Prologue

13.8K 447 7
                                    


Aku duduk di tempat pemandu memerhatikan kawasan lalu lalang,Nissan Skyline GTR35 parkir cantik. Alamak puji diri sendiri pula,nama aku Furqon dan itu je nama yang aku boleh beritahu. Nama ibu? Ayah? Mereka meninggal dunia kerana kejadian yang amat dahsyat,itu yang dengar ayah saudara aku dan Nissan skyline ni bukan aku punya. Ada orang beri 'pinjam' untuk kegunaan melindungi seseorang.

Tok! Tok!

Pintu sebelah tempat penumpang diketuk tiba-tiba mengejutkan aku sehingga menarik sepucuk pistol desert eagle berwarna emas,akan tetapi aku membatalkan niat kerana.

"Hey perlu ke sampai tarik pistol tu?" Leter gadis tersebut mengerutkan dahinya.

"Hehe...maaf la cik Stella,reflex..." ujar aku memasukkan semula pistol ke dalam kot.

"Ye la reflex tu...entah-entah memang nak bunuh saya...dan panggil Stella sahaja la!"

"Kalau betul,saya dah bam! Berlubang kepala cik tahu?"

"Hmph!" Stella Qisrina anak dato Haziq Amirul,itulah namanya dan lantas dia masuk serta duduk ke tempat penumpang.

"Sorry lambat...dengar ayam betina tu membebel..." ujar Stella mengerutkan dahinya lagi.

"Hehe....mak tiri awak membebel lagi ke?" Usik aku sambil menghidupkan enjin kereta.

"Urgh....dah la Furqon...gerak cepat kita dah lambat ni.." kata Stella menghempaskan tubuhnya pada kusyen.

"Baik cik Stella....hehe.." balas aku sambil menekan pendikit minyak,dan kluc dilepaskan perlahan-lahan.

Vroom!

Kereta Nissan Skyline GTR35 meluncur laju di jalan raya,alunan muzik mp3 mainan nightcore Jericho memenuhi ruang kereta. Jari aku mengetuk steering kereta,sambil tangan sebelah kanan diletakkan pada pintu kereta. Kemudian aku sedar beberapa buah kereta mengekori kami,nafas dihela dan Stella menoleh ke belakang.

"Urgh....diorang tu tak tahu nak putus asa ke ha?" Rungut Stella memalingkan tubuhnya ke hadapan semula.

"Awak kan terkenal..." ujar aku selamba dan menekan pendikit minyak,kereta Nissan meluncur dengan lebih laju.

"Terkenal sampai orang nak bunuh saya...? Gila namanya tu..." rungut Stella mengerutkan dahinya.

"Hahaha.....bertenang ye tuan puteri...kita akan lepaskan diri.." gear aku tarik dan steering aku pusingkan dengan mengejut,kereta melibas masuk simpang dengan laju.

"Wooo!....erghh..."

"Hey beritahu awal-awal la kalau nak drift pon!" Rungut Stella menoleh ke arah aku,tiada balasan daripada aku kerana kereta hitam itu masih dapat mengejar kami.

"Hmm...." aku sekadar dengan muka selamba,sambil memintas setiap kenderaan yang berada di jalanraya. Nissan Skyline gtr35 meluncur laju,dan pada masa yang sama mereka memulakan serangan.

BAM!!

BAMM!!

Mereka sudah memulakan serangan dan mengenai badan kereta,mujurlah pihak atasan aku sudah ubahsuai kereta ini menjadi kalis peluru. Tembakan mereka semakin galak nampaknya,aku mendesah panjang dan menurunkan tingkap. Pistol Desert Eagle berwarna kuning aku tarik,dan menjengah dari lubang tingkap. Pistol aku halakan ke satu arah,picu aku tarik.

Bang!! Bang!!

Salah satu kereta hitam yang mengejar kami terbabas merempuh pembahagi jalan,ini kerana aku sasarkan pada tayar kenderaan. Kemudian aku tembak pula kenderaan seterusnya,tepat! Mengenai pemandu dan turut terbabas lalu terbalik. Dua dah terkeluar,tinggal lagi dua kenderaan.

