TUDUNG yang terjatuh sedikit di naikkan ke bahu sebelum keluhan kecil dilepaskan.Hati yang berdetak laju menjadi sedikit tenang melihat pekerja yang beramah mesra dengannya.
"Eliya Iris binti Muzaffar,"
Panggilan dari seorang pekerja menyentak lamunan Eliya.
Eliya bangkit dari tempat duduknya.Bismilahirahmanirahhim!
Sampai sahaja dihadapan pintu bosnya,entah kenapa perasaan takut nya semakin membuak buak.Tenang Eliya tenang.Bisik hati gadis itu.
Tombol pintu dikuak perlahan.Melilau biji mata nya melihat betapa kemasnya bilik bosnya itu.Wah,pembersih rupanya.
Mendengar satu deheman,mata Eliya terus berhenti bergerak.Lupa pulak yang dia ni dekat bilik bos.
Perlahan Eliya berjalan mengatur langkah ke kerusi yang terletak di hadapan bosnya.Punggungnya dihempaskan dengan penuh keayuan.Handsome jugak bos aku ni!
"Ada aku suruh kau duduk?" Tanya Danial.Matanya memandang tajam ke arah Eliya.
Mendengar sindiran itu,Eliya pantas berdiri.Pfft..kalau macam ni lah sikap dia,baik aku tarik semua pujian aku balik.Hmph!
"Duduk," kata Danial.
"Terima kas.."
Belum sempat Eliya menghabiskan ayatnya,Danial sudah mengangkat tangan seraya menggelengkan kepala tanda 'diam'.
Eliya memuncungkan mulutnya.Poyo betul lah!
"Hm,Eliya Iris kan?" Tanya Danial.Matanya bergerak pantas membaca isi fail yang terletak ditangannya.
"Err,ya saya," kata Eliya.Kalau cakap bagus macam ni,kan lebih baik?
"Okay jadi kau tahu kau buat apa kat sini kan?" Tanya Danial.Sepatutnya ni kerja daddy dia yang interview student praktikal tapi apakan daya daddy dia lagi outstation!
Eliya hanya mengangguk.
Danial menyandarkan tubuhnya.Pandangan tajam diberikan ke Eliya.
Sedar dirinya diperhati,Eliya berpura-pura tidak tahu apa apa.
"Ada kau tengok perempuan yang duduk depan bilik aku tu?" Tanya Danial sambil menunding ke arah Farah.
Eliya mengangguk laju.Apa kena mengena dengan aku pulak?!
"Kau tanya dia mana tempat duduk kau dan apa peraturan yang wajib kau patuhi,"
Perkataan wajib ditekankan.
Eliya menjegilkan matanya.
"Settle?You can go,"
Laa..tu je ke?!Hm..elok sangat lah tu.
"Oh and im danial,the big boss in this company," Kata Danial dengan bangganya.
Eliya terus bangkit dari tempat nya lalu pergi.
Dalam hati sudah menyumpah seranah bosnya itu.Grrr..nasib baik kau bos aku.Kalau tak,nemang hancur dah muka handsome kau tu!
YOU ARE READING
Encik Bos,kenapa saya?
Roman d'amourSeorang perempuan bernama,Eliya Iris ingin menghabiskan praktikal nya di satu syarikat yang ada seorang bos kerek!Eliya sering diarah membuat pelbagai kerja oleh Danial Isyraf,bos yang berhati beku! "Kalau aku tengok ada habuk sikit,aku terus failka...