Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang meyakini Allah
Maha Esa, Maha Kuasa .Earphone Qistina tidak terlepas dari telinganya. Tidak berhenti henti Qistina menyanyikan lagu Raihan sejak tadi. "Qist, dalam ipod Qist ada lagu Raihan ke?" tanya Alin pelik dan kagum. "Eh takdelah, kenapa?" tanya Qistina. "Takdelah dari tadi nyanyi lagu Raihan tu yang tanya tu" jawab Alin. "Oh, hm ipod tak pasang pun ni. Cuma risau la Chayy ni nak bawak kita pi Holy Water tu yang nyanyi tu" Qistina meyimpan ipodnya. "Hahahaha! Allahu Qistina kut ye pun takut tak payah lah nyanyi lagu Raihan, berzikir ke mengucap ke helok la jugak." Alin berdekah sambil menggeleng-geleng kepalanya. "Salah ke nyanyi lagu Raihan?" bisik Qistina.
Mereka melangkah membontoti Chayy yang berada selang satu depa di depan mereka berdua. Pohon-pohon yang kehijauan dan juga burung burung berkicauan tidak ada beza dengan Sungai Lembing, Kuantan. Ya, tiada beza. Yang beza nya hanyalah rakyat disini kelihatan pelik apabila memandang Qistina dan Alin. Barangkali mereka jarang melihat perempuan berhijab atau lebih tepat mereka jarang perhatikan dua budak perempuan yang pergi ke Holy Water dengan keadaan mata sembab, tidak mandi pagi dan berbaju biasa.
Tiba -tiba langkah mereka terhenti, Chayy menoleh ke belakang dan memandang mereka berdua. "Okay young ladies, we are now at Holy Water" sambil kedua tangannya menunjukkan ke arah Holy Water. Qistina dan Alin memandang sesama sendiri dan hampir tidak percaya di depannya adalah Holy Water yang dimaksudkan Chayy. "Ni ke Holy Water serious ah?" Qistina tergamam. "Pardon?" Chayy mencelah. "No, she mean this Holy Water is sooo beautiful!" Alin pantas menjawab sebelum Qistina mengeluarkan kata yang bukan bukan. "Wehh......" Qistina memandang Alin sambil membuat muka tak puas hati.
Sebenarnya Qistina sedikit tergamam kerana sejak dari mula Qistina membayangkan Holy Water itu berada di dalam tempat gelap dan dipenuhi lilin lilin dan ayat ketuhanan mereka. Tetapi sangkaan Qistina meleset sama sekali kerana di depannya sekarang hanyalah air sungai biasa yang mengalir dengan tenang. Tidak ubah seperti Sungai Pandan, yang bezanya hanyalah batu di dalam air sungai itu terdapat ukiran dan juga berbentuk empat segi dan terdapat bulatan di tengah tengahnya.
"Okay let me explain a bit here." Chayy terus menjalankan tugasnya sebagai tourist guide Qistina dan Alin. "This river actually called The River of a Thousand Lingas. It is collection of phallic symbols carved into the sandstone of a riverbed. The linga is an iconic representation of the Hindu deity Shiva." terang Chayy. Qistina dan Alin mendengar penuh minat. "The water that flows over these lingas is sanctified and regarded as having special power so that's why it called Holy Water." tambah Chayy lagi. Qistina dan Alin mengangguk tanda faham.
"Okay now let's go to the Big Buddha and Kulen Waterfall!" jerit Chayy dengan penuh semangat jitu. "YESSS!" jerit Alin excited. Qistina ketawa dengan gaya Alin. "Eh jangan gelak sangat eh. Hm Qist nak tahu satu benda tak?" tanya Alin. "Apa dia?" tanya Qistina penuh minat. "Sebenarnya kan kita tak faham sangat pun menda yang Chayy terang tadi pasal Shiva la Jayavarma lah apalah. Faham sikit je." Alin mengeluh. "Hahaha! samalah weh! Takpe balik hostel nanti kita google eh?" ketawa Qistina masih bersisa. Alin mengangguk tanda setuju.
Kereta Toyota Corolla meluncur laju. Sekali sekala kepala Alin terhantuk dengan cermin tingkap kereta itu. Barangkali jalannya yang tidak rata dan berbatu batan. Daevy dan Mao semakin rancak menyanyikan lagu lagu Cambodia yang dimainkan di corong radio. Qistina hanya perhatikan Daevy dan Mao dan sekali sekali Qistina juga into the scene mengoyangkan kepalanya kekiri kekanan melayankan si Daevy dan Mao.
Kereta Toyota Corolla yang dipandu Daevy perlahan lahan berhenti. Daevy seperti mengatakan sesuatu kepada Chayy di dalam bahasa Cambodia. Chayy mengangguk dan membuka pintu untuk Alin dan Qistina. Apabila keluar dari perut kereta, Qistina dan Alin terkesima.
Apakah kali ini Qistina memerlukan lagu Rabbani pula?
YOU ARE READING
Qistina & Angkor Wat
AdventureSetiap perjalanan ada kisahnya. Setiap kisah ada pengalamannya. Menceritakan tentang 3 orang sahabat yang mengembara untuk mencari diri sendiri di tanah Khmer. "Kita hanya perlukan setapak untuk melangkah ke depan. Takkan selangkah pun kau takut?"...