PART1 : Nak pindah kelas ?

117 1 1
                                    

"Nurul Ain Syafiqah" panggil seorang guru yang berada di luar kelas 1Scientific . Semua mata tertuju kepada gadis cantik yang lebih dikenali sebagai Ika .

"Ya, cikgu  ." Balas ika kembali setelah dipanggil oleh cikgu yang dikenali sebagai Cikgu Ramlah . Ika terus memulakan langkah menuju ke arah Cikgu yang memanggilnya .

"Cikgu nak kamu ambil beg dan barang2 kamu yang ada dekat kelas ni . Lepastu ikut cikgu " arah cikgu Ramlah .

"Apa yang cikgu nak buat ni ? Ah, daripada aku lawan cikgu ni baik aku ikut je dia ." Bisik hati kecil gadis ini meskipun sebenarnya timbul bejuta juta soalan dalam fikirannya .

Ahli kelas yang lain hanya melopong melihat ika membawa semua barang2 nya keluar dari kelas 1Scientific itu . Mereka juga tertanya2 ika nak ke mana ? Buat apa? Kenapa?

"Mulai hari ni kamu kena belajar dekat kelas 1Patriotic " akhirnya dengan 1 ayat itu terungkai lah 1 soalan yang berada di fikiran semua pelajar .

"Eh, tapi kenapa pulak cikgu ? Saya dah selesa dah duduk dekat kelas saya ni . Tak perlu lah nak pindah2 " rayu gadis ini .

"Tak boleh . Guru kelas kamu sudah buat keputusan untuk letak kamu dekat 1Patriotic sebab kelas kamu dah full . Jadi ikut je arahan cikgu ye " Arah Cikgu Ramlah .

"Tidak"
"Janganlah cikgu"
"Please don't let her go "
"I will miss u my honey ika"
"Don't leave me sweetheart"

Begitulah perkataan2 yang keluar daripada mulut lelaki klas 1Scientific . Bukan main nak gila mereka berteriak2 melolong macam kera dekat hutan . Sedangkan pelajar perempuan ...

"Alhamdulillah dah nak pindah dah . Syukur "
"Yes, pergi mampos lah kau"
"Shuh cepatlah pergi dah dijemput nak tunggu apa lagi "
"Yes kurang sikit saingan aku nak tarik perhatian nabil yihuii "

"Agaknya dorang ni dah cemburu tahap gaban ni huh. Syukur gile aku keluar dari kelas ni . " bisik hati kecil ika .

Ika pun mengikuti Cikgu Ramlah menuju ke kelas 1 Patriotic . Semakin dekat dengan kelas tu makin berdebar hati ika . Bagaimana tidak ? Dia belum pernah menjejakkan kakinya ke dalam kelas itu walau hanya sekali dan dia belum mengenali sesiapapun ahli kelas tu . Lagipun kelas 1S dengan 1P selalu bersaing dalam pelajaran, sukan atau apa2 je games yg diadakan . Jadi kiranya mereka tidak serasi .  Strange kan ? Haha.. 😅

Akhirnya tibalah di kelas yg dinantikan . Seperti biasa, Cikgu Ramlah memperkenalkan ika kepada ahli kelas .

"Baiklah semua, mulai hari ni korang ada pelajar baru . Pelajar ni bukannya baru masuk tapi dipindahkan dari kelas 1Scientific ke sini sebab kelas dorang dah full . So, korang kena layan dia baik2 ok ? Cikgu tak nak dengar ada kes buli kat sini . Arra ? 😂 '

"Nae" ucp semua ahli kelas. Ketika itu kelas bagaikan di kuburan. Sunyi sepi .semua pelajar memandang ika dengan ekspresi yang tidak dapat diungkapkan .

"Kenapa dorang pandang aku pelik semacam je ni ? Adakah aku terlalu comel ? Ke sebab ada sesuatu melekat dekat wajah ku ? Hmm .. mungkin ! " fikir gadis ini . Lalu ika dengan segera mengeluarkan cermin yang dia sering bawa dan melihat pantulan mukanya di cermin .

"Perfect!" Ucapnya tersenyum lalu meletakkan semula cerminnya ke dalam poket .

"HAHAHAHAHHAHAHAHAHHAHA" seluruh ahli kelas ketawa . Bergema kelas tu dengan suara mereka . Ika hanya diam membisu . Ingin bertanya, tapi ika takut . Jadi dia memilih untuk menundukkan kepalanya sedikit .

"Sudah cukup ! " teriak cikgu Ramlah . Semua pelajar terdiam .

"Kenapa korang ketawa ? " tanyanya lagi .

"Jawab atau korang akan cikgu denda dekat dataran kat sana tu " ugut cikgu Ramlah . Lalu seorang pelajar bangun dan menerangkan .

"Kami gelak sebab budak tu cikgu ." Ucap budak lelaki yg cuba menerangkan perkara itu .

"Kenapa dengan aku ?" Tanya ika . Semua yang lain melihat satu dengan yang lain sambil menahan tawa .

"Kenapa dengan diorang semua eh ? Mental ke ?" Heran ika .

"Kau bercermin tadi guna calculator jadi kitorang gelak lah " ucap salah seorang gadis .

"Eh ye ke ? " tanya ika pada seisi kelas.lalu mereka serentak mengangguk kepala . Mengetahui jawapan itu, ika tertunduk malu sekali lagi . Mukanya merah padam bak tomato .

"Hmm..sudah cukup . Ika sekarang kamu boleh duduk dekat depan ni . " arah cikgu Ramlah selaku guru kelas 1Patriotic .

Kedudukan meja ika berada di antara 2 group meja lelaki . Dan perempuan berada di tengah2 secara berdua2 *faham tak?*

Ika segera mengambil tempat duduknya lalu mengeluarkan buku buku nya sambil menunggu cikgu subject yang sepatutnya dah ada kat situ. Namun, sekali lagi ika diketawakan . Tapi kali ini agak berbeza sebab Cikgu Ramlah dah keluar dan dah takda nak backup dia dah .

"HAHAHAHHAA" suara gelak ketawa yang membingitkan telinga . Ika hairan lalu melihat sekeliling ingin mencari tahu kesalahan yang telah dia lakukan . Wajah ika cemas dek kerana malu yang amat .

"Wei korang dah2 lah tu . Belum puas ke korang ketawakan dia tadi . " bentak seorang lelaki yang berwajah agak tampan .

"Dah2 lah tu bangla . Kau siapa nak backup gadis cuai ni . Sekarang ni subject Math kita gunakan buku math tapi dia keluarkan buku sivik ape hal ! Bodoh lah kau ni " ucap lelaki yang duduk di group sebelah kiri ika . Lelaki tu dikenali sebagai keemi . Kaki buli kelas tu .

"Tapi..."

Bersambung ..

Suamiku BANGLA handsomeWhere stories live. Discover now