"Hmm...." aku kembali ke tempat pemandu,susah tahu kawal kereta seiring nak lepaskan tembakan.

"Tinggal lagi dua Furqon..." ujar Stella menjeling cermin sisi kereta.

"Haih...sabo le..." balas aku sambil mengisi kelongsong peluru,kemudian aku membelok dengan melibas dan menghalakan pistol.

Bang!

Tepat mengenai tayar kereta hitam yang berada di hadapan,lalu terbabas dan terbalik. Minta maaf ye.

Bang!

Satu lagi tembakan dilepaskan mengenai pemandu kereta hitam yang terakhir.

"Okay settle...." ujar aku sambil menyimpan pistol jenis desert eagle ke dalam kot.

"Tak pasal-pasal makin jauh perjalanan kita...." rungut Stella dan aku sekadar ketawa.

"Its not funny Furqon! Someone wanna kill us...!" Ujar Stella risau.

"They can try..." ujar aku.

"Why don't we just runaway?"

"I will not stop until I can find out who killed my parents." Stella mendiamkan diri melihat reaksi air muka aku.

"And i swear...nobody can't touch you Stella...." sambung aku lagi dan pipi Stella merona merah.

Ya aku tidak akan melarikan diri sehingga aku jumpa siapa pembunuh ibu-bapa aku. Memang aku beritahu ibu bapa aku mati akibat kemalangan,tapi itu adalah kemalangan yang dirancang sehinggakan polis tidak dapat kesan. Jadi jika polis tidak mampu melakukan tugasan ini,biarlah aku yang menjadi dewa maut menurunkan hukuman kematian ke atas pembunuh ibu bapa aku.

Kereta Nissan Skyline Gtr35 menyusur laju,meninggalkan kereta hitam yang terbabas dan hancur. Aku pasti kumpulan yang sasarkan Stella ada kena mengena dengan kes pembunuhan ibu bapa aku,yang pasti ayah saudara aku juga pasti tahu mengenai hal ini. Sudah dua tahun aku jadi pembunuh upahan sehingga menjadi bodyguard Stella,kenapa mereka ingin bunuh Stella ya? Bapa Stella dato Haziq Amirul tidak menjawab soalan aku,jadi aku harus mencari jawapan itu sendiri.

======================

Aku melangkah tenang sebaik melepasi pintu bumbung,briefcase besar aku pegang dengan kemas. Leher aku urut dan salah bantal rasanya tidur malam tadi,dan akhirnya aku tiba di penjuru bumbung bangunan tinggi. Briefcase aku dan beberapa komponen aku sambung satu demi persatu.

"Alright....Sniper..." sepucuk senapang penembak tepat aku pegang.

"Kameng....apa ke pelik nama dia ni?" Ujar aku memegang telefon pintar iPhone 6s,aku menerima mesej mengenai sasaran seterusnya. Sasaran kali ini adalah disebabkan kes rompak bersenjata,bunuh seorang polis dan rogol. Yang terakhir ni yang panas ni,kenapa la aku tak baca dulu betul-betul? Senang aku bawa bazooka.

"Ace are you there?" Satu suara menegur melalui alat penghubung yang aku lekatkan pada telinga.

"Yeah just in time i want shot him dead..." balas aku dan membidik pada binokular sniper.

"Huh? Ouh.....okay....just be carefull...." kata suara itu lagi.

"Yeah...i know that,and send regard to King..." ujar aku tersenyum dan sasaran dalam pemerhatian aku. Orang yang dimaksudkan Komeng berjalan dengan megah,okay lebih sesuai poyo dan aku menarik picu.

BAMM!!

Alright guys ni prologue untuk permulaan,dan bab seterusnya aku ceritakan bagaimana Furqon menjadi pembunuh upahan.

Kalau tak menarik maaf la ye.

chow!

DRIVER : THE ASSASSIN (C)™Where stories live. Discover now