Mereput

19 3 0
                                    

Masa hari pertama persekolahan lepas pt3, aku tak imagine lansung tragedi apa yang bakal berlaku disekolah, agenda apa yang bakal cikgu aturkan untuk kami supaya kehadiran kami yang sememangnya menyemak kat sekolah tu taklah terasa semak sangat.Aku agak je yang lepas exam mesti main carrom, congkak atau dam aji. Walaupun aku tak tahu apa muslihat sebenar sekolah bagi kami semua main permainan tradisional ini, tapi aku sokong kerana ada unsur untuk mengelakkan permainan tradisional tidak ditelan dek zaman. Tidaklah nanti generasi muda terlalu leka dengan permainan elektronik yang semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat kita. Rasa macam dah cukup layak untuk aku masuk kelas sastera tingkatan empat nanti.

Tapi sangkaan aku meleset. Lepas habis je pulang buku teks, kami dibenarkan buat kerja masing masing yang aku tak pasti kerja apa sebenarnya yang cikgu maksudkan. Masa time pulang buku, kamilah antara manusia paling happy di dunia. Rasa macam nak menari samba dengan pak cik cleaner dan menari tango dengan cikgu spbt tu. Tapi aku rasa agak mustahil sebab muka cikgu spbt tu ketat semacam. Aku agak dia ikat rambut ketat sangat sampai muka pun ikut ketat sekali.

Jenuh jugak aku cari buku Around The World yang tak berapa nak besar tu(aku sendiri tak pasti tajuknya tepat ke tak). Selak punya selak, akhirnya aku jumpa juga buku tu kat celah celah fail aku yang bergambar Pooh dan rakan rakan haiwannya.Sampai sekarang aku tertanya tanya,Pooh tu beruang ke ? Kenapa warna kuning ?Cepat-cepat aku ambil buku kecik tu. Mujur aku tidak mengamuk satu rumah dan menibai adik adik aku yang aku syak merekalah punca misteri kehilangan buku kecik tu tadi. Aku longgokkan semua buku buku teks dekat satu tempat. Semua kertas kertas aku yang aku selitkan dekat celah buku teks aku keluarkan termasuk kertas-kertas periksa aku yang markahnya cukup cukup makan sahaja. Semua aku keluarkan kecuali plastik-plastik biskut yang aku selitkan ketika curi curi makan di dalam kelas sewaktu cikgu mengajar. Disarankan jangan tiru aksi ini dirumah. Sengaja aku tinggalkan sebagai tanda kenang kenangan. Puihh.

 Setelah aku susun, ikut senarai yang cikgu bagi, aku berlari lari bapak ke dapur ala ala Usain Bolt versi perempuan,aku menyelongkar laci dapur mencari tali rapia yang nenek aku biasa guna untuk ikat burasak. Yang jumpa tali skipping. Masakan aku begitu gila untuk mengikat buku guna tali skipping. Cari punya cari akhirnya jumpa juga. Setelah dua barang yang sukar ditemui dapat aku cari, aku yakin aku mempunyai potensi untuk menjadi detective handalan seperti Detective Conan. Lepastu aku bercadang untuk meminta mak aku bow merah yang Conan guna tu untuk tukar tukar suara dekat mak aku. Tapi aku batalkan hasrat memandangkan aku takde baju berkolar untuk dipadankan dengan bow.

Belit punya belit akhirnya, siap juga aku ikat buku teks untuk dipulang esok. Aku sendiri tak pasti mengapa pelajar harus mengikat buku teks sebelum dipulang. Tak pernah aku pernah pula aku persoalkan dekat cikgu cikgu. Nantilah aku fikirkan untuk bersuara di mesyuarat PIBG.

Aku duduk mengelamun sambil menongkat dagu di atas meja. Aku lihat kawan kawan yang lain semua sibuk membaca novel bagi perempuan. Yang lelaki pula, lepas pulang buku, terus tidak muncul-munculkan diri. Aku syak mereka tersesat semasa perjalanan pulang ke dalam kelas. Atau barangkali mereka digoda oleh syaitan untuk memilih ponteng kelas. Aku hanya mampu berdoa agar mereka kembali ke pangkal jalan. Aku selak buku kawan aku. 'Sayang Awak !' macam tulah lebih kurang tajuknya. Aku tersengih. Kuranglah baca novel sejak menginjak alam remaja ini. Ceh ! . Masa sekolah rendah dulu aku rancak membaca novel. Sampaikan aku bercita cita untuk jadi macam Ain Maisarah. Tapi sejak aku baca buku Fixi, aku berangan angan untuk menjadi salah seorang penulis buku Fixi yang misteri semacam. 

Rasa menyesal menyelubungi di sudut sanubari aku ini. Puihh. Kalau aku tahu tak ada aktiviti yang akan dijalankan, baik aku bawa sebuah dua komik. Baru syok. Tak adalah aku mereput sengsorang dalam kelas. Siap nak tumbuh cendawan lagi. Damn ! Yang ada dalam beg hanyalah buku Fizik yang kengkononnya aku nak belajar dari sekarang. Yelah nanti tingkatan empat tak adalah tercongok macam orang bongok. Bak kata cikgu Sains aku yang memang hobinya membebel. Tak pasti sama ada dia dapat gaji lebih ke kalau membebel. Tapi bebelannya adalah untuk kebaikkan murid-muridnya. Ada bagusnya yang aku tidak dapat nafikan.(gaya dai ?)

Aku selak sehelai dua pasal nombor proton. Harap harap aku tak tercongok macam orang bongok time cikgu ajar subjek ni tahun depan. Bolehlah aku acah acah pro sikit.


CERITAWhere stories live. Discover now