Kejahatan Part I

2.8K 130 17
                                    

Pada suatu malam, Fang sedang tidur begitu nyenyak sekali kerana dia bermimpi indah tentang diri dia adalah putera paling kacak dan paling terhebat sekali di dunia. Dia siap tersenyum di dalam tidurnya tetapi mimpi indah dia hanya sekejap sahaja, mimpi buruk datang melanda mimpinya

"Pang! mana jaket abang? mana kasut abang? mana seluar abang?"

"Errr.. tak kan adik kena cari semuanya. Adik bukannya orang gaji abang"

"Habis tue, siapa yang tukang basuhkan baju dan seluar abang, kau juga kan. Kau yang semalam basuh pakaian abang. Mana kau letak semuanya?" Fang terpaksa pergi mencari baju dan seluar abangnya, berserta dengan kasut abangnya sekali. Tiap-tiap hari dia rasa diri dia adalah orang gaji di rumah. Dalam reality pun begitu juga, sampailah ke dalam mimpi ini

"Ini bukan mimpi aku ke? apasal abang aku boleh masuk dalam mimpi aku" Fang berasa pelik. Selalunya, tiap-tiap malam dia akan bermimpi dia adalah putera paling kacak sekali di dunia ini. Dia mencari pakaian abangnya di almari bilik abangnya sehinggalah dia terjumpa satu loket "Macam kenal aje loket nie" Fang tahu ini hanylah mimpi, dia mengambil loket itu dan simpan di dalam poket seluarnya. Setelah dia jumpa baju, seluar dan kasut abangnya, dia membawa kesemuanya ke abangnya tetapi abang dia tiada di ruang tamu

"Abang? ABANG!" Fang mencari-cari abangnya. Dia masuk periksa kesemua bilik yang ada di dalam rumah tersebut tetapi abang dia masih juga tiada "Abang?" Fang melihat sekeliling dia, keadaan menjadi gelap. Ruang tamu semuanya hilang, hanya tinggal dia seorang sahaja di dalam kegelapan tersebut. Fang menjadi cemas, dia bergerak secara pelahan-lahan dan tangan dia sedang bergerak-gerak seperti mencari sesuatu

"Kenapa nie?" Fang tidak tahu ke arah mana dia sedang menuju kerana semuanya gelap. Semuanya seperti dia di dalam dunia bayang-bayang dia tersendiri. Tiada bunyi yang kedengaran. Fang berjalan lagi ke depan, dia berjalan sehinggalah dia ternampak satu cahaya yang begitu terang di hadapannya. Cahaya itu berada jauh daripada dia, Fang berlari ke arah cahaya itu. Semakin dia cuba untuk mendekati cahaya itu, semakin jauh ia pergi. Fang tidak mahu mengalah, dia akan cuba untuk mendekati cahaya itu, dia tidak mahu berjalan di dalam kegelapan ini. Semakin lama semakin penat Fang berlari, dia tidak larat untuk mengejar cahaya itu tetapi dia bukanlah seseorang yang mudah mengalah. Dia teruskan lagi mengejar cahaya itu, pada suatu tahap, dia terjatuh ke dalam satu lubang. Dia tidak tahu berapa dalam lubang tersebut, dia jatuh dan termasuk ke dalam satu lubang yang bercahaya

Fang terjatuh di atas rumput yang sudah kering, dia bangun dan nampak dunia sudah berubah. Fang melihat di hadapannya, kedai Tok Aba sudah hancur dengan teruk sekali. Dia melihat sekelilingnya, pokok-pokok semua habis di tebang, taman di situ tidak seperti taman, langit bertukar gelap kerana penuh dengan asap-asap hitam. Cahaya matahari juga tidak begitu kelihatan. Banyak sampah sarap berteraburan di merata-rata tempat

"FANG! KAU SUDAH KEMBALI?" Fang terdengar suara yang dia sangat kenali, dia menoleh kebelakang dan nampak keempat kawan dia sedang berlari menuju dia "Kembali? woi! aku takde pergi mana pun tapi kenapa dengan Pulau Rintis? kenapa semuanya sudah tidak seperti dulu lagi?"

"Seperti dulu? kau tak ingat ke Fang, lepas sahaja kau ikut abang kau balik, bumi ini sudah di takhluk oleh alien-alien jahat. Kita orang pun tak boleh nak lawan dia orang sebab jam kuasa kita orang semuanya kau dah rampas" kata Boboiboy

"Eh, bukan aku dah pulangkan dekat korang ke? Lagipun aku mana ada ikut abang aku balik, aku tinggal di sini lagi lah" Fang menjadi keliru. Apa semua nie? fikir Fang

"Dey! kau jangan nak buat cerita! Sekarang, kau pulangkan balik jam kuasa kita orang!" kata Gopal

"Mana jam kuasa kita orang! Kenapa baru sekarang kau kembali ke sini?" kata Yaya dengan nada yang garang

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now