GAMBAR arwah papa dan mamanya ditatap lama.Kelopak mata sudah mulai bergenang dengan air mata.
Tok tok!Bunyi ketukan di pintu membuat Eliya mengesat air mata nya,tidak mahu dilihat orang.
Fatimah yang melihat cucunya menangis mula pedih hati.Semenjak kemalangan yang menimpa ibu bapa Eliya,Eliya menjadi seorang yang cepat menangis.Fatimah rindu akan cucunya yang sentiasa ceria.
"Eliya,nenek ada goreng nasi dengan ayam tadi.Eliya makan lah ya?" Tanya Fatimah lembut.
Eliya menggeleng perlahan.
"Eliya takde selera nak makan sekarang.Nanti kalau Eliya lapar,Eliya turun sendiri lah nek ya?Terima kasih," kata Eliya perlahan.Wajahnya ditundukkan kerana bimbang jika neneknya tahu yang dirinya menangis.
Fatimah yang faham akan cucunya terus memeluk Eliya memberi segala kekuatan.Dia juga merindui anak perempuan nya dan juga menantu nya.Tapi apakan daya,Allah lebih menyayangi mereka.
Teresak-esak Eliya menangis di dalam pelukan Fatimah.Rindu papa mama!
KEESOKAN harinya,awal pagi lagi Eliya sudah bersiap untuk pergi ke kerja.Walaupun hatinya masih dilanda pilu,namun pujukan nenek Fatimah sedikit sebanyak memberi dia kekuatan.
Eliya mengenakan baju blouse berwarna cream yang mempunyai set bersama seluar.Tudung berwarna cream juga dikenakan ke atas kepala.Beg tangan arwah mamanya diambil lalu disangkutkan ke bahu.
Seperti biasa,Eliya akan menyalami neneknya sebelum pergi ke kerja.Mencari berkat lebih konon!Hahahaha..
Kunci kereta yang sedia diletakkan di atas meja diambil.
Eliya terus masuk ke dalam perut kereta apabila semua selesai.Perlahan lahan,keretanya meninggalkan perkarangan rumah banglo itu.
DANIAL mengetuk meja nya dengan jari jemari.Budak ni,baru je start praktikal dah datang lambat!Nanti aku bagi fail terus jangan menangis eh?!Dengusan yang kuat dilepaskan.
Matanya tertangkap pada satu tubuh langsing yang dicari carinya dari tadi.Buat seketika,dia terpegun melihat kecantikan gadis itu.Hoi!Sedar Danial sedar.Tak boleh!
Kot yang terletak di tubuhnya diatur sedikit.Sengaja menayangkan wajah bengis.Bagi gadis tu takut sikit.
"Cantik jam kau," kata Danial.
Eliya yang sibuk mengemas mejanya mengangkat kepala.
"Terima kasih," ucap Eliya sambil tersenyum.
"Bak sini!" Kata Danial sambil menghulurkan tangannya.
"Laaa..apasal pulak?!Ni jam saya.Encik ada jam sendiri kan?" Tanya Eliya.Jam aku jugak nak diambil!
"Tak guna pakai jam cantik tapi tak dipakai," sindir Danial.
Eliya yang faham akan sindiran bosnya itu mengeluh perlahan.Dia tahu dia lambat,tu pun sebab ada kemalangan kat jalan raya sebab tu jammed!
"Maaf,saya tak sengaja," kata Eliya.Hatinya sedikit risau kalau praktikal nya fail.
"Mulai dari hari ni,aku nak kau tolong aku!" kata Danial.
"Hah?" Tanya Eliya.Tolong?
"Kau dengar kan?!" Tanya Danial.Suara nya naik seoktaf.
"Kau bersihkan bilik aku minggu ni.Hukuman sebab datang lambat,"
"Tapi.."
Danial mengangkat tangannya.
"Kalau aku tengok ada habuk sikit,aku failkan praktikal kau!" kata Danial.Pandangan tajam diberikan.
Eliya mengeluh perlahan.
"Saya bukan cleaner kat sini," jawab Eliya.Ada ke patut dia suruh aku kemas bilik dia?Aku pelajar praktikal je kot!
"Fail!" Kata Danial.
"Isy..encik ni,ye lah ye lah!" Marah Eliya.
Danial menelan air liurnya tatkala melihat wajah Eliya marah.Comel!
Danial berdehem untuk menyorokkan rasa debar.
"Good," kata Danial lalu pergi.
Eliya mencebikkan bibir.Rasa macam nak penyek penyek kan je muka tu!
YOU ARE READING
Encik Bos,kenapa saya?
RomanceSeorang perempuan bernama,Eliya Iris ingin menghabiskan praktikal nya di satu syarikat yang ada seorang bos kerek!Eliya sering diarah membuat pelbagai kerja oleh Danial Isyraf,bos yang berhati beku! "Kalau aku tengok ada habuk sikit,aku terus failka...