Chan pov.
"H-Hyera." Panggilku.
Dia menoleh ke arahku kemudian memberikanku satu senyuman yang dipaksa. Aku tahu senyuman tersebut hanya senyuman yang dipaksa kerana keadaan sekarang sangat sukar bagi Hyera. Dia ditimpa pelbagai masalah dalam satu masa.
"Eo, Chan. Berapa lama awak dah berdiri di situ??" Soalnya.
"Baru je. Jom kita pergi." Ajakku. Aku terpaksa menipunya kerana aku tahu, dia tak nak orang kasihankan dia.
Aku dan Hyera berjalan selangkah demi selangkah menuju ke hospital memandangkan kedudukan hospital ommanya berdekatan dengan sekolah.
Aku dapat merasakan Hyera dalam keadaan risau berdasarkan riak wajahnya sekarang. Dia juga langsung tidak bersuara sejak kami memulakan langkah kami ke hospital tersebut.
Oleh kerana aku tidak selesa dengan keadaan yang terlalu senyap, aku mula bersuara. "Hyera, kenapa ni?? Awak senyap je dari tadi."
Hyera memandangku dengan satu senyuman kecil. "Tak ada apa2 lah. Saya cuma penat."
"Awak tak nak balik ke?? Mungkin keadaan awak masih belum baik. Nak saya hantarkan??" Soalku.
"Tak apalah, Chan. Lagipun dah lama saya tak melawat omma saya. Entah macam mana keadaannya sekarang." Beritahu Hyera.
Aku hanya meng'oh'kan sahaja kata2nya sebentar tadi.
Jap, bukankah Hyera nak cari duit?? Apa kata aku suruh omma benarkan Hyera bekerja di kedai??
"Hyera, nak tak awak bekerja di kedai omma saya?? Lagipun, omma perlukan pekerja dengan kadar yang segera. Nak tak??" Cadangku.
"Tak apalah Chan. Saya dah jumpa kerja untuk saya."
Perasaan simpati ku mula menebal. Aku simpati terhadapa Hyera yang terpaksa bekerja untuk membayar sesuatu mungkin?? Tambahan lagi ommanya sedang terlantar di hospital.
"Chan!! Awak pergi mana tu?!" Jerit Hyera secara tiba2.
Aku menoleh ke sebelahku, dan Hyera tiada di situ. Mana dia??
Aku pun menoleh ke belakangku. Terlihat Hyera sedang berdiri memandangku.
Dalam kehairanan, aku memerhati sekelilingku. Oh, rupa2 nya kami dah sampai di hospital. Cuma aku yang terlajak kerana asyik mengelamun je.
Aku berpatah balik mendekati Hyera lalu mengikutinya dari belakang untuk ke bilik ommanya.
Sebaik sahaja kami melangkah masuk ke dalam bilik tersebut, Hyera terus berlari mendakap ommanya.
Omma Hyera terlantar di atas katil berwarna putih bertemankan mesin2 di sebelahnya. Wajahnya pucat seperti mayat.
"Omma, Hyera datang ni. Hyera ada bawa kawan Hyera sekali. Nama dia Chan. Omma, bangunlah. Kalau omma tak buka mata tu, macam mana omma nak tengok kawan Hyera ni. Dia selalu tolong Hyera. Omma ..."
Kata2 yang diucapkan oleh Hyera tadi sedikit sebanyak membuatkanku rasa sebak.
Untuk menghilangkan rasa sebak tersebut, aku meminta diri untuk keluar sebentar. Aku nak beri masa untuk Hyera bersendirian dengan ommanya.
---
Hyera pov.
Selesai perbualan aku dengan omma, aku terus meminta diri walaupun aku tahu omma takkan dapat dengar. Tapi, apa salahnya kan??
Baru aku teringat dengan Chan. Mana dia?? Dahlah aku tak ada nombor telefon dia. Dia ada handphone ke??
Aku cuba mencarinya di lorong2 bilik yang terdapat di hospital tersebut. Tapi, tiada.
YOU ARE READING
Stand By You || Seventeen Chan (Completed)
Fanfiction"Terima kasih sebab awak selalu ada di sisi saya ... " End : 2/7/17