bab 45

7.7K 284 6
                                    

Urmah hanya berdiam diri selama kereta yang aku pandu meluncur laju membelah jalan raya. Sesekali aku melirik keadaannya yang termenung melihat ke luar tingkap kereta. Tak boleh aku teka apa yang sedang berlegar di dalam otak cerdiknya tu.

Pagi tadi, tepatnya aku sedar daripada lena, terus aku mengajak Urmah keluar. Mulanya dia kelihatan ragu namun selepas aku memberi kata putus, akhirnya dia setuju. Walaupun masih terlihat gelisah, dia tetap menurut.

Sebelum kami keluar juga, Fan sempat berbisik kepada aku bahawa Urmah dah tahu tentang pekerjaan aku. Pada mulanya aku agak terkejut, tapi selepas Fan memberi tahu bahawa mama terlepas kata, aku abaikan sahajalah. Lagi pun, Urmah tak ada tanya apa-apa. Baik berdiam diri sahaja. Nanti kalau aku cakap, dia kata aku riak pula. Sengaja nak menunjuk.

Keadaan sunyi yang terjadi di dalam kereta sekarang ni membuatkan aku seperti hilang arah tuju. Radio yang terpasang menyiarkan siaran ERA FM sudah Urmah matikan. Aku ingin protes tapi apabila melihat wajahnya yang tegang, terus aku campak niat itu jauh-jauh. Bukan takut bini , aku hormat pada dia seperti mana dia hormat pada aku.

" kita nak pergi mana ni bang? ", pertanyaan yang dilemparkan Urmah membuatkan aku berpaling pantas melihat wajahnya.

Ingatkan tak nak cakap dah, sebab hal semalam. Alhamdulillah Allah masih izinkan isteri aku ni bercakap dengan aku lagi.

" adalah satu tempat ni. Mesti Qutni suka ", kataku tetap pada pemanduan. Aku tak nak ambil resiko sehingga melibatkan nyawa. Tak pasal-pasal kalau aku menoleh, maut yang datang menjelma.

" abang sengaja nak buat suspen kan? bagitahu sahajalah ", arahnya tanpa kona-kona. Betul-betul tak ada mood isteri aku ni.

" abang nak bawa Qutni pergi satu tempat yang spesial. Qutni tak perlu tau lagi sebab dah nama pun spesial, mestilah rahsia ", sesekali aku melirik wajahnya yang cemberut mengalah bayi yang tak dapat susu.

" yalah tu, entah-entah tempat biasa sahaja ", rungutnya. Aku hanya terkekeh geli mendengar rungutannya itu. Walaupun perlahan suaranya, telinga aku tetap dapat mendengarnya. Macam lintah gitu.

Tak aku hiraukan lagi Urmah yang berada disebelah aku. Mata aku terus fokus kearah pemanduan. Perjalanan untuk ke tempat itu pun tak lama. Sekejap sahaja.

---------------------------

Kereta yang aku pandu tepatnya berhenti dihadapan sebuah bangunan putih. Urmah lantas keluar daripada kereta tanpa menungguku selesai mematikan enjin kereta. Tak sabar sungguh isteri aku ni!

Keterujaan yang jelas terpancar di wajahnya membuatkan aku tersenyum senang. Kan? Aku dah cakap tempat ni spesial? Memang spesial pun.

" abang, biar betul? ", tanya Urmah tak percaya. Dengan selambanya, dia menampar pipinya. Bukan sekali tapi dua kali. Ouhh! Sakit tu. Aku yang tak kena pun boleh rasa ngilunya.

" bukan mimpi ", gumamnya perlahan. Aku dah ketawa terbahak. Memang bukan mimpi pun...

" kenapa, tak percaya?? ", tanyaku sengaja ingin menyakat. Semakin galak aku ingin menyakat tatkala melihat jelingan manjanya. Geramnya... rasa nak gigit-gigit sahaja. Nasiblah dah halal.

" memang tak percaya. Qutni cuma tak sangka. Nilah impian Qutni sedari dulu. Abang dah bantu Qutni untuk merealisasikannya ", penuh perasaan, Urmah meluahkan rasa hatinya.

Aku memerhatikan tingkah lakunya yang terlampau seronok sehinggakan aku yang sebagai suaminya tak dihiraukan. Nak tahu apa yang aku buat sampaikan isteri aku meloncat-loncat macam beruk dapat pisang??

Jawapannya.....

Aku hadiahkan dia sebuah galeri seni khas untuknya. Aku tahu daripada umi bahawa impian Urmah adalah untuk membuka sebuah galeri yang mempamerkan lukisan-lukisannya. Aku tak pernah lihat dia melukis depan mata tapi aku pernah melihat lukisannya yang sudah siap dihiaskan dengan pelbagai warna. Aku jadi gembira.

Lelaki Misteri Sepertinya ✅Where stories live. Discover now