biasa. Kawan dari kecil? Mana taknya.

"Hm. Sweetnya dorang. Haih, bilalah aku nak ada boyfriend ni?" Aku dan Namjoon dapat mendengar bebelan tersebut. Kami memandang masing-masing serentak. Lantas bergema ketawa kami.

"Hm Namjoon. Belikan aku sandwich je lah. Tak lapar sangat." Namjoon sekadar mengangguk. Lesung pipitnya jelas kelihatan. Pantas sahaja tangan aku mencubit pipinya. Aigoo, comelnya jiran aku sorang ni.

"Aku pergi beli dulu." Namjoon jalan meninggalkan aku. Aduhai, lama lagi ke wahai Namjoon? Tahap kebosanan aku makin memuncak.

"Hoseok!" Aku berlari mengejar J-Hope yang terkejut melihat aku.

"Jangan! Suga hyung! Tolong aku!" Aku ketawa. Eleh, baru kena kejar dengan aku. Belum dengan anjing.

"Jiyoung noona. Aigoo, rindunya!" Jungkook datang memeluk tanganku.

"Hm, Jungkook-ah. Lama betul korang tak datang sekolah. Aku rindu tau tak?" Aku menyerabaikan rambut Jungkook. Jin, Suga, Hoseok, Jimin tersenyum nipis.

"Noona!" Suara itu amat aku kenali. Aku pusingkan badanku dan aku rasa badanku dipeluk.

"Taehyung! Noona pun rindu jugak." Aku menekup kedua-dua belah pipinya.

"Ehem. Dah puas sesi peluk memeluk?" Suara garau tersebut menyapa gegendang telingaku. Haish, terkejut aku!

"Ala, hyung jeles kan? Noona peluk aku?" Taehyung dan Jungkook tersenyum penuh makna. Mulalah tu nak gaduh.

"Nah satu pelukan untuk kau jugak." Aku melepaskan pelukan Taehyung dan terus memeluk Namjoon. Disebabkan dia agak tinggi, aku hanya di paras dada bidangnya.

Aku dapat rasakan Namjoon membalas pelukanku. Okay, ni first time. Jantungku berdegup laju. Mukaku mula panas. Ah kenapa ni?

"Hyuuunnnggg! Noona kitaorang punyaaa!" Aku terasa badanku ditarik ke belakang dan menyebabkan pelukan aku dan Namjoon terlepas.

Namjoon mencebik. "Ambik lah Jiyoung tu. Makan dia sekali!" Namjoon meletakkan satu plastik berisi makanan dengan kasar di atas meja dan berlalu pergi. Suasana menjadi sunyi seketika. Aku pelik. Tak pernah-pernah Namjoon menjadi marah macam ini.

"Aiyook. Hyung tak tahu. Korang settle sendiri." Jin menarik Suga dan Hoseok ke tempat duduk mereka. Jungkook dan Taehyung menggaru kepala yang tidak gatal.

"Tak apa lah. Noona pergi pujuk dia okay? Dia mengada je nak merajuk. Jungkook dengan Taehyung pergi makan okay?" Aku memeluk bahu mereka berdua.

Mereka sekadar mengangguk perlahan. Rasa bersalah mungkin.

"Noona pergi dulu." Aku berlari mengekori Namjoon yang sudah jauh di hadapan.

"Namjoon! Perlahanlah sikit. Aduh. Aku penat n-- ahh!" Serta merta Namjoon berhenti membuatkan aku terlanggar belakang badannya.

"Dah tahu penat tak payah kejar. Pergi peluk dengan V sana." Namjoon terus menolak badanku dan pergi meninggalkan aku.

Aduh. Kalau tolak perlahan tak apa lah jugak. Ini kuat bagai nak tolak almari.

"Heh. Dah luka. Aduhh dah lah pedih." Tanpa sedar aku merungut. Dah sakit sangat.

Tiba-tiba aku rasa seperti badanku melayang. Kakiku tidak lagi menjejak tanah.

"Namjoon-ah! Lepaslah!" Aku menjerit terkejut.

Tidak kira banyak mana pun aku meronta, sama juga aku tetap didukungnya. Jadi aku membuat keputusan untuk senyap sahaja.

Mukaku bertukar merah. Aduh dah lah pelajar lain pandang aku semacam. Mula lah tu nak gosip. Huh.

"Duduk diam-diam. Aku nak ubatkan." Aku memandang Namjoon yang bertukar dingin.

"Dah lah. Tak sakit mana pun." Hah tipu. Memang dasar Kim Jiyoung penipu.

"Just shut up. Aku nak letak ubat." Jujur, aku agak terasa hati dengan sikap Namjoon sekarang.

"Tak payah." Aku menepis tangannya yang sedang meletakkan iodin. Aku bangun dan berlalu pergi. Biarlah sakit pun. Cara kau layan aku buat aku lagi sakit!

Aku meninggalkannya berseorangan disitu. Aku jalan terhenjut-henjut menuju ke kelas.

"Jiyoung! Awak okay?" Suara tersebut agak dikenali.

"Er hehe. Saya okay!"

"Tapi awak luka. Still okay?" Sehun membelek tubuh badanku. Mana tahu ada luka lain.

"Saya okay, Sehun-ssi." Dan ya. Oh Sehun dari group EXO. Hm ni nak melting ni..

Di sekolah ni terdapat tiga group. Satu, BTS yang dianggotai oleh Jin, Suga, Hoseok, Taehyung, Jimin, Jungkook dan semestinya Kim Namjoon.

Manakala EXO pula, Suho, Kris, D.O, Baekhyun, Chanyeol, Chen, Xiumin, Kai, Lay, Tao, Luhan dan lelaki hensem di hadapan aku kini, Oh Sehun.

Yang lagi satu tu. Hm. Malas nak explain. Satu-satunya group perempuan. Dan the end. Dorang tak penting pun.

"Jom--" Belum sempat Sehun menghabiskan ayatnya dia sudah ditolak ke tepi.

"Ikut aku." Dari nada suaranya memang jelas dia tengah marah.

Aku memang takut tengok kau marah, Namjoon-ah.

CRUSH ( RAP MONSTER BTS fanfic)Where stories live. Discover now