Ain tidak kisah walau apa pun perkara pelik terjadi di dalam kenderaan mereka itu. Asalkan dia sampai ke destinasi mereka, iaitu Kolej Aleyza.
"Alamak!! Tengah malam buta ni pula kereta ni mengada. Aduii susah lahh!!" kata Aizat. "Aishhh. Macam mana ni?" tanya Ain.
Pantas Ain mencapai telefon pintarnya di dalam beg galas. Dia mencari di aplikasi Google Maps untuk mengetahui di mana mereka berada. Ain terjumpa sebuah Motel yang berhampiran di lokasi mereka.
"Aku jumpa Motel ni. Nasib baiklah dekat dengan kita. So, let's pick up our things and go to the Motel. Mayat Naufal esok je kita atur. " kata Ain.
Dengan tidak membuang masa, mereka menyediakan barang lalu bergerak ke Motel tersebut.
Selepas 10 minit berjalan kaki, mereka semua tiba di lobby Motel tersebut. Setiap 2 orang akan berkongsi bilik kecuali, Aizat. Maklumlah, Encik Sado memang macam tu kan.
"Haah. Akhirnya dapat juga bersihkan diri dan tidur balik." kata Ain. Setelah dia membersihkan diri dan bersiap sedia untuk tidur, dia melelapkan matanya di atas katil yang empuk. Tapi yang peliknya, kawan sebiliknya, Farah langsung tidak mengeluarkan sepatah mahupun dua kata. Biasanya dia lah orang yang tegas dan selalu membebel. Tapi kali ini tidak.
Keesokkan harinya mereka berkumpul di lobby tersebut sebelum bertolak ke kolej mereka.
"Aizat, kau dah repair kereta tu?" tanya Ain.
"Eh dah. Dah repair pun." balas Aizat.
"Apasal cepat sangat? " tanya Ain lagi.
"Cepat? Kau tengok jam kau sekarang. Dah pukul berapa ni?! " balas Aizat
"Eh. Ha ah lah. Dah jam 12.00 dah. Hehe. Sorry sorry. " kata Ain
Wajah Ain nampak sungguh gembira. Manakala, Haziq, Luziaff dan Farah makin beransur pulih.
"Weh. Korang kenapa tak becakap eh? " soal Ain .
"Hmm.. Takde lah. " jawab Haziq mewakili mereka bertiga dengan penuh santun.
"Eleh. yelah tu. " sindir Ain.
Dalam perjalanan mereka, tiba-tiba Ain merasakan sesuatu yang pelik dan membuatkannya berasa seram sejuk.
"Aizat. Bawa kereta slow sikit boleh? " tanya Ain.
Aizat mengendahkannya.
"Aizat." "Aizat!." semakin laju kereta dipandunya.
"Aizat." "Aizattt!!!!!!!!" jerit Ain . Tetapi, Aizat masih mengendahkannya.
"Woi! Pekak ke ape? Aku cakap bawa kereta tu slow sikit. Kau fikir kau je yang ada perasaan ke?" jerit Ain dengan kasar.
Aizat membuat gaya yang pelik. Tetiba, suara nya kedengaran seperti kucing tercekik tulang. "Kau nak hentikan aku? Memang taklah!! Woi pompuan. Kau sedar sikit selama ni kau menyusahkan kite orang je!" balas Aizat.
Matanya bertukar dan bewarna hitam sepenuhnya.
"Ouh! Aku tahu! Kau bukan Aizat lagi! Kau hanya meminjam jasad Aizat! Kau syaitan yang di laknat oleh-Nya !. Kau keluar sekarang! Allahuakbar!! " kata - kata Ain yang mencabar Syaitan durjana itu.
Roh yang meminjam jasad Aizat itu tidak tenteram selepas di ludah oleh Ain.
"Ha ha ha!! Kau cabar aku ye? Baiklah. Aku akan bukti kan dengan kau! Tapi ingat semua ahli kumpulan korang yang masuk kawasan Hospital Duke Kent tu memang tak akan keluar dengan selamat!! " kata makhluk tersebut.
Roh jahat yang menggunakan jasad Aizat itu memandu van dengan laju , lalu dia membawanya kedalam gaung.
Semua orang berteriak bagaikan mereka berada di dalam dunia yang digoncang dengan gegaran yang sangat kuat.
Cermin kaca berpecahan lalu menusuk ke dalam tangan Haziq. Ranting-ranting pokok termasuk kedalam van mereka.
Ain hanya mampu berdoa.
"Ya Allah, kau ampunkan lah setiap dosa hamba mu . Kau berikankah hamba mu peluang untuk hidup di dunia ini sekali lagi Ya Allah. Amin ya Rabb " doa Ain di dalam hati.
Ain melelapkan matanya bagai sudah bersedia untuk berjumpa dengan-Nya.
Kereta mereka telah berhenti daripada bergolek.
"Adakah aku telah mati? " tanya Ain kepada dirinya sendiri. Dia tersedar yang dia berada di atas rumput dan dikelilingi oleh batu batuan yang besar. Nampaknya, hanya dia seorang saja yang terselamat. Tetapi, dia mula mengorek langkahnya untuk mengetahui di manakah dia berada.
• • •
Hai, sorry sebab lama tak publish cerita. Memandangkan esok saya sibuk, Minggu depan, Bab 10- Bab 12 akan dikeluarkan.
Jadual cerita akan di-publish,
Hari : Sabtu dan Ahad.
Jam: 7:00 malam - 10:00 malam.
Thank you💕
YOU ARE READING
Hospital
Terror"Akhirnya!! Hari terakhir belajar bagi minggu ni!!" jerit Airun di dalam dewan kuliah sebelum Prof. Haliza masuk. Bunyi loceng berdering, "Kringg, kringg" menandakan masa belajar bermula."Selamat pagi kelas." kata Prof. Haliza. "Hari ini saya akan...