50 : Aku Milikmu

28 2 0
                                    

Cahaya langit menyuluh cakerawala
Membuka mata yang lazimnya buta
Sayang, apa khabarmu di sana?
Adakah kita sedang menatap bulan dari sudut yang sama?

Jika ku punya tikar terbang
Pasti kita sedang bersiar-siar di dada langit
Menghitung kejora-kejora kecil
Menyulam rapi ikatan kasih
Agar tidak terlerai.

Malam ini
Aku mahu kau segera datang
Mencumbuiku tanpa ragu-ragu
Usah bimbang sayang
Selamanya, hanya aku ; milikmu

Satu.

Sehari Selembar PuisiWhere stories live. Discover